
Foto : Rita dan Mohd Aidil mengaku salah bernikah di Selatan Thailand.
Pelakon Rita Rudaini Mokhtar dan suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, yang juga pemain bola sepak kebangsaan, masing-masing didenda RM500 ($213) oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini kelmarin, selepas mengaku salah bernikah di Selatan Thailand tanpa kebenaran, dua tahun lalu.
- Hakim Syarie Mohd Yunus Mohd Zin dalam keputusannya memerintahkan Rita, 34 tahun, dan Mohd Aidil, 23 tahun, dipenjara 15 hari jika gagal membayar denda berkenaan.
- Disoal Hakim Mohd Yunus mengapa perkahwinannya dilakukan di luar negara, Mohd Aidil berkata: 'Tidak ada persetujuan daripada keluarga sebelah saya.'
- Mohd Aidil dan Rita dituduh melakukan kesalahan itu di Majlis Agama Islam wilayah Songkhla, selatan Thailand, pada 9.30 malam, 28 Februari 2008.
- Pada 24 April 2009, Hakim Mohd Yunus membuat keputusan dalam kamar, memutuskan perkahwinan pasangan itu sah dan memerintahkan mereka melaporkannya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP).
- Pasangan itu kini mempunyai seorang anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin yang berusia 10 bulan.



Post a Comment