SUARA BEBAS TUARAN

Zaid Akan Di Ambil Tindakan Undang-Undang Menuduh BN Membeli Undi?

Labels:
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Barisan Nasional (BN) sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang menuduh BN membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor semalam.
Malah, katanya dakwaan itu adalah sebaliknya kerana berdasarkan pemantauan sepanjang pilihan raya kecil Hulu Selangor itu, pembangkang dilihat 'membeli undi' apabila mengagihkan RM200 kepada pengundi serta barang-barang makanan, beras dan sebagainya.
  • "Saya hairan kenapa mereka sanggup menuduh kami yang melakukan perkara-perkara yang telah mereka lakukan. Mereka yang mengagihkan wang, dikatakan kita yang mengagihkan wang.
  • "Kerajaan negeri juga melakukan pelbagai cara untuk menarik pengundi untuk mengundi mereka sehingga mengagihkan borang 5A iaitu borang untuk memohon tanah, dan berkata bahawa kalau mereka (PKR) kalah, borang 5A ini akan ditarik balik dan tanah tidak akan diberikan kepada rakyat. Bukankah itu merupakan satu sogokan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
  • Tengku Adnan berkata, Zaid dan pakatan pembangkang seharusnya menerima hakikat bahawa rakyat sudah menolak calon yang dipilih untuk bertanding di kawasan itu dan menolak PKR sebagai sebuah parti yang boleh membela nasib rakyat di Hulu Selangor.
  • Pada pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam, calon BN P.Kamalanathan menewaskan Zaid dengan majoriti 1,725 undi.
Sumber: BERNAMA
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails