

Parti Demokratik Liberal (LDP) Naib Presiden Datuk Chin Su Phin berkata Pemimpin Barisan Nasional(BN) dari Perseketuan seharus berhenti melayan Sabah dan Sarawak hanya sebagai "fixed deposit" tetapi disebaliknya lebih menumpuhkan masa untuk menyelesaikan masalah dan keperluan rakyat Sabah.
"Pada pandangan saya, kepimpinan BN telah banyak mengabaikan perasaan rakyat. Kita harus ingat bahawa faktor wang bukan semua nya dapat menyelesaikan masalah rakyat", kata chin.
Menurut Chin, memang telah ramai rakyat yang menerima konsep 1Malaysia, namun ada beberapa masalah dalaman komponen BN itu sendiri yang perlu diselesaikan.
Untuk info selanjut nya baca juga.."Sabah, Sarawak Will Continue To Be Fixed Deposit For BN - Salleh"
"Pada pandangan saya, kepimpinan BN telah banyak mengabaikan perasaan rakyat. Kita harus ingat bahawa faktor wang bukan semua nya dapat menyelesaikan masalah rakyat", kata chin.
Menurut Chin, memang telah ramai rakyat yang menerima konsep 1Malaysia, namun ada beberapa masalah dalaman komponen BN itu sendiri yang perlu diselesaikan.
Presiden LDP Datuk VK Liew, merangkap Timbalan Menteri pada Jabatan Perdana Menteri, dikatakan telah membawa masalah ini kepengetahun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seterusnya akan bertemu dengan Perdana Menteri.
Untuk info selanjut nya baca juga.."Sabah, Sarawak Will Continue To Be Fixed Deposit For BN - Salleh"



May 19, 2010 12:55 PM
ada kebenaran di sebalik kata2 Datuk Chin...kerajaan seharusnya memberikan tumpuan terhadap isu2 yang menjadi keluan dan kehampaan rakyat...seharusnya isu2/ masalah2 yang dihadapi rakyat harus ditangani dengan segera...contohnya berkaitan dengan keperluan asas seperti air paip yang bersih dan tenaga elektrik..
May 19, 2010 1:06 PM
Datuk Seri Salleh mengatakan bahawa sabah dan sarawak akan terus menjadi 'fixed-deposit' kerajaan BN...namun begitu, beliau juga mengatakan bahawa kerajaan harus melipatgandakan lagi usaha dan saling bantu-membantu antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan rakyat agar BN akan terus menjadi pilihan rakyat...sememangnya kerajaan perlu fokus kepada permasalahan rakyat dan bukan hanya tertumpu kepada kepentingan politik...rakyat memilih kerajaan sekarang kerana yakin permasalahan mereka akan dapat diselesaikan...oleh itu, harapan yang tinggi diletakkan kepada kerajaan agar lebih prihatin dan sensitif dengan keluan dan kehampaan rakyat...
May 19, 2010 1:29 PM
kata2 datuk chin adalah benar, kerajaan perlu menunpukan kepada hal-hal rakyat dan kebajikan rakyat. erlau banyak masalah rakyat terutamnya di Sabah yang belum lagi diselesaikan seperti masalah keperluan kemunduran, kemiskinan, PTI, pengangguran dan banyak lagi.. hal-hal sebegini haruslah ditumpukan, bukannnya menunpukan kepada hal-hal politik semata-mata.
May 19, 2010 2:25 PM
diharapkan konsep gagasan 1Malaysia mampu mengubah persepsi masyarakat. pemimpin perlu bersungguh2 dan jujur melaksanakan dasar2 yang telah dirancang kerajaan.
May 19, 2010 2:35 PM
sejak kebelakangan ini banyak projek/program yang dianjurkan kerajaan bagi merealisasikan konsep dan dasar kerajaan di negeri ini. masih terlalu awal untuk kita menilai kesungguhan kerajaan dibawah pimpinan Najib. oleh itu, diharapkan rakyat dapat keluar daripada tangapan 'fix deposit' dan memandang positif setiap usaha kerajaan.
May 19, 2010 11:06 PM
Analisis saya mendapati bahawa isu fixed deposit ini adalah permainan politik tidak sihat
May 20, 2010 12:50 AM
"Fixed Deposit" ????
hhmm ni lah yg susahnya kalau asyik fikir -ve ja... hhmmm cuba lah ba kunu positif sikit.
May 20, 2010 12:51 AM
Saya pun fikir cam tu Neorina.
Gara2 politiklah isu ni boleh timbul. hmmm, ada2 ja..
May 20, 2010 12:54 AM
Sekarang ni terlalu banyak maklumat yg masyarakat terima sehingga mampu timbulkan kekeliruan. So saya harap masyarakat lebih matang dalam mempercayai sebarang maklumat yg dikeluarkan oleh media (tambahan lagi kalau media tu mmg terang-terangan suka burukkan gov).
May 20, 2010 12:55 AM
Apapun saya tetap berharap agar kerajaan akan berusaha utk buktikan yang mereka ni tak melayan S/S sbg fixed deposit.
May 20, 2010 12:58 AM
Ya 2718, harap2 gagasan 1Malaysia dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap usaha kerajaan.
Sokongan rakyat adalah perkara yg plg penting utk memastikan kerajaan terus berdiri teguh memenuhi setiap janji mereka.
May 20, 2010 9:03 AM
kritikan yang diberikan Datuk Chin Shu Pin adalah untuk BN memperbaiki kelemahannya.. kritikan ini haruslah diterima secara positif. samada sabah dan Sarawak tetap menjadi simpanan BN ataupun tidak, itu berada ditangan rakyat.
May 20, 2010 9:10 AM
Betul tu...dengan menggunakan terma 'fix deposit' itu sendiri sudah menggambarkan suatu yg negatif walaupun dalam pengertian pemimpin BN tersebut ia adalah satu terma yg biasa...byk masyarakat Sabah mungkin berasa tersinggung dgn ayat ini...kan baik kalau ia ditukar kepada ayat lain...
May 20, 2010 9:15 AM
Fix deposit, fix deposit jg...tapi prestasi perlu juga ditingkatkan, pekhidmatan perlu dibanyakkan lagi, dan projek2 untuk kemudahan rakyat diluluskan & dipercepatkan untuk kesenangan rakyat juga...
May 20, 2010 11:17 AM
Sabah tidak sesuai untuk dipanggil 'Fix Deposit' kerana sudah beberapa kali rakyat Sabah menukar kerajaan negeri sejak bergabung dgn Malaya dalam penubuhan Malaysia...
May 20, 2010 11:30 AM
We are all citizens of Malaysia, why is there different treatment for people of different regions?
May 20, 2010 11:34 AM
Memang tak percayalah saya. Sakit hati berlaku kejadian ini. Mungkin 1Malaysia dapat mengubah sikap semua orang, harap saja kejadian ini tidak pernah berlaku pun...
May 20, 2010 3:58 PM
Moral of the story: Jangan underestimate rakyat kerana mereka ada kuasa menjatuhkan kerajaan. Maka, kerajaan sekarang perlu menunaikan janji mereka.
May 21, 2010 12:21 AM
Masyarakat Sabah dan Sarawak telah membuat keputusan bahawa BN adalah kerajaan yang memimpin negeri mereka. So isu fixed deposit ni sengaja dihebah-hebahkan untuk menimbulkan kekecohan dan berniat songsang!
May 21, 2010 1:08 PM
sebagai ahli komponen BN, mereka tidak perlu buat kenyataan terbuka untuk mendedahkan masalah dalaman. mereka boleh duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian.
May 21, 2010 1:17 PM
tindakan LDP mengkritik rakan sendiri telah mendapat perhatian parti lain dan mempengaruhi tanggapan masyarakat. diharapkan isu ini tidak berterusan kerana masih banyak isu2 yang lebih memerlukan perhatian kerajaan untuk diselesaikan. apa jua tanggapan yang dilemparkan, diharapkan kerajaan sentiasa tabah dan teruskan berjuang untuk rakyat.
May 21, 2010 1:49 PM
rasanya LDP membuat kritikan tersebut secara terbuka agar segelintir pemimpin BN bangun dari tidurnya yang nyenyak...sikap terlalu yakin di kalangan segelintir pemimpin ini harus diubah kerana ianya akan membawa kepada kejatuhan...LDP juga menyatakan bahawa keputusan sama ada sabah dan sarawak akan terus menjadi simpanan tetap BN adalah terletak di tangan pengundi pada pilihan raya akan datang...seharusnya segelintir pemimpin2 ini harus kerap berjumpa dengan rakyat, mendengar dan menyelesaikan masalah serta isu2 yang telah lama menjadi keluhan dan kehampaan rakyat...jika tidak, nescaya pengundi akan bertukar arah dan membelakangi BN...
May 21, 2010 1:58 PM
MEMANG SIAL NEGERI KITA NI SEBAGAI "FIXED DEPOSIT" BAGUS JANGAN BAGI GELARAN, SIAL BETUL!!!!! KITA TAK NAK JADI "FIXED DEPOSIT ORANG".
May 22, 2010 4:34 AM
Bagi saya, inilah tujuan adanya parti2 yang lain agar kepimpinan BN terus maju kehadapan. Isu2 yang dinyatakan oleh Datuk Chin Su Phi ada kebenarannya. Namun rakyat sudah tahu menilai kerajaan yang boleh membangunkan kedua2 negeri ini.
May 22, 2010 4:37 AM
Perkataan “Fix Deposit” boleh menimbulkan kemarahan kepada merek yang mengatahui perkara ini terutamanya di Sabah. Bagaimanapun pelbagai pembangunan dan kemajuan sangat diperlukan di negeri ini. Amat diharapkan agar kerajaan BN menunaikan segala permintaan dan keperlua rakyat di negeri ini agar sebahagian isu ini dapat diketepikan. Ia juga dapat menjamin masa depan negeri pada masa akan datang.
May 26, 2010 11:11 AM
Sabah and Sarawak by rights are equal partners of Malaysia, the citizens should get equal treatments from the Federal government and also make sure that the 20 point agreement is fulfilled.
Post a Comment