

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan merangka model baru ekonomi luar bandar melalui satu unit khas yang ditubuhkan baru-baru ini, kata Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
unit khas yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Datuk Mohd Nasir Baba dan dibantu oleh lapan orang pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi itu ditubuhkan bagi memberi perhatian khusus terhadap Bidang Keberhasilan Ekonomi Utama (NKEA), kata beliau.
Sumber:NST
unit khas yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Datuk Mohd Nasir Baba dan dibantu oleh lapan orang pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi itu ditubuhkan bagi memberi perhatian khusus terhadap Bidang Keberhasilan Ekonomi Utama (NKEA), kata beliau.
- Dijangka, Unit ini akan merangka model baru ekonomi luar bandar di mana pihak kementerian akan memenuhi kehendak dan hasrat kerajaan untuk melonjakkan pendapatan per kapita rakyat daripada US$7,000 kepada US$15,000 menjelang tahun 2020.
- Shafie berkata, untuk itu sebuah makmal khas akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu bagi membincangkan strategi dan kaedah bagaimana membawa rakyat luar bandar mencapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi.
- Sementara itu, Shafie berkata sehingga semalam, sejumlah 407.91 kilometer jalan luar bandar di seluruh negara telahpun siap dilaksanakan, di mana 248.01 kilometer daripadanya adalah di Semenanjung, 154.7 kilometer di Sabah dan 5.2 kilometer di Sarawak, manakala 344.02 kilometer lagi sedang dalam tindakan.
- Beliau berkata sehingga semalam juga, 6,576 buah rumah telah disambungkan dengan kemudahan bekalan air, di mana 397 daripadanya adalah di Perak, 421 rumah di Selangor, 66 di Pahang, 5,396 di Sabah dan 296 di Sarawak manakala 63,605 buah rumah lagi masih dalam pelaksanaan.
- Dari segi bekalan elektrik pula, beliau berkata sebanyak 599 buah rumah telah disambungkan dengan kemudahan tersebut, merangkumi 84 buah rumah di Semenanjung, 453 buah rumah di Sabah dan 62 buah rumah di Sarawak.



May 29, 2010 8:59 AM
model baru ekonomi luar bandar ini dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. diharap model yang dirangka ini akan berjaya mencapai matlamat dalam membangunkan ekonomi masyarakat luar bandar.
May 29, 2010 9:26 AM
If this new model can help the people with their lives, I'll give full support of it.
May 29, 2010 9:49 AM
tahniah,, teruskan memperbaiki infrastruktur seluruh negara. namun berkenaan dengan penubuhan unit khas tersebut, shafie perlu memastikan penubuhannya tidak membelakangkan jabatan yang sedia ada seperti JPNS, malah berkerjasama dengan jabatan tersebut bagi mengelakkan reaksi negatif sesetengah pihak.
May 29, 2010 10:58 AM
model ekonomi baru luar bandar ini dijangka dapat meningkatkan taraf hidup serta pendapatan masyarakat luar bandar..kerajaan berhasrat untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat daripada US$7,000 kepada US$15,000 menjelang tahun 2020. namun dengan pemotongan subsidi, GST, dan kenaikkan harga barangan keperluan harian, adakah hasrat ini akan tercapai? gaji/pendapatan rakyat harus ditingkatkan terutamanya bagi pekerja sektor bukan kerajaan selari dengan perkembangan semasa agar taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan dan seterusnya mencapai hasrat tersebut..
May 30, 2010 11:42 PM
Bgs lah mcm ni. Harap2 hal ni dapat tolong tingkatkan taraf hidup rakyat :)
May 30, 2010 11:44 PM
Ya betul urangulama. Sama2 lah kita mengharap yang terbaik dalam hal ni :)
May 30, 2010 11:48 PM
Ya POP.. aku pun sokong kalau hal ni dapat ubah kedudukan hidup rakyat ke arah yg lebih baik :)
May 30, 2010 11:50 PM
Ya 2718.. biasalah kan manusia, ada ja..
so ada baikknya kalau semua pihak bekerjasama la.. Apa yg baik, kita sokong - yg tak baik tu smaa2 lah kita cari jalan selesaikannya.
June 2, 2010 9:44 AM
haraplah model ini akan meningkatkan hidup rakyat. pada masa sama ia juga merupakan salah satu alternatif untuk membasmi kemiskinan di negeri Sabah.
June 2, 2010 10:37 AM
Saya amat berharap agar rancangan kerajaan untuk menaik taraf ekonomi masyarakat luar bandar dapat dilaksanakan dengan segera.
June 2, 2010 11:03 AM
model ini akan membawa kepada pembangunan diluar bandar. diharap dengan model ini juga, kadar kemiskinan diluar bandar dapat dikurangkan.
June 2, 2010 3:31 PM
harap unit khas ini dapat membantu rakyat terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah dan miskin...
Post a Comment