SUARA BEBAS TUARAN

Judi Bola Sepak Yang DiLuluskan Kerajaan Dapat Bantahan

Labels:

Di katakan semalam, media melaporkan bahawa Menteri Kewangan telah meluluskan lesen judi bola sepak piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya kepunyaan Datuk Vincent Tan seorang peniaga yang terkenal di Malaysia; dengan alasan untuk mengawal judi secara gelap.
Dalam pada itu, kelulusan lesen ini telah menerima bantahan dari berbagai pehak, terutama nya dari pehak parti pembangkang.
Dalam kenyataan berasingan mereka menyifatkan langkah ini satu yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.
  • Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, langkah pihak kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.
  • Ianya menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada pada waktu sekarang ini telah bankrap idea dan sedang membawa negara mundur ke belakang ke arah yang lebih jauh dari ajaran Islam.
  • Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga membantah keras cadangan kerajaan BN untuk menghalalkan judi pertaruhan sukan, kata Ketua Penerangannya Latheefa Koya.
  • PKR dengan keras menyatakan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan hanya menambah masalah penyakit sosial yang sedang melanda masyarakat.
  • Meluasnya judi sukan akan secara langsung menyerang tunjang budi pekerti (moral) masyarakat yang giat berusaha menghapuskan penyakit sosial seperti rasuah, jenayah keganasan seksual, penderaan dalam rumah dan pinjaman 'jerung' ah long.
  • Kerajaan BN tidak menghiraukan fakta bahawa golongan miskin dalam masyarakat akan menerima kesan buruk akibat pelaksanaan dasar judi ini.
  • Biarpun perjudian merupakan tabiat yang wujud pada setiap peringkat golongan masyarakat, namun ia memberi kesan besar terhadap golongan berpendapatan rendah yang sebenarnya tidak boleh kalah dalam perjudian mereka untuk cepat kaya.
  • Kajian menunjukkan golongan miskin lebih mudah terpengaruh dengan judi dan mempertaruhkan sebahagian besar daripada pendapatan mereka berbanding dengan golongan yang kaya, katanya.
  • Tambah beliau, Tidak ada jaminan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan dapat menghapuskan judi haram. Malah ia akan memperbanyakkan lagi pembuat pertaruhan haram dan 'jerung' ah long pula akan menawarkan pertaruhan yang lebih baik dan menarik, termasuklah jerat pinjaman haram.
  • Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam kenyataannya pula berkata, kelulusan lesen ini merupakan satu tindakan yang memperolokkan Model Ekonomi Nasional (MEN) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
  • Katanya, rakyat Malaysia sangat terkejut dengan tindakan ini kerana Najib telah membentangkan model baru cara menjalankan perniagaan di Malaysia yang menurutnya akan lebih telus dan kompetitif.
  • "Atas dasar apa Vincent Tan dianugerahkan konsesi bernilai bilion ringgit ini yang bukan sahaja akan mengkayakan dia tetapi dalam masa yang sama merosakkan rakyat melalui dorongan untuk berjudi," soal Tony Pua lagi.
  • Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan agar menarik balik lesen ini dan membentuk satu Jawatankuasa Terpilih Dewan Rakyat untuk mengkaji kesan judi sukan ini kepada rakyat Malaysia.
  • "Jika diluluskan pun, pastikan ia dibuat secara tender terbuka, telus dan kompetitif atau sebut harga lelongan dibuat untuk mempastikan ia telus dan nilai wang terbaik untuk kerajaan dan rakyat," kata Tony.
Sumber: HarakahDaily
4 comments:

Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi

http://ibnuyassir.blogspot.com/2010/05/judi-halal-judi-haram-perbuatan-syaitan.html


kalau diharamkan pun aktiviti ni tetap berlaku oleh badan2 underground. kepada kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah yang masih membenarkan lesen premis judi seperti Sport Toto. Mereka sepatutnya menutup premis perjudian itu memandangkan premis tersebut telah lama bertapak.


pemberian lesen judi untuk bola sepak mungkin dapat mengelakkan brlaku judi haram. namun perkara ini juga boleh menggalakkan orang ramai untuk berjudi..


pemberian lesen judi ini adalah untuk mengelakkan berlakunya perjudian haram semasa berlangsung piala dunia bole sepak bulan jun.. judi ini hanyalah dibenarkan kepada non-muslim sahaja.. pihak kerajaan haruslah memastikan tiada orang islam yang terlibat dalam perjudian ini.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails