SUARA BEBAS TUARAN

Kehidupan Rakyat Terjejas Kiranya Subsidi Bahan Keperluan Harian DiPotong

Agensi berita Reuters melaporkan Kabinet akan bermesyuarat 26 Mei depan dengan tujuan untuk membincangkan usul memotong rejim subsidi keatas minyak, gas asli, makanan dan tol lebuhraya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pernah menyakinkan pengundi seluruh negara bahawa harga keperluan asas tidak akan naik, namun Reuters melaporkan BN kini mempertimbang semula keputusan itu kerana defisit negara membengkak ke rekod tertinggi sejak 20 tahun lalu.
  • Justru itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bimbang pelan pemotongan subsidi yang dilakukan pentadbiran Najib , bakal mencetuskan impak negatif kepada kehidupan rakyat.
  • Menurut wakil AMK Selangor, rakyat sewajibnya tidak dibebani dengan kenaikan harga keperluan dan perkhidmatan, sebaliknya soal pembaziran, penyelewengan dan ketirisan dalam kerajaan perlu diberi perhatian.
  • kerajaan harus melaksanakan polisi yang menguntungkan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana, apatah lagi kerajaan meuar-uar pertumbuhan suku pertama 2010 mencecah 10 peratus.
  • Dijangka penstrukturan semula subsidi ini perlu mengambil kira kesusahan rakyat khususnya perkara asas seperti subsidi bahan api, gula, tepung, makanan, pertanian dan bahan keperluan utama rakyat.
Sumber: Reuters
23 comments:

rakyat masih belum bersedia sepenuhnya menghadapai kenaikan harga barangan memandangkan majoriti taraf hidup rakyat di negara ini masih tidak memuaskan. sebaik2nya kerajaan mempertimbangkan terlebih dahulu keadaan rakyat sebelum membuat keputusan terutamanya di negeri2 termiskin.


sebaik-baiknya jika pun kerajaan hendak memotong subsidi tersebut, haruslah terlebih dahulu menaikkan gaji pekerja awam dan swasta...satu formula diperlukan berkenaan langkah untuk mengatasi kesulitan yang akan dihadapi oleh rakyat kelak kesan daripada pemotongan subsidi ini...apatah lagi pertumbuhan ekonomi negara yang amat positif pada suku pertama tahun ini sebanyak 10peratus seperti yang diumumkan oleh PM... haruslah ada pertimbangan, ada kajian, ada perundingan antara rakyat dan pihak berkuasa berhubung perkara ini sebelum sebarang keputusan dibuat...


pendapatan rakyat malaysia secara keseluruhannya masih rendah...bukan kah malaysia ingin menjadikan rakyatnya sebagai golongan berpendapatan tinggi selaras dengan visi untuk menjadi sebuah negara maju? jika kerajaan memotong subsidi barangan keperluan harian, nescaya rakyat akan terbeban dan bertambah miskin dan golongan pemodal bertambah kaya..


berita ini boleh dipercayai ka? atau ia hanyala propaganda dari barat yg bertujuan untuk menghilangkan keyakinan rakyat ke atas kerajaan?


kos hidup pada masa kini sangat tinggi, potongan sibsidi bahan keperluan harian akan menambahkan lagi tekanan hidup rakyat. kerajaan seharusnya meningaktkan lagi taraf hidup rakyat sebelum memotong subsidi ini.


let me tell u something..berapa lama lagi kerajaan harus memberi subisidi kepada rakyat. bukannya tidak boleh beri subsidi tetapi kalau gula, beras, minyak, baja dan racun semuanya mau subsidi, bermaksud semua benda pun baru terlaksana kalau ada subsidi. contoh di kawasan sawah padi di tuaran, kota belud, penampang dsb, sawah padi tidak akan ada jika tiada subsidi! benih subsidi, baja dan racun pun subsidi, dan akibatnya rakyat jadi terlampau manja asyik harap subsidi!


cuba anda semua fikir sejak berapa lama sudah kerajaan asyik bagi subsidi kepada rakyat? contohnya pertanian, tanam padi di sabah? kenapa nasib para petani kita tidak boleh berubah? sebab mereka semua tunggu subsidi baru boleh bergerak. dan keadaan ini berlarutan sampai bila-bila dan lama kelamaan semua kawasan sawah padi lebih baik diconvert untuk buat rumah berbanding tanam padi.


subsidi sebenarnya boleh menyebabkan rakyat terlalu manja dan tiada motivasi sendiri untuk melaksanakan tugas. bagi saya, subsidi hanya perlu dibagi pada golongan tertentu contohnya seperti yang dibuat pada diesel dan petrol


bagi saya kajian tentang pemberian subsidi harus dikaji semula. dari segi kos barangan import yang subsidi kerajaan perlu ditampung juga penyumbang utama mengapa subsidi yang kerajaan perlu tampung pada setiap tahun makin lama makin tinggi dan bakal memberi impak negatif terhadap pertumbuhan ekonomi.


memang benar kos sara hidup semakin lama semakin tinggi di negara. sukar untuk mengawal kenaikan harga barangan import kerana ia mengambilkira juga kos kenaikan harga minyak global, kos pengangkutan etc. akibatnya semakin lama jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan semakin lama semakin tinggi. so wajarlah dikaji polisi kerajaan terhadap bentuk subsidi bagaimana yang sesuai untuk rakyat


terlalau banyak sudah subsidi yang telah diberikan kerajaan kepada rakyat, pemberian subsidi kepada rakyat banyak membebankan kerajaan terutamanya semasa kegawatan ekonomi. potongan subsidi ini untuk mengurangkan beban kerajaan. kita sebagai rakyat janganlah terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata.


Unless the government manages to implement minimum wages, I don't think the people will have an easy time with the lack of subsidies, especially when the government decided to implement the GST as well.


pemotongan subsidi bahan keperluan harian boleh menjejaskan hidup rakyat terutamnya golongan miskin, namun kerajaan terpaksa berbuat demikian kerana beban yang ditanggung kerajaan pada masa kini amat berat. rakyat haruslah memahami situasi kerajaan dan janganlah nak menyalahkan kerajaan semata-mata.


Diharapkan kerajaan mempertimbangkan dahulu tentang pemotongan subsidi memandangkan kos saraf hidup rakyat semakin hari semakin meningkat dan pendapatan rakyat Malaysia masih rendah keseluruhannya.


Too much subsidy given to people will only make them way too lazy and dependable on the Govt.

Revise the subsidies and also the tax. Higher tax rate will only burden the people as everything is hiking up.


artikel ini merujuk kepada pemotongan subsidi yang akan memberi impak kepada keperluan asas rakyat. berkenaan dengan subsidi pertanian, kerajaan ada pertimbangan mereka sendiri samada perlu atau tidak. bukan untuk memanjakan tapi untuk membela golongan miskin. berkenaan dengan keperluan asas, di sabah masih ada majikan yang memberikan gaji rm400 walaupun menyedari individu tersebut telah berumahtangga. oleh itu, pemotongan subsidi ini perlu mempertimbangkan keadaan semasa agar tiada rakyat yang terbeban.


The government must do whatever is best to ensure that the people's quality of life are improved.


Banyak rakyat yang berpendapatan rendah akan menghadapi masalah jika harga barang naik. Kerajaan haruslah fikir tentang mereka dahulu.


Saya bukannya tak sokong kerajaan.. Tapi kalau boleh pertimbangkanlah hal ni sebaik mungkin.. Masih ramai rakyat yg berpendapatan rendah ba, termasuklah saya... huhu


Kalau btl kena potong rasanya agak sukar utk rakyat survive ba.. Tengok jalah keadaan di sabah.. ada yg hanya bergaji RM500 ja.. Sedangkan masih perlu menyara kehidupan adik beradik yg lain. tu belum campur lagi tambang bas, sewa rumah dsbnya..


Apapun saya yakin kerajaan bukannya suka2 mahu sukarkan hidup rakyat bah.. so saya harap kalaupunlah subsidi dipotong, tolonglah cari alternatif lain utk bantu rakyat supaya tak terbeban sangat.


Betul tu karaabau...
kalau naik gaji kan best. hehehe


polemic, saya ada dengar juga cerita ni di TV3 tadi. Mungkin betul jugalah ura2 subsidi tu dipotong. Tapi saya yakin kerajaan pasti ada alasan yg munasabah.

p/s kalau potong pun tak pa, yg penting pastikan rakyat tak terbeban dgn pemotongan subsidi tu - so kajilah sedalam mungkin ya.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails