
Menurut beliau, penetapan tempoh masa itu penting kerana sekiranya tidak berjaya, pemohon boleh mengambil tindakan lain dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka khususnya dari aspek kewarganegaraan.
- "Dalam masa terdekat ini kami nak lakukan beberapa perubahan. Antaranya menentukan apakah tempoh masa yang paling sesuai untuk pemohon tahu status dan jangka masa permohonan mereka, khususnya bagi mereka di luar bandar dan pedalaman.
- Kajian kita sedang berada di peringkat akhir. Kita nak tentukan tempoh masa agar pemohon tidak menunggu terlalu lama dan boleh ambil alternatif lain jika permohonan mereka tak diluluskan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat kelulusan permohonan taraf warganegara, sijil warganegara dan sijil daftar lewat kelahiran di Taman Seri Cahaya, Batang Kali diHulu selangor pada Ahad ini.
- Selanjutnya Hishammuddin berkata, walaupun keputusan sama ada berjaya atau sebaliknya akan bergantung pada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, namun fokus utama kementerian adalah untuk memastikan pemohon mendapat keputusan dalam tempoh masa yang munasabah.
- Sehubungan itu beliau berkata, bermula tahun ini pihaknya telah menetapkan sasaran bahawa setiap permohonan kewarganegaraan perlu dimaklumkan keputusannya dalam tempoh selewat-lewatnya dua tahun dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Katanya, sasaran tempoh masa itu adalah berdasarkan tempoh pemprosesan dokumen, sesi ujian dan temuduga serta tapisan keselamatan.
Komen Solymone
Bagi saya, isu untuk tujuan memberi taraf kewarganegaraan dengan kadar yang segera ini; ia itu selama dua tahun, pasti nya akan menarik perhatian dan menimbul
Semesti nya, mereka akan merasakan, masa selama dua tahun yang dikenakan oleh Hishammuddin ada lah terlalu singkat bagi negeri
Usul ini, dijangkakan akan membuka ruang yang luas kepada mereka yang dilabelkan selama ini sebagai pendatang tanpa izin (PTI). Ini termasuk golongan tersebut yang telah menetap di negeri selama lebih dua tahun.
Terutama sekali golongan PTI yang telah meresap masuk disini atas sokongan atau galakan beberapa orang ‘powerful’ individu atau agensi yang mempunyai kepentingan peribadi masing-masing.
Agak nya sehingga kini, tidak dapat dinafikan bahawa golongan PTI ini telah pun membuat permohonan mereka melalui kumpulan yang dikatakan perihatin kepada kehadiran dan perjuangan mereka dinegeri ini.
Hanya masa yang akan menentukan kelulusan permohonan tersebut.
Walau macam mana pun saya jangkakan bahawa beberapa komen pasti nya akan menyusul setelah berita ini sampai kepengetahuan rakyat diseluruh pelusuk negeri ini.



April 19, 2010 3:18 PM
Isu taraf kewarganegaraan ni adalah isu sensitif dan bagi penduduk negeri Sabah....pemberian taraf kenegaraan kepada yang sesiapa tidak sepatutnya ni adalah dilihat sebagai pencabulan kepada hak asasi rakyat negeri ini. Ini kerana rakyat Sabah sendiri sudah bosan dengan helah PTI ni nak minta taraf kewarganegaraan....mereka akan cuba menembusi pelbagai cara..samada dari wakil-wakil rakyat atau lubang-lubang yang sanggup menjual mykad tidak sah seperti yang kerap muncul di kaca TV suatu waktu dahulu. Persoalannya...bolehkah pihak berwajib memproses isu taraf kewarganegaraan ni dalam tempoh 2 tahun? Wajarkah kita memberi taraf kewarganegaraan kepada yang tidak layak? Isu disini ialah populasi Sabah yang begitu meningkat secara mendadak sehingga 2 kali ganda berbanding Sarawak menimbulkan persoalan?????
April 20, 2010 10:49 AM
isu taraf kewarganegaraan seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri adalah untuk memenuhi keperluan rakyat dan mengurangkan karenah birokrasi..langkah ini adalah wajar selaras dengan konsep pemerintahan kerajaan '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'..melalui langkah ini, pemohon yang layak akan mendapat kewarganegaraan pada masa yang munasabah tidak seperi pada masa-masa lalu di mana ramai rakyat kita yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan kewarganegaraan terutama bagi penduduk di luar bandar dan pendalaman seperti di Sabah..namun begitu, sudah tentu kerajaan akan meneliti setiap pemohonan yang diterima bagi mengelak kecuaian dan kesilapan..sama2 lah kita menunggu hasil kajian ini.......
April 20, 2010 1:35 PM
Kajian ini sepatutnya dijalankan dari dahulu lagi..tetapi 'lebih baik lambat daripada tiada'... tapi sya berpendapat sebelum kajian ini dijalankan, kajian bagaimana untuk menghalang pencerobohan PTI perlu dijalankan terlebih dahulu...kita perlu sekurang-kurangnya mengurangkan peluang para PTI ini daripada memasuki negara kita secara tidak sah...
Taraf kewarganegaraan sepatutnya hanya diberikan kepada mereka yg benar2 menyumbang kepada pembangunan negara dan mereka yg mempunyai kepakaran2 khusus...bukannya hanya diberikan begitu sahaja...
April 21, 2010 8:19 AM
kerajaan tidak akan sewenang2nya mempercepatkan tempoh permohonan taraf kewarganegaraan. mereka lebih tahu masalah yang timbul kesan daripada kelewatan menentukan status. saya yakin bahawa apa yang dikaji oleh kerajaan adalah untuk mengatasai masalah atau kelemahan sebelum ini. bagi saya ini adalah satu perubahan yang positif.
April 21, 2010 9:06 AM
disebabkan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti pemohon2 yang benar2 layak untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan..berhubung dengan pencerobohan PTI (terutama di Sabah) telah pun banyak kajian yang dilakukan dan beberapa langkah telah dilaksanakan bagi membendung masalah sosial ini...namun begitu, kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab ini kepada kerajaan semata-mata kerana kita juga adalah rakyat yang prihatin..kita seharusnya membantu dan menyokong segala usaha yang akan dan sedang dilakukan oleh kerajaan (terutama di Sabah) bagi membendung isu ini..dengan adanya kerjasama antara rakyat dan kerajaan, nescaya pencerobohan PTI dapat dikurangkan sekaligus dihapuskan..
April 21, 2010 2:55 PM
Taraf kewarganegaraan perlu dikaji semula agar tiada pihak akan mengambil kesempatan ini terutamanya PATI. Tempoh yang ingin ditetapkan juga terlalu singkat kerana ianya memerlukan bukti-bukti sokongan daripada majikan dan sebagainya. Bagaimanapun kementerian dalam negeri bertanggungjawab dalam menentukan dan memastikan taraf kewarganegaraan ini dianugerahkan kepada individu yang layak sahaja.
April 21, 2010 4:38 PM
I hope they don't just simply give out citizenship and PR to those who are not qualified. That will be a disaster..*sweat*
April 22, 2010 4:20 PM
Thanks Bloggers; Kitakita, Karaabau,dave, 2718 and Boten_Trish atas sumbangan idea yang bernas terhadap isu yang di 'highlighted' kan disini.
Sabah ada lah negeri tumpah darah kita. Justru itu, kalau bukan kita selaku 'Benteng Terakhir' yang akan menentukan masa depan nya.. siapa lagi? Serahkan kepada mereka-mereka dari luar negeri yang hanya tahu datang dan pergi itu?
'One way or another', sama-sama lah kita meneruskan perjuangan untuk menentukan kestabilan suasana dan keharmonian 'future' anak cucu kita; mahu pun dimasa kini atau pun dimasa akan datang.. Good luck and may 'Allah' bless us always
semuga kalian sukses
April 23, 2010 1:42 PM
Betul tu kitakita.. Dua tahun??? huhuhu, rasanya akan timbul pelbagai persoalan berbanding jawapan..
April 23, 2010 1:46 PM
karaabau ada betulnya yg ko cakap..
Memang langkah ni wajar dan harap2 taraf kewarganegaraan tu dibagi sama pemohon yang layak... Saya cuma risau akan berlakunya kesilapan sama ada sengaja atau tak sengaja TERBAGI taraf tu sama yg tak layak.. hehehe
ASpapun saya harap kerajaan dapat lakukan yg terbaik supaya takda pihak yg sakit ati. hehehe
April 23, 2010 1:47 PM
Ya betul tu Dave.. hehee
April 23, 2010 1:50 PM
Memang satu perubahan yg positif, 2718..
Tapi lagi positif kalau hasilnya positif. hehee
Saya betul2 harap pemberian taraf kewarganegaraan ni dapat dilakukan dengan baik dan jangan sampai ada kesilapan :)
April 23, 2010 1:52 PM
SOLYMONE, saya sokong kau..
Sama2 la kita pertahankan negeri kesayangan kita ni :)
April 23, 2010 3:58 PM
betul apa 2718 telah katakan...kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya memberi taraf kewarganegaraan kepada pemohon...tetapi sebaliknya menurut Menteri Dalam Negeri, setiap permohonan yang diterima akan ditapis demi keselamatan...melalui kajian ini juga, sistem penyampaian akan menjadi lebih baik...
January 2, 2011 8:23 PM
saya sangat menyokong cadangan kerajaan memberikan tempoh dua tahun bagi menentukan sama ada permohonan tarap diluluskan atau tidak.....
March 10, 2011 10:06 AM
Perlu dkaji dgn teliti tempoh pmohonan taraf kewarganeraan bg mgelak sebarang masalah dkemudian hari kelak.
Post a Comment