SUARA BEBAS TUARAN

Fenomena Habitat Hidupan Liar Musnah, Tanah Penduduk Tempatan Di Rampas?

Pengerusi Yayasan Warisan Borneo (BHF), Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah membuat bantahan agar Kerajaan tidak meneruskan usaha untuk membangunkan kawasan BW 4/00 (A) sebagai ladang kelapa sawit dan hanya meninggalkan kawasan Hutan Simpan Dara di tengah-tengah Benta Wawasan sebagai kawasan simpanan hidupan liar.
Menurut Jeffry tujuan Kerajaan Negeri telah mengondolkan kawasan hutan seluas 80,000 hektar dengan tujuan menanam kelapa sawit demi untuk mendapat pulangan RM15 billion bagi setiap pusingan dengan kontrak selama 30 tahun sebelum ditanam kembali dengan kayu hutan.
  • Tegas Jeffrey lagi, daripada kajian lapangan pihaknya, keseluruhan kawasan BW 4/00 (A) adalah kawasan tanah tinggi melebihi 25 % dan merupakan kawasan tadahan air terpenting bagi Benta Wawasan dan hutan simpan dara yang terdapat di kawasan tersebut.
  • Menurut Jeffry, semua saki baki hidupan liar daripada Benta Wawasan dan sekitarnya terperangkap di BW 4/00 (A) dan tidak mempunyai sebarang koridor untuk membolehkan mereka bergerak ke hutan lain.
  • Dalam pada itu, Jeffrey menyifatkan keadaan ini amat berbahaya kepada habitat semula jadi haiwan seperti gajah pygmy, orang utan, rusa, beruang madu, harimau dahan, kijang dan sebagainya yang mengalami kepupusan secara drastik akibat kemusnahan hutan yang tidak terkawal lagi.
  • Sehubungan itu, Jeffrey mendesak agar Kerajaan Negeri dan Kerajaan Malaysia berhati-hati membangunkan Benta Wawasan agar tidak mengganggu ekologi dan ekosistem alam semula jadi di BW 4/00 (A) yang mula diceroboh pembalak haram sekalipun masih dalam keadaan terkawal.
  • Jeffry juga menyaran agar Jabatan Perlindungan Alam Sekitar menjalankan kajian punca anak sungai dan sungai di BW 4/00 (A) dan sekitarnya kering kontang ketika kemarau sehingga membahayakan hidupan liar yang terperangkap di dalam hutan simpan tersebut. Terutama sekali pembinaan kilang kelapa sawit di dalam kawasan hutan simpan tersebut telah mencemarkan sungai dan anak sungai di kawasan tersebut pada tahap serius.
  • Jeffrey turut membidas Dasar Talam Dua Muka (Double Standard) Kerajaan Negeri Sabah yang membenarkan penanaman kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan dan dalam masa yang sama menghalau anak negeri daripada tanah tumpah darah mereka; membakar rumah dan merampas tanaman mereka untuk diberikan kepada syarikat kroni dan proksi bagi satu jangkamasa yang agak lama, antara 25 hingga 30 tahun.
Menurut Jeffry, Kerajaan Negeri lebih mementingkan kroni, proksi dan syarikat milik mereka dalam segala hal sehingga hak anak negeri Sabah terus dicabul secara kejam dan tidak berperi kemanusiaan.
Kawasan yang dimaksudkan menerima nasib malang ada lah Hutan Simpan Ulu Kelumpang, Hutan Simpan Mensuli, Hutan Simpan Mount Pock dan Tanjung Nagus serta beberapa hutan simpan lain di seluruh Sabah.
Sumber: BHF, SabahKini
12 comments:

tidak salah membangunkan kawasan hutan, tapi biarlah melalui perancangan yang teliti tanpa mengabaikan ekosistem dan penduduk sekitar.


kerajaan sepatutnya sentiasa memantau pergerakan syarikat2 yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan kawasan tersebut agar tidak melanggar peraturan2 yang disediakan. kadang2 ada diantara mereka yang tidak tahu had sempadan yang boleh diteroka. oleh itu, perlu ada penjelasan terperinci terhadap syarikat2 ini agar lebih memahami skop kerja mereka.


kawasan hutan simpan sabah, menurut Jabatan Perhutanan Sabah adalah seluas lebih kurang 3.61 juta hektar dan dikelaskan kepada tujuh kelas..hutan perlindungan hidupan liar adalah kelas ke-7 dalam kelas2 hutan simpan sabah iaitu seluas 132,653 hektar...jika dibandingkan dengan jumlah keluasan hutan simpan sabah, kawasan hutan perlindungan liar adalah tidak begitu besar...diharap kerajaan akan mempertimbangkan untuk tidak meneruskan usaha membangunkan kawasan hutan simpan hidupan liar di seluruh sabah...sungguhpun, pertanian komersil dilaksanakan untuk menjana ekonomi negeri, namun keindahan dan keunikkan alam kita harus dipelihara secara serius demi keberlangsungan hidup spesis2 haiwan yang hampir pupus seperti badak pygmy, orang utan dan sebagainya...


jika hendak membangunkan sesuatu kawasan untuk penanaman kelapa sawit, akpek persekitaran perlu diambil kira, kawasan tersbut merupakan kawasan hutan simpan yang menjadi habitat kepada beribu spesies haiwan dan tumbuhan. pembukaan ladang ke kawsan tersebut boleh memusnahkan hidupan liar di sabah.


benarkah dakwaan datuk jefrey ni? tanah penduduk tempatan dirampas untuk untuk penanaman kelapa sawit? pembangunan untuk penanaman kelapa sawit bagus jika ia untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan individu. aspek persekitaran perlu diambil kira. kawasan tersebut merupakan habitat kepada beribu spesies flora dan fauna.


I hope the government will not sacrifice the environment for developing the Palm oil industry.


who else going to help but the government itself?

Can the whole things used to generalized the view of rakyat towards the government?

No, if the government fix this problem ASAP...


pemantauan terhadap projek penanaman kelapa sawit perlu dilakukan agar ia tidak memusnahkan hutan simpan disekitar kawasan tersebut. tindakan perlu diambli terhadap syarikat2 yang melangar undang2 dalam membangunkan kawasan tersebut.


Datuk Jeffry turut mengatakan bahawa Kerajaan Negeri lebih mementingkan kroni, proksi dan syarikat milik mereka dalam segala hal sehingga hak anak negeri Sabah terus dicabul secara kejam dan tidak berperi kemanusiaan...adakah benar dakwaan ini? beliau haruslah mengemukakan bukti yang sahih untuk menyokong dakwaan ini agar kerajaan dan pihak2 berkenaan boleh menyiasat dakwaan tersebut..bagaimana pula dengan syarikat2 kroni yang berkepentingan di kawasan yang disebutkan oleh beliau? mungkin terdapat mana2 pihak yang melakukan perbuatan kejam ini dengan menyalahgunakan nama kerajaan negeri sabah..perkara ini harus disiasat segera dengan menyeluruh.


sejauh manakah kebenaran dakwaan Datuk Jeffry berhubung dengan dakwaan beliau mengenai penanaman kelapa sawit di kawasan hutan simpan dan anak negeri yang dihalau dari tanah mereka dengan segala tanaman mereka dirampas, rumah dimusnahkan? adakah dakwaan ini merupakan hasil daripada dapatan kajian yang telah dilakukan oleh pihaknya? jika benar, harus ditunjukkan bukti2 yang telah diperolehi untuk siasatan lanjut demi kebaikan bersama..


If what Jeffrey alleges, then please don't sacrifice the environment and the wilds for the sake of making way for oil palm industries. I got nothing against the Govt but I hope they plan careful instead doing it blindly.


How reliable the 'research' done by Jeffrey side? isn't it bias when the research was done by the party who opposed the 'forest clearing', instead of an independent party who has no interest in that matter?

We already know the result even before when the research was done...


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails