

Presiden PERKASA merangkap MP Bebas Pasir Mas, Ibrahim Ali berkata, Perkasa sekali lagi tidak puas hati apabila mempertikaikan tahap sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) di Sibu baru-baru ini.
Beliau mendakwa pengundi-pengundi Cina di kawasan Sibu tidak menghargai janji-janji projek dan bantuan kewangan dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak ketika berkempen.
Sumber: EP
Beliau mendakwa pengundi-pengundi Cina di kawasan Sibu tidak menghargai janji-janji projek dan bantuan kewangan dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak ketika berkempen.
- “Pengundi-pengundi Cina tidak menghargai apa yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada mereka, misalnya menyokong sekolah vernakular dan sebagainya,” katanya.
- Menurutnya, masyarakat Cina secara terbuka menyokong dasar DAP.
- “Pengundi Cina mahukan cara Cina sendiri, meskipun Bumiputera terpaksa menelan tolak ansur yang dibuat oleh BN dalam memenuhi kehendak mereka,” katanya lagi.
- Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor tiga minggu lalu menyaksikan BN merekodkan kemerosotan sokongan pengundi Cina.
- Sehubungan itu, Perkasa meminta BN mengkaji semula janji bantuan kewangan dan projek pembangunan kepada masyarakat Cina.
- Saranan hukuman itu tidak mendapat sokongan pemimpin-pemimpin BN dan Umno. Bagaimanapun kata Ibrahim, keputusan di Sibu sebenarnya satu pengajaran kerana ia memotivasikan kaum Melayu dan Bumiputera agar lebih bersatu padu selepas ini.
- Kerusi itu yang mempunyai majoriti pengundi Cina dirampas oleh DAP yang diturunkan oleh Pakatan Rakyat.



May 19, 2010 1:53 PM
kerajaan tidak perlu menarik semula janji bantuan kewangan dan projek di sibu kerana tindakan tersebut hanya memburukkan lagi keadaan. sebagai parti pemerintah, perlulah bersikap matang dan profesional dan mengambil iktibar untuk memperbaiki kelemahan.
May 19, 2010 2:03 PM
pendapat saya, mana2 parti tidak patut buat kenyataan yang mempertikaikan kaum lain. sebagai sebuah negara demokrasai, rakyat sememangnya mempunyai hak. dan sebagai sebuah negara pelbagai kaum yang telah diakui dunia, kita patut sama2 melindungi keunikan ini.. rakyat mempunyai hak dan kebebasan mengundi yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana2 pihak.
May 20, 2010 12:00 AM
Saya yakin Najib tahu mahu buat apa..
Lagipun setiap tindakan yg beliau lakukan pasti dinilai oleh rakyat.. hehhee
May 20, 2010 11:54 AM
The people have the rights to vote who they think is the best candidate to lead them. This is what voting is all about.
Post a Comment