
Kejayaan yang penuh kontroversi, Wong Ho Leng yang juga Pengerusi DAP Sarawak menandakan angin perubahan mula bertiup di Sarawak menjelang pilihanraya negeri yang dijangka diadakan tidak lama lagi.Wong, berjaya memenangi Pilihan raya Kecil P212 Sibu dengan majoriti tipis 398 undi.
Beliau memungut 18,845 undi mengalahkan calon Barisan Nasional, Robert Lau Hoi Chew yang mendapat 18,447 undi. Calon Bebas, Narawi Haron cuma mendapat 232 undi.
Biarpun hujan turun dengan lebat, penduduk Sibu ini sanggup menunggu di luar bangunan, menyuarakan apa yang terpendam dalam hati mereka, "Kami mahu perubahan!"
PRK yang ke-11 ini mencipta rekodnya, apabila ia mencatat kemenangan kelapan untuk PR selepas tsunami politik pada PRU ke-12. PRK Sibu merupakan ujian pertama kepada DAP secara khususnya selepas 8 Mac 2008, lantas memberi kemenangan yang menambah satu lagi kerusi untuk parti ini di Dewan Rakyat. Sebelum ini, PRK DUN Batang Ai, masih memihak kepada BN, membawa kesimpulan pada ketika itu bahawa Malaysia Timur tetap kubu BN.
Namun setelah PR berjaya menawan kerusi Parlimen Sibu semalam, dijangka angin perubahan politik mula bertiup Di Sarawak.
- Bagaimanapun sebelum itu keadaan di pusat pengiraan di Dewan Sivik Sibu kecoh apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sehingga jam 9 malam masih belum mahu membuat pengumuman walaupun jumlah semua peti undi sudah siap dikira.
- Ketika itu tiada alasan diberikan oleh SPR meskipun pemimpin Pakatan Rakyat mendesak supaya badan itu berbuat demikian.
- Beberapa pemimpin DAP, termasuk Penasihat parti itu, Lim Kit Siang pergi ke pejabat SPR di Wisma Sanyan untuk mendapatkan penjelasan.
- Sementara itu pemimpin DAP lain seperti Ronnie Liu berhadapan dengan pegawai-pegawai pilihan raya di Dewan Sivik menuntut pengumuman keputusan dibuat segera.
- Bagaimanapun SPR dikatakan meminta polis mengarahkan semua pemimpin Pakatan Rakyat yang berada dalam Dewan Sivik beredar keluar.
- Maklumat yang diperolehi dari dalam dewan membayangkan calon DAP, Wong Ho Leng, mendahului dengan majoriti lebih 2,600 undi sebelum dimasukkan kiraan undi pos.
- Adalah difahamkan terdapat perbalahan berhubung undi pos. Keputusan pilihanraya kecil ini agak lewat dari jadual diumumkan kerana difahamkan DAP membuat bantahan terhadap jumlah pengundi pos.
- Seramai 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis telah membuang undi secara pos pada hari Khamis dan Jumaat lepas.
- Pengumuman rasmi SPR yang ditundakan sehingga kira-kira jam 11 malam, mencungkil keraguan dan ketidakpuasan penyokong DAP-Pakatan Rakyat.
- Tiga jam sebelum ini, pemimpin dan penyokong PR berada dalam keresahan. Desas-desus dikhabarkan bahawa undi mungkin dikira semula, dan pemimpin DAP-PR khuatir bahawa undi pos akan menggagalkan kemenangan DAP.
- Lebih-lebih lagi, kadar pengundian dikatakan lebih tinggi daripada yang diumumkan sebelum ini, iaitu 70% berbanding 59.86%. Keadaan ini mengundang kesangsian, lalu sekumpulan penduduk Sibu berhimpun di luar Dewan Suarah, melaungkan "Tipu! Tipu! Tipu!".

Biarpun hujan turun dengan lebat, penduduk Sibu ini sanggup menunggu di luar bangunan, menyuarakan apa yang terpendam dalam hati mereka, "Kami mahu perubahan!"
PRK yang ke-11 ini mencipta rekodnya, apabila ia mencatat kemenangan kelapan untuk PR selepas tsunami politik pada PRU ke-12. PRK Sibu merupakan ujian pertama kepada DAP secara khususnya selepas 8 Mac 2008, lantas memberi kemenangan yang menambah satu lagi kerusi untuk parti ini di Dewan Rakyat. Sebelum ini, PRK DUN Batang Ai, masih memihak kepada BN, membawa kesimpulan pada ketika itu bahawa Malaysia Timur tetap kubu BN.
Namun setelah PR berjaya menawan kerusi Parlimen Sibu semalam, dijangka angin perubahan politik mula bertiup Di Sarawak.
Sumber: TV Selangor, Photo: Merdeka Review



May 17, 2010 10:39 AM
politik memang sukar diramal.. rakyat lebih matang dan bijak memilih. sebagaimana rakyat mahukan perubahan, para pemimpin juga perlu berubah untuk jadi yang terbaik untuk rakyat.
May 18, 2010 1:24 AM
Sudah sampai masanya politik di Sarawak dan juga Sabah mendapat perhatian para pemimpin. Hati rakyat kena dijaga...pembangunan yang dilaksanakan harus dijadikan realiti untuk memastikan Sabah terus maju dan dapat keluar dari kepompong kemiskinan.
May 19, 2010 12:00 AM
Politik sememang sukar diramail.. apa2 pun boleh berlaku..
Tapi kalau rakyat da buat keputusan, biarlah yg penting puas hati.. Jgn pula pas ni timbul cerita yg tak sedap di dengar. hehe
May 19, 2010 12:01 AM
Pa boleh buat 2718... Inilah ragam politik.. Appaun saya yakin kekalahan ni pasti akan mengukuhkan lagi BN utk menarik kembali kepercayaan rakyat.
May 19, 2010 12:04 AM
Ya kitakita.. memang tak dinafikan sabah/sarawak dahagakan perubahan yg lebih baik.. So saya harap kerajaan ambil serius akan perkara ni - tolong pastikan sabahan/sarawakian keluar dari belengu kemiskinan.
Post a Comment