

Masyarakat harus berwaspada dengan peras ugut yang dihantar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau melalui panggilan telefon.
Kho Kien Siong(gambar diatas), 40, mangsa peras ugut menemui wartawan untuk memberitahu tentang tragedi yang baru berlaku kepadanya untuk dijadikan peringatan kepada masyarakat agar lebih berwaspada.
Kho Kien Siong(gambar diatas), 40, mangsa peras ugut menemui wartawan untuk memberitahu tentang tragedi yang baru berlaku kepadanya untuk dijadikan peringatan kepada masyarakat agar lebih berwaspada.
- Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 10 pagi ketika Kho sedang bekerja di pejabatnya di Pending, Kuching Sarawak pada 4 Mei lepas.
- Sebelum itu , Kho memberitahu media keluarganya diancam oleh seorang pemanggil misteri dan memeras ugut meminta wang tunai RM100,000 untuk didepositkan ke bank Western Union.
- Pemanggil misteri tersebut turut memeras ugut untuk membunuh Kho sekiranya keluarga mangsa tidak membayar wang pampasan.
- Pemanggil misteri itu memainkan pita rakaman suara (seakan-akan suara Kho) di telefon untuk diperdengarkan kepada keluarga saya meminta tolong.
- “Pemanggil juga memeras untuk memotong jari tangan saya sekiranya keluarga saya tidak menepati kehendaknya,” kata Kho.
- Ibu mangsa yang berpenyakit (lemah jantung) bersetuju untuk mengeluarkan keseluruhan wang simpanannya demi menyelamatkan Kho.
- Namun tindakan bijak bapa mangsa yang tenang melengahkan pemeras ugut dan berjaya mengurangkan jumlah wang yang diminta pemeras terbabit kepada RM50,000.
- Bapa mangsa dipesan untuk tidak meletakkan gagang telefon tetapi beliau kemudiannya pergi ke rumah jiran untuk menghubungi anak tunggalnya untuk mengesahkan sama ada anaknya menjadi mangsa penculikan.
- Kien Siong pulang ke rumah keluarganya 40 minit kemudianya dan menyuruh pemeras menghentikan tindakan bodohnya.
- Menyedari ini, bapa mangsa melaporkan kejadian itu di Balai Polis Sungai Maong.



Post a Comment