
Dilapurkan melalui media arus perdana, bahawa disalah sebuah sekolah di Rawang Selangor, terdapat aktiviti-aktiviti kongsi gelap, mengedar dadah, alkohol, Gangsterisme, vandalisme dan jenayah seksual berleluasa di kalangan pelajar sekolah itu.
Namun mereka memberitahu bahawa mereka ‘tiada kuasa’ untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin disana.
Menurut sumber dari seorang guru disana, keadaan sekolah tersebut sesak dengan 3,264 pelajar dan hanya terdapat 30 guru disiplin di kalangan 169 kakitangan yang mengajar.Peratus bilangan pelajar meliputi Cina sebanyak 43.96 peratus, India pula 38.63 peratus dan Melayu (15.4 peratus). “Ia terlalu ramai untuk kami kawal,” kata guru tersebut.
Pelajar-pelajar terbabit yang terdiri daripada beberapa kumpulan telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pelajar, guru-guru, ibu bapa juga penduduk setempat.- Kes pencabulan, dilihat perkara biasa di sekolah itu dan kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai hanya menjadikan keadaan tersebut semakin buruk.
Dikatakan, seorang gadis berumur 14 tahun pernah dirogol oleh rakan sekelas nya. Namun hingga kini belum ada sebarang tindakan, kerana guru-guru di sana merasa ketakutan untuk bertindak selanjutnya.
- Rina (bukan nama sebenar), bekas pelajar mengakui dia pernah dicabul sewaktu belajar di sekolah itu.
- Namun dia hanya dituduh kerana melakukan konspirasi dengan pelajar lain apabila mengadu kejadian tersebut kepada seorang guru. “Guru itu berkata jika benar saya dicabul, saya sepatutnya mengalami trauma,” ujarnya.
Seorang guru berkata, pelajar-pelajar akan dibuang sekiranya mempunyai masalah disiplin, namun kembali semula dengan bantuan ibu bapa mereka.- “Kami percaya ibu bapa pelajar terbabit menggunakan ‘kedudukan’ mereka untuk memastikan anak-anak mereka kembali belajar di sini. Sekurang-kurangnya 30 pelajar akan kembali semula selepas dua atau tiga bulan mereka dibuang,” katanya.
- Malah katanya, terdapat kejadian di mana pelajar buli mengambil tindakan dengan membuat laporan polis terhadap guru yang didakwa mengasari mereka. “Mereka sepatutnya tampil bersama peguam,” ujarnya.
Pengendali bas sekolah yang membawa pelajar-pelajar daripada sekolah berkenaan selama 15 tahun berkata, disiplin mereka semakin teruk sejak bertahun-tahun lama nya.“Ada di antara mereka melakukan vandalisme terhadap rakan lain yang mengendalikan bas sekolah dengan menyembur ayat ’08 is tops’ pada bas terbabit. Malah, mereka pernah menyerang seorang pelajar berhampiran kenderaan saya dua bulan lepas,” katanya.Sumber: mStar
Blog Archive
-
▼
2010
(595)
-
▼
May
(56)
- Israel Serang Kapal Bantuan Ke Gaza: Nasib Rakyat ...
- PERKASA Tolak Model Ekonomi Baru Najib
- Wakil Rakyat PKR Melompat Terima Sogokan?
- Sime Darby Berhad Alami Kerugian Operasi RM1.02 Bi...
- Kemalangan Jalan Raya Penyebabkan Jumlah Kematian...
- Rakyat Selangor Terus Bantah Kerajaan Lulus Lesen ...
- KKLW Tubuh Unit Khas Bantu Ekonomi Rakyat
- Ramai Pekerja Tempatan Mengelak Dari Bekerja Dalam...
- Kempen "No To Plastic Bags", Pelanggan Bawa Beg Se...
- Politik Dan Wang Tidak Dapat Di Pisahkan?
- Kes Pengedaran Dadah, Vandalisme Dan 'Sexual Harra...
- Fenomena Habitat Hidupan Liar Musnah, Tanah Pendud...
- Penyeludupan PATI Maseh Berleluasa Di Sabah?
- Kerajaan Negeri Jadikan Kimanis Sebagai Pekan Miny...
- Kehidupan Rakyat Terjejas Kiranya Subsidi Bahan ...
- Perlu Kah BN Sabah, Sarawak Lakukan Inovasi Polit...
- Konsert 'Gelek Gerudi' Inul Di Tawau Sabah Dapat ...
- Selain Dari Pengundi Muda, Warga Tua Pun Sokong P...
- PAS Anjur Bantahan Lesen Judi Bola Sepak Di Beber...
- Tenaga Nuklear Perlu Didalami Sebelum Keputusan Di...
- Penyambungan Air Paip Haram Berleluasa Di Sandakan...
- Program 'Nasihat Mesra' - Ahli PKR Diberi 1 Bulan...
- Ahli Parlimen Dari Sabah Dihukum Penjara Dan Denda...
- Berhenti Melayan Sabah Dan Sarawak Sebagai "Fixed ...
- Ibrahim Ali Pertikai Tahap Sokongan Cina Kepada BN...
- BN Kalah Kerana Ada Pergeseran Dalaman Parti Kompo...
- BN Tetap Tunaikan Janji Di Sibu Sarawak
- Touching The Untouchable II-UBN Sabah Di Persimpan...
- Angin Perubahan Politik Bertiup Di Sarawak - PR M...
- Ain Kecundang, Adira keFinal Program Realiti AF8
- Penjawat Awam Dilarang Buat Kenyataan Bimbang Jeja...
- Projek Hidro Bakun Bakal Ditangguh, Dana Awam Digu...
- Penyambungan Air Paip Haram Berleluasa Di Kawasan ...
- ‘Touching The Untouchable’ - SPRM Arah KM Sabah Me...
- Judi Bola Sepak Yang DiLuluskan Kerajaan Dapat Ban...
- Ain AF8 Perlu Bantuan Afundi Untuk Layak KeFinal
- Penyelewengan Minyak Diesel SESB, Berjaya Di Tumpa...
- Sokongan Pengundi Cina Kepada BN Di Sibu Maseh Bel...
- Luar Bandar Sabah, S’wak Di Janji Tumpuan Utama K...
- Pelabuhan Sandakan, Sabah Tercemar
- Isu Kalimah Allah Timbul Di Sibu?
- Polis Tembak Seorang Lagi Remaja?
- SPRM Beri Imbuhan Penjawat Awam Lapor Rasuah
- Pemuda Malaysia Temui Cicak Gergasi 64 Kilo Di P...
- Nikah Di Thailand Tidak Sah, Pelakun Dan Suami Di ...
- Berwaspad Dengan Peras Ugut Menerusi SMS Dan Pangg...
- MITOS TENTANG TENAGA NUKLEAR
- Model Indonesia Manohara, Gembira Suami Ditahan?...
- 1, 400 Rakyat Malaysia Ditahan Di Penjara Negara A...
- MB Selangor Tolak Program Nuklear
- Makmal Khas Urus Warga Asing DiTubuhkan Di Saba...
- Malaysia Akan Mempunyai Loji Tenaga Nuklear Pada ...
- Internet Kian Jadi Sasaran Penjenayah Siber
- Pesta Menuai Menyatu Keharmonian pelbagai Ethnik
- Ain Selamat Dari Pengingkiran AF8, Adira Buat Per...
- Pelupusan Sampah Di Negeri Sabah Di Ambil Perhatia...
May 26, 2010 1:17 PM
I'm shocked to hear such a news, how come no one come forward to report this until now? How can the headmaster allow the discipline and morals of the students deteriorate till this stage?
May 26, 2010 1:20 PM
remaja masa sekarang semakin ramai yang rosak, kenapa ini terjadi? semakin bnyak masalah remaja yang kita dengar seperti pengedaran dadah, vandalisme, pencabulan, buang bayi dan banyalk lagi. masalah seperti ini perlu ditangani dengan segera, ibu bapa dan guru perlu ambil peranan penting dalam menerapkan nilai2 murni dikalangan remaja masa kini.
May 26, 2010 3:30 PM
dimanakah silapnya? persoalan pertama yang timbul setelah membaca artikel ini..sikap dan tabiat remaja masa kini jauh berbeza dan terpesong daripada nilai2 murni..gangsterism, kongsi gelap, dadah, cabul, rogol dan sebagainya antara yang dilakukan oleh segelintir remaja2 ini yang masih di bawah umur dengan pemahaman dan pemikiran yang masih hijau..yang menyedihkan adalah mereka masih lagi berpakaian seragam, yakni pelajar sekolah menengah yang belum pun tamat SPM/tingkatan 5..perlakuan buruk mereka ini telah mencemarkan imej remaja sekolah kita..gejala sosial ini adalah pemangkin kepada kerosakan akhlak dan jenayah2 yang lebih serius di masa akan datang..tindakan disiplin yang tegas dan drastik harus dilakukan segera untuk membendung kejatuhan moral di kalangan remaja kita..nilai2 murni harus dijadikan panduan oleh remaja kini yang mana kian dilupakan...
May 27, 2010 9:16 AM
remaja pad masa sekarang semakin terlibat dalam gejala gangsterism, kongsi gelap, dadah, cabul dan rogol. mereka semakin biadap sehingga sanggup memukul guru. perkara seperti ini semakin serius. jika begini sikap remaja kita, bagaimana masa depan bangsa da negara kita nak maju. remaja merupakan pelapis kepada golongan tua. mereka seharusnya dididik dengan budi bahasa, nilai2 murni dan agama. ia penting dalam membentuk jati diri remaja masa kini.
May 27, 2010 12:34 PM
isu masalah remaja semakin menular, ibu bapa dan guru perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini. anak2 kita perlu sentiasa dipantau.
June 1, 2010 9:45 AM
Perkara yang ditulis ini memerlukan bukti kukuh kerana ia menjejaskan kredibiliti para guru dan nama baik sekolah.
June 2, 2010 11:18 AM
This is really getting out of hand. I hope the related authorities will take action against this.
Post a Comment