SUARA BEBAS TUARAN

Kempen "No To Plastic Bags", Pelanggan Bawa Beg Sendiri Ketika Beli-Belah


Orang ramai atau pelanggan yang hendak membeli-belah di pasaraya sekitar bandaraya Kota Kinabalu bermula 7 Jun ini digalakkan membawa beg masing-masing atau mendapatkan beg di pasaraya terbabit dengan membayar 20 sen sehelai.
Ia bagi menjayakan Kempen ‘Hari Isnin Tanpa Beg Plastik’ yang bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik dan meningkatkan tahap kesedaran di kalangan masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.
  • Hasil jualan beg itu akan dimasukkan ke dalam tabung Pusat Tindakan Alam Sekitar Sabah (EAC) untuk tujuan projek alam sekitar dan kebersihan.
  • Kempen itu diterajui oleh oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan EAC.
  • Ketua Pengarah DBKK Yeo Boon Hai berkata, sebagai permulaan kempen ‘Hari Isnin Tanpa Beg Plastik’ itu disertai oleh 23 buah pasaraya, kedai dan premis makanan sekitar bandaraya.
  • “Antara pasaraya yang menyertainya ialah Parkson, KFC, Milimewa, Tong Hing Supermarket, Giant, WholeSale Mart, G-Mart Supermarket, Watson, Daisho (1Borneo), Pacific Ngiu Kee, Guardian, Southern Cake House, Multi Bake Cake House, 7-Eleven, Metrojaya, Servay, Merdeka Supermarket, One Stop Superstore, Popular Bookstore, Tong’s Supermarket, Chu Kah Seng, Sunny Supermarket,” katanya.
Kempen ini dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di daerah-daerah lain di bawah Jawatankuasa Program Kebersihan, Keindahan dan Kecerian Tempat Awam dan Pejabat Kerajaan Zon Kota Kinabalu iaitu di daerah Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kota Belud, Tamparuli dan Ranau melalui rangkaian pasaraya atau kedai yang menyertai kempen ini
Sumber:NST
12 comments:

kempen seperti ini dapat memberi kesedaran kepada masyarat akan pentingnnya penjagaan alam sekitar. ia juga dapat mengurangkan penggunaan beg plastik. diharap kempen ini akan berjaya.


More of these type of campaign should be done, this will encourage people to reduce the usage of plastic bags, I've noticed many shops started to hand out free eco-bags to customers, we should make good use of them.


banyakkan lagi usaha seperti ini yang menjurus kepada kempen kebersihan. pihak DBKK juga perlu memberi perhatian terhadap sistem perparitan sekitar bandaraya agar bebas dari sebarang bentuk bahan buangan.


secara peribadi sa sokong kempen ini..kempen seperti ini harus dipraktikkan sebagai amalan dalam kehidupan kita..penjagaan alam sekitar adalah tanggung jawab kita bersama...diharap agar masyarakat sedar kepentingan penjagaan alam sekitar melalui kempen seperti ini..


Salam Sdr Solymone..

isu ini begitu menarik..ia memerlukan perubahan minda yang besar..kita menyokong usaha-usaha murni sebegini..bagi yang mahu membeli belah dgn kadar sedikit bolehlah membawa beg plastik atau bakul kitar semual..kalau yg mahu membeli belah dgn kadar yg banyak..barangkali boleh membawa karung atau guni...hahaha..

semua itu untuk menjaga kebersihan alam sekitar


Thanks Everyone, for your supportive comments. Teruskan.

Untuk sahabat ciber saya Kelapa Mawar, wsalam.

Bagi saya, kehadiran KM disini ada lah satu kunjungan yang agak menarik dan mengejutkan selarasa dengan perubahan yang akan kita hadapi bilamana membeli-belah di 'Super Markets' nanti.

Dari apa yang diperkatakan atau pun yang dinyatakan saya setuju.
Namun kita kena lah terima nya dengan kadar yang positif, kerana bukan mudah untuk berhadapan dengan apa jua jenis perubahan.

Walau macam mana pun, barangkali sudah tiba masa nya untuk kita menerima dengan hati yang terbuka budaya beli-belah alap baru ini.
Bermula 07/06/3010 akan datang ini?

Semuga sukses


Hope the public will know that the campaign will help not only ourselves, but also the lives of our next generation. We can reduce the usage of plastic bags and also reduce the usage of resources used up for making them.


Saya bersetuju juga dengan kempen ini, bagaimanapun penjagaan alam sekitar ini memerlukan kesedaran yang mendalam. Kempen hari isnin tanpa bag plastik yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan beg plastik. Pendapat saya ia mungkin kurang berjaya kerana pada hari tersebut juga bag plastik turut dijual, so apa bezanya....orang ramai tetap membuang beg plastik tersebut.


Hopefully more consumers will start to adapt greener lifestyle.


hehhehee.. Good Idea :)
patut disokong bah, sekurang-kurangya dapat juga kurangkan penggunaan beg plastik.


betul tu 2718.. Tapi bagi saya yang paling penting ialah kerjasama dari masyarakat sendiri :)
So sama2 la kita sokon perkara yg baik utk kepentingan semua pihak :)


Waaa, komen yang baik dan membuktikan sabahan ni sememangnya sentiasa menyokong kegiatan yang bakal memberikan manfaat kepada semua pihak.
So sama2 lah kita jaga kebersihan alam sekitar ya :)


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails