
MUSA (tiga kanan) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) di Wisma Innoprise, kelmarin. Turut kelihatan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakiman (empat kanan).
Dilapurkan bahawa Makmal Khas bagi pengurusan Warga Asing telah ditubuhkan di Negeri Sabah mula beroperasi kelmarin.
Penubuhan Makmal Khas warga asing itu bertujuan untuk memperkemaskan pengurusan dan sistem kemasukan, pemantauan dan pengesanan warga asing yang berada di Sabah.
- Dijangka seramai 30 orang pegawai kerajaan daripada jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan luas dalam bidang masing-masing telah dipilih terlibat sepenuh masa dalam makmal ini.
- Pengurusan Makmal ini akan dibantu oleh tiga orang daripada pemudah cara iaitu dua daripadanya dari Unit Pengurusan Prestasi (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan seorang daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) cawangan Sabah.

- Antara bidang-bidang pengurusan yang ingin dihasilkan oleh Makmal Khas ini ialah untuk mendapatkan data terkini warga asing yang berada di Sabah mengikut kategori warga asing yang datang secara sah dan Pendatang Tanpa Izin (PATI), kewarganegaraan, jenis pekerjaan, sektor dan industri yang melibatkan warga asing.
- Makmal Khas itu juga akan menilai semula kos faedah warga asing dalam sub sektor sasaran seperti pembinaan, pembuatan, perladangan dan pelancongan.
- Ia juga, untuk menilai pengurusan yang baik mengenai cara pengurusan warga asing di negara-negara lain dan melihat kesesuaiannya untuk dilaksanakan di Sabah.
- Selain itu, Makmal Khas itu juga, katanya, akan menilai opsyen dan proses yang boleh diperkemaskan bagi pengurusan kemasukan warga asing di negeri ini dan membuat rekomendasi penyelesaian yang baik serta kos yang lebih efektif.
- Dalam pada itu,Operasi Bersepadu fasa 3 untuk mengesan PATI di negeri ini mula dilancarkan kelmarin meliputi semua kawasan di seluruh Sabah membabitkan 24 siri.
- Sebelum ini Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mahu agar makmal pengurusan khas warga asing ditubuhkan di Sabah.
- Justru itu Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri telah dipertanggungjawabkan untuk memantau perjalanan dan pengurusan mMakmal tersebut di Sabah.



May 5, 2010 3:25 PM
diharapkan makmal khas ini dapat mengawal dan mengurus warga asing di sabah dengan cekap dan berkesan. semoga usaha kerajaan ini berjaya dan mampu mencapai matlamat.
May 10, 2010 1:44 PM
melalui makmal ini, kerajaan dapat mengetahui dan mengawal bilangan warga asing di negara kita. diharap ia dapt menyelesaikan masalah kebanjiran warga asing di negara kita
May 11, 2010 1:41 PM
Satu program yg baik...tapi jika disertakan juga kajian untuk menyelesaikan masalah 'stateless children' atau kanak2 bangsa asing yg tidak mempunyai negara mungkin lebih baik kerana masalah ini turut berpotensi menjadi lebih besar & mendatangkan kesan buruk ke atas Sabah...
May 11, 2010 2:02 PM
ngam la bah tue, bagus juga ada usaha macam ne, harap2 dapat la masalah ini diselesaikan pada masa akan datang,,,,
May 11, 2010 2:45 PM
good effort from the govt... hopefully there will be a positive input from the Lab regarding the foreigners in Sabah...
May 11, 2010 5:50 PM
Bagus2, harap2 usaha ni berjaya dan objektifnya dapat dicapai.
May 11, 2010 5:51 PM
Betul tu man. harap2 dengan cara ini kebanjiran warga asing dapat dikawal dan diatasi.
May 11, 2010 5:53 PM
Mmg program ni baik Lucas itupun kalau dilaksanakan sebaik mungkin lah. hehehe
May 11, 2010 5:55 PM
stanislaus, usaha kerajaan ni mmg patut dihargai. selurang-kurang kita tahu juga yg kerajaan tak duduk diam dgn isu warga asing yg makin menjadi-jadi. hehhee
Sama2 lah kita mengharapkan yg terbaik dari program ni.
May 11, 2010 5:56 PM
Ya karaabau:)
Saya yakin rakyat pasti mengharapkan hasil positif daripada usaha kerajaan ni. hehee
May 12, 2010 9:40 AM
Hopefully this lab would live up to our expectations and reduce the number of illegal immigrants in the state.
Post a Comment