SUARA BEBAS TUARAN

Internet Kian Jadi Sasaran Penjenayah Siber

Rangkaian sosial Internet seperti Facebook, Twitter dan mySpace kian menjadi sasaran penjenayah siber atau pengodam, menurut pakar-pakar keselamatan Internet.
Jumlah pengguna yang meningkat serta langkah kawalan keselamatan lemah di kalangan pengguna antara sebab pegodam kini menumpukan perhatian pada rangkaian khidmat sosial di Internet.
  • Selain membuat kacau, antara matlamat para pegodam mencari sasaran di rangkaian khidmat sosial ialah mencuri data peribadi.
  • Menurut seorang penganalisis data daripada firma keselamatan infokom Symantec Hosted Services, Encik Matthew Nisbet, rangkaian sosial kian menjadi sasaran para penggodam kerana ia satu cara mudah untuk mencari mangsa.
  • 'Rangkaian sosial terkemuka di dunia mempunyai jutaan pengguna, semuanya di satu tempat, bermakna setiap serangan berpotensi menjejas lebih banyak mangsa,' ujar Encik Nisbet dalam satu interviu dengan Berita Harian baru-baru ini.
  • Satu lagi faktor, menurut beliau, ialah sifat mudah percaya di kalangan para pengguna.
  • 'Ramai pengguna sedia menerima pesanan atau kiriman undangan daripada 'teman-teman' dalam rangkaian sosial. Dengan mencerobohi akaun rangkaian sosial, penggodam boleh menggunakan nama teman yang dikenali untuk mengirim virus atau mendapatkan maklumat peribadi,' kata Encik Nisbet.
  • Menurut kajian yang dijalankan sebuah syarikat penyelidikan pasaran yang menyediakan data pemasaran dan perkhidmatan kepada banyak syarikat besar Internet, comScore, Singapura mempunyai penggunaan tertinggi khidmat rangkaian sosial di kalangan negara-negara Asia-Pasifik, iaitu sekitar 74 peratus.
  • Purata penggunaan rangkaian sosial di Asia- Pasifik ialah sekitar 60.6 peratus.
  • Ada pelbagai cara bagi para penggodam mencerobohi akaun rangkaian sosial, kata Encik Nisbet.
  • Salah satu cara ialah menerusi Phishing, iaitu penggodam menyamar sebagai seorang teman dalam rangkaian sosial dan mengirimkan e-mel atau chat untuk mendapatkan kata laluan dan maklumat peribadi daripada mangsa.
Satu lagi cara ialah menerusi Brute Force, atau Cara Paksa, iaitu penggodam mencuba kata laluan yang sering digunakan, seperti 'Password' atau '12345'.
'Usah menggunakan komputer awam untuk melungsuri akaun rangkaian sosial. Anda tidak tahu kemungkinan komputer itu mengandungi applikasi malware yang boleh merakam kata laluan anda,' nasiat Encik Nisbet.
Sumber:BH, Cuberberita
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails