SUARA BEBAS TUARAN

BN Tetap Tunaikan Janji Di Sibu Sarawak

Labels:
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga selaku Timbalan Pengerusi BN, berkata Barisan Nasional akan tetap menunaikan semua janji yang dibuatnya kepada penduduk Sibu semasa kempen pilihan raya kecil di situ minggu lepas walaupun calonnya telah kalah kepada calon DAP, kata nya.
"Segala apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri atau saya atau mana-mana pemimpin BN sebelum itu, kita akan tunaikan.
  • "Sebahagian telahpun ditunaikan sama ada ia melibatkan masyarakat Iban, Melayu, Melanau, bumiputera atau Cina, dan sama ada Muslim atau Kristian dan sebagainya, itu kita tidak membeza-bezakan."Mana yang kita sudah beri pengakuan, kita akan terus tunaikan.
  • Kita tidak melihat pilihan raya kecil itu sebagai satu titik kesudahan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan hari Isnin.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kegagalan BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya Robert Lau Hui Yew tewas kepada calon DAP Wong Ho Leng dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil itu semalam.
  • Muhyiddin berkata walaupun kecewa dengan keputusan itu tetapi BN menerimanya kerana ia adalah pilihan rakyat. Katanya BN akan meneliti punca kekalahan itu dan mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin BN di Sarawak.
  • "Kita nak nilai dari segi prestasi jentera yang ada, di samping pendekatan yang kita gunakan.
  • "Sebelum ini, dikatakan di Sarawak, suasananya tidak serupa di Semenanjung tetapi daripada apa yang kita lihat, ia tidak berbeza dari segi sentimen, kehendak pengundi.
  • "Dengan sebab itu, pendekatan yang akan digunakan pastinya adalah yang lebih sesuai. Apa pun hari ini, kita akan ambil perhatian," katanya.
Sumber: BERNAMA
11 comments:

inilah attitude dan kesungguhan yang perlu ada. jangan melihat kegagalan sebagai titik kesudahan. malah mengambilnya sebagai iktibar atau pengajaran untuk mempertingkatkan prestasi dikemudian hari. keputusan kerajaan menunaikan janji sememangnya wajar dan perlu dicontohi parti2 lain. syabas..


sikap yang baik daripada BN, walaupun mereka tewas dalam pilihanraya di Sibu, namun janji mereka tetap akan ditunaikan... sikap inilah yang perlu diterapkan dalam kepimpinan kita.


kerajaan telah membuktikan bahawa 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'


inilah yang dinama sebagai 1Malaysia, pembangunan diterima oleh semua rkayat tanpa mengira kawasan parlimen..


jelas menunjukkan perbezaan antara parti pemerintah dengan parti politik. rakyat perlukan kewibawaan sebuah parti pemerintah seperti ini untuk terus memperjuangkan nasib rakyat.


Ini satu contoh yg bagus.. hehhee
BN juga la yg plg best. hehhee


Ya betul 2718.. attitude dan kesungguhan sebeginilah yg perlu ada & harus dicontohi..
Syabas BN... cool :)


Ya urangulama. Biar kalah, tapi BN da buktikan dorang tetap setia & berpegang pada janji :P Mmg layak jadi pemimpin kan :)


Betul Neorina :) Go 1Malaysia... hehe


Betul tu somboi. Saya harap slogan 1Malaysia yg selalu dilaung-laungkan dapat direalisasikan sepenuhnya :)


Of course the promises must be fulfilled. This is the government's duty to the people whether they supported the government or not.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails