

Menurut berita mStar, TV Selangor dan New Sabah Times; Ahli Parlimen Kinabatangan Sabah, Bung Moktar Radin dijatuhkan hukuman penjara selama satu bulan dan didenda seribu ringgit atas kesalahan kahwin poligami dengan seorang pelakon wanita tanpa kebenaran dari isteri pertama dan mahkamah syariah.
Namun, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sebulan ke atas Ahli Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) bagi Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, sementara rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi Syaria
h.
'Kes ini mendapat liputan meluas daripada media massa dan ramai di luar sana tidak memahami konsep poligami dalam Islam, berkahwin tanpa kebenaran mahkamah, oleh itu hukuman ini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai,' katanya.
Sumber: mStar, TV Selangor
h.- Ahli politik veteran dari parti Umno yang berumur 51 tahun ini mengkhawini isteri keduanya, pelakon Zizie Izette Samad disember lalu di Petaling Jaya tanpa kebenaran isteri pertama dan tanpa kelulusan mahkamah syariah. Zizie adalah 20 tahun lebih muda daripada Bung Moktar.
- Seperti minggu lalu, sekumpulan aktivis wanita turut menghadiri sidang mahkamah hari ini untuk mendengar hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Syariah Gombak Timur, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.
- Bung Moktar dan isterinya didapati bersalah mengikut pemakaian Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 di bawah seksyen 124 dan 134 (subahat poligami).
- Hakim Syarie Wan Mahyuddin kemudian mengarahkan peguam yang mewakili Datuk Bung Moktar, Encik Amli Embong, agar memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dalam tempoh 14 hari mulai semalam.

'Kes ini mendapat liputan meluas daripada media massa dan ramai di luar sana tidak memahami konsep poligami dalam Islam, berkahwin tanpa kebenaran mahkamah, oleh itu hukuman ini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai,' katanya.
- Beliau juga menyifatkan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah sebagai satu kesalahan serius. Selain teguran oleh hakim di dalam mahkamah, Bung Moktar turut dibidas di luar mahkamah kerana meremehkan hak wanita, terutama sekali isteri pertamanya.



May 21, 2010 9:59 AM
Dia sudah dijatuhkan hukuman...harap2 perkara ini menjadi pengajaran kepada mereka yg ingin buat perkara yg sama....kalau ia pun buatla dgn cara yg betul...jgn main belakang pula opppsss...
May 21, 2010 6:41 PM
Dengan hukuman penjara sebulan itu tidak setimpal, harus ditambah dengan 9 kali sebat.
May 21, 2010 8:31 PM
Salam Lucas,
Thanks kerana memberi komen.
Salam Fred,
Apa khabar? Agak keras juga cadangan mu itu.. ditambah dengan 9 kali sebat terhadap YB tu ? sungguh dahysat!!!
Apa-apa pun Aramai Tii
May 22, 2010 4:50 AM
Undang-undang tetap undang-undang, siapa pun harus dikenakan tindakan undang-undang sekiranya melakukan kesilapan atau kesalahan. Bagaimanapun perkara ini menjadi pengajaran kepada semua individu.
May 22, 2010 4:52 AM
Bagi saya, ini adalah perkara peribadi. Yang penting Datuk Bung Moktar Radin menerima hukuman ini dan ia tidak akan menjejaskan beliau sebagai (AP). Diharapkan selepas ini beliau dapat meningkatkan prestasi sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan.
May 22, 2010 9:29 PM
Memang malu. Kahwin pulak perempuan muda dan seksi. Lak mau seks, perempuan mau duit. Kasihan isteri pertama...
May 25, 2010 9:49 PM
Soal kahwin pun jadi gempar juga oo kan.. Saya tak kisah sangat sbb yg saya tahu mmg Bung masih ada 3 kuota g kan. hehhee
Cuma bagi saya hal ni jadi isu sbb takda kebenaran dari bini pertama kali. hehe
May 25, 2010 9:55 PM
Cinta buta ba tu POP. hehehhee
May 25, 2010 9:55 PM
Betul tu drupia. harap2 hal ni tak menjejaskan t/jawab beliau kan.
Kalau beliau mampu buktikan kredibiliti dalam kepimpinannya, kejap ja isu ni pasti akan senya balik.
May 25, 2010 10:15 PM
Sama2 lah kita berharap agar hal ni jadi pengajaran utk semua individu yg berura-ura mau kawin lebih dari satu. hehee
p/s Zizie mmg cantik lah :)
Post a Comment