SUARA BEBAS TUARAN

Malaysia Akan Mempunyai Loji Tenaga Nuklear Pada 2021


Kerajaan telah meluluskan rancangan untuk mengendalikan loji kuasa tenaga nuklear dalam 15 tahun. Demekian menurut Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau baru-baru ini.
Setakat ini, Malaysia hanya menggunakan arang batu dan gas asli untuk menampungkan sebahagian besar bekalan elektrik Negara.
Dalam isu yang sama, kerajaan telah pun berkali-kali memberi amaran bahawa kos pengendalian kedua-dua komoditi ini akan melambong tinggi di masa akan datang.

Semantara itu, Perdana Menteri Datuk Najib Razak dalam blog beliau; menyatakan bahawa kerajaan kini sedang mengkaji kemungkinan penggunaan tenaga nuklear sebagai cara yang cekap dan berkesan kos untuk penjanaan kuasa.
Seterusnya, Peter Chin berkata pihaknya akan mulakan kerja-kerja untuk mengenalpasti lokasi yang sesuai untuk loji yang dicadangkan, dan berkemungkinan kerajaan akan menggunapakai teknologi dari Korea Selatan, China, Perancis atau Jepun.
Menurut sumber dari Kementerian tersebut, setakat ini para pegawai belum lagi membuat keputusan sama ada akan meminta keizinan dari Badan Tenaga Atom Antarabangsa untuk membina kilang tersebut.
Sumber: AP, mStar
14 comments:

tenaga nuklear kini menjadi perhatian masyarakat dunia sebagai sumber tenaga masa depan. tenaga elektrik yang dihasilkan daripada loji kuasa nuklear adalah lebih murah berbanding daripada sumber alternatif yang lain. Ia juga disifatkan sebagai ‘teknologi bersih’, iaitu tanpa pembebasan karbon dioksida ke atmosfera.


diharapkan penggunaan loji tenaga nuklear ini adalah pilihan tepat kerajaan bagi mengatasi masalah bekalan letrik di seluruh malaysia.


betul tu 2718 :)
Sama2 la kita mengharap yg terbaik kio :)


15 tahun tidak lama lagi, masa cepat limpas. Negara kita menggunakan arang batu dan gas asli untuk menjana tenaga, nampaknya tiba sudah masanya untuk menggunakan tenaga nuklear sebagai cara yang cekap dan berkesan kos untuk penjanaan kuasa. Harap idea ini dapat berjaya. :)


tenaga nurlear temrupakan tenaga yang boleh diperbaharui. maka ia memang wajar dilaksanakan. tenaga ini adalah lebij jimat dan bersih. telah tiba masanya malaysia berlatih kepada tenaga ini.


penggunaan tenaga nuklear dapat megatasi masalah kekurangan tenaga di ngara kita. tenaga ini adalah lebih jimat dan bersih. ia juga boleh diperbahrui.


Another 11 more years to go to build a nuke plant. I hope the Govt knows what they are doing by building the nuke plant..


Menurut sumber, pembinaan janakuasa nuklear memakan masa 5 - 15 tahun(bergantung pada kapasiti tenaga yang dihasilkan) untuk disiapkan. Adakah Malaysia sudah bersedia untuk membina loji kuasa nuklear?


Saya pula berpendapat bahawa Malaysia belum lagi bersedia untuk menggunakan tenaga nuklear. Sebabnya ialah Malaysia masih tidak mempunyai kemahiran penuh untuk mengendalikan sumber baru ini. Jika Malaysia hendak memulakan penggunaan tenaga nuklear pada masa ini, kemahiran perlu diimport dari negara asing. Pakar-pakar penyelidik perlu dijemput ke Malaysia untuk membuat kajian dan ini akan memakan bajet negara. Tenaga nuklear juga akan mendatangkan kesan yang amat buruk jika kemalangan berlaku ekoran kemahiran yang tidak mencukupi. Ini cuma cadangan, yang pastinya Malaysia perlu bersedia sebelum menyahut cabaran ini.


Tenaga Nuklear adalah sumber tenaga yang penting untuk negara-negara perindustrian moden terutamanya negara-negara yang kekurangan sumber-sumber semula jadi seperti arang kayu dan minyak. Ia juga penting dalam penjanaan tenaga elektrik, penting kepada operasi kapal selam, penting dalam operasi kapal angkasa dan banyak lagi. Sekiranya Malaysia mempunyai loji tenaga nuklear ini, diharapkan dapat digunakan sebagai cara yang cekap dan berkesan untuk penjanaan kuasa.


ermm bagi sa, sudah tiba masanya malaysia mencari alternatif lain untuk membekalkan tenaga elektrik untuk keberlangsungan pembangunan negara...tenaga nuklear adalah antara salah satu alternatif yang difikirkan sesuai bagi malaysia...namun, PM mengharapkan pendapat rakyat malaysia untuk sama2 membantu dalam pencarian ini...diharapkan ada beberapa cadangan yang sesuai dan diketengahkan untuk kajian demi kebaikan bersama...


Bagi saya, apa yang saya nampak negara kita sedang berkembang maju dan setanding dengan negara-negara luar. Sumber tenaga adalah di tahap kritikal diperlukan bukan saja di Sabah tapi di seluruh Malaysia amnya. Sumber tenaga nuklear mampu memberikan tenaga yang lebih mencukupi, bagaimanapun Malaysia perlulah menjalankan pelbagai penyelidikan dan pengandalian tenaga nuklear ini, dan mempunyai tenaga mahir daripada rakyat Malaysia sendiri agar penyelenggaraan loji nuklear dapat dilakukan sebaik-baiknya.


pengunaan tenaga sesuai digunakan di malaysia, sekarang ini malaysia masih menggunakan arang batu bagi menjana tenaga elektrik. sumber arangbatu semakin berkurangan. telah tiba masa malaysia mencari laternatif lain seperti penjanaan tenaga nuklear yang boleh diperbaharui. bagaimanapun kajian perlu dilakukan terlebih dahulu, malaysia juga masih kekurangan tenaga mahir untuk mengendalikan sumber baru ini.


bagi saya, mmg dah tiba masanya untuk malaysia bergerak ke teknologi nuklear... jika saudara dan saudari ingin tahu... korea selatan dan malaysia adalah sama, mereka merdeka sama dengan kita tetapi skarang negara mereka mempunyai benyak reaktor janakuasa nuklear, manakala kita masih lagi menggunakan gas dan arang batu sebagai punca tenaga... kita dah terlalu ketinggalan berbanding dengan mereka...

di UKM Bangi, terdapat satu bidang dibawah Fizik Gunaan iaitu Program Sains Nuklear dimana, mahasiswa dan mahasisiwi mendalami ilmu yg lebih mendalam tentang teori dan kegunaan teknologi nuklear dalam harian, tidak semestinya teknologi ini hanya untuk menjana tenaga atau menghasilkan senjata, malah ia banyak digunakan dalam industri dan sektor perubatan... sekian dari saya. Terima Kasih


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails