SUARA BEBAS TUARAN

Pelabuhan Sandakan, Sabah Tercemar

Dilapurkan bahawa sisa-sisa minyak terdapat di permukaan air di kawasan jeti dan kawasan memancing. Kelmarin salah satu dari dua tong itu terdapat di permukaan air di kawasan jeti memancing ikan di Jalan Leila.
Dua biji tong itu dijumpai oleh pembaca New Sabah Times yang hanya mahu dikenali sebagai Abu pada Ahad dan kemudiannya memaklumkan pemberita akhbar ini.
  • Beliau kecewa apa yang dilihatnya dan berkata: Sesiapa yang melakukan perbuatan ini benar-benar tidak peka dengan usaha kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) tentang pemuliharaan alam sekitar.
  • Abu berkata dram minyak ini mungkin dibuang di tempat lain dan dihanyutkan ke persisiran pantai berdekatan dengan jeti menangkap ikan yang terletak tidak jauh dengan Perpustakaan Sandakan.
  • Sementara itu Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun berkata selain Jabatan Alam Sekitar pihak Majlis Perbandaran Sandakan juga wajar melancarkan siasat tentang pembuangan haram tong minyak ini.
  • “Mereka perlu pergi ke kawasan jeti dengan segera dan memeriksa serta mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Sumber: NST
22 comments:

ini merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggugjawab, ia telah mencemarkan alam sekitar. kita haruslah menjaga alam sekitar kerana ia merupakan khazanah yang tidak ternilai.


Semoga orang yang bertanggungjawab dapat membetulkan keadaan dan perlu ada tinjauan susulan bagi mengelak daripada berlakunya keadaan sedemikian pada masa akan datang.


Where is the relevant authority?

This is a clear proof why some of people out there calling us 3rd class mentality...

'kerana nila setitik, habis susu sebelanga...'


Well, the authorities should explain on this matter.Don't drag another issue in.


pihak berkuasa perlu melakukan tinjauan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau syarikat yang terlibat. individu seperti ini yang menjadi punca kepada kegagalan kerajaan dalam setiap aktiviti pemuliharaan alam sekitar.


baru juga isu pelupusan sampah di sabah diberi perhatian, kluar lg pencemaran...perbuatan tidak bertanggungjawab ini harus dibendung...pihak berkenaan harus mengambil tindakan segera...siasatan harus dijalankan secara telus dan menyeluruh...kemungkinan banyak lagi kawasan di sandakan yang telah dicemari...


Penduduk juga perlu memainkan peranan. harus bekerjasama dalam sama2 menjaga kebersihan sekitar. Jangan sekadar harapkan MPS saja buat kerja.


Mereka perlulah fikir tentang orang lain. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini kenalah berubah. Pelabuhan Sandakan kena negeri Sabah tercemar pula. Ini memang memalukan...


Siapakah yg berani buat macam ni.. adiii minta ketuk betul dorang ni oo.. hmm harap2 hal ni dapat ditanggani secepat mungkin.


Harap2 ja masalah ni tidak akan berlaku lagi. Kepada si pelaku, tolonglah fikir pasal kebersihan alam sekitar ba.. kalau pelabuhan sandakan tercemar, yg malu org sandakan juga ba.. nanti orang fikir, org sandakan ni pengotor pula.. huhuhu


Well done guys, Thanks.

Nampak nya isu pencemaran di Pelabuhan Sandakan agak menarik perhatian kalian.
Oleh itu, mungkin juga akan saya kaji komen kalian dan mana yang rasional akan saya kemukakan ke pengetahuan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan ( Sahabat saya, Ir. James Wong).

Bagi saya, isu ini tidak lah semudah itu untuk di tangani, kalau komitmen semua pehak tidak diselaras dan di koordinasikan dengan bijak.

Satu pasukan bertindak di ketuai oleh wakil dari MPS dan di anggotai oleh NGO’s tempatan perlu di tubuh untuk melakukan penyiasatan, pemantauan dan tindakan selanjutnya.

Bandar Sandakan ini terkenal dengan penduduk yang terdiri dari berbilang kaum dan kumpulan; termasuk golongan Pendatang Tanpa Izin (PATI) dari seberang.
So PATI ini bukan mudah untuk kita kawal, kerana mereka ini selalu nya ‘datang dan pergi’.
Dalam situasi 'haru biru' itu, mereka kerapkali meninggalkan sampah sarap di sana sini.

Justru itu, dalam kontek pengawalan berupa ‘enforcement’ perlu kita ketengahkan untuk di fikirkan bersama MPS. Otherwise, ‘target’ kita tersalah sasar pula.
Semuga kalian sukses.


pencemaran akan terus berlaku jika sikap tidak bertanggungjawab ini masih ada. kita hruslah fikirkan pasal kebersihan alam sekitar, ini untuk kepentingan kita bersama. kepada orang yang melakukan perbuatan ini, diharap sedar bahwa ia merupakan perbuatan yang tidak baik.


I hope the people would be more cooperative and responsible with their own actions, it's a disgrace to see our surroundings in such horrible state.


undang2 yang sedia ada berhubung dengan pencemaran alam sekitar harus diperketatkan lagi...banyak lagi yang harus dilakukan oleh kita (manusia) dalam usaha menjaga alam sekitar kita untuk diwarisi kepada generasi akan datang yakni anak cucu kita...


pencemaran ini menunjukkan bahawa kempen2 anti-pencemaran yang telah dilakukan oleh kerajaan serta badan2 bukan kerajaan kurang berkesan dan belum cukup untuk menyedarkan sesetengah pihak tentang pentingnya alam sekitar dipelihara...selain itu, siasatan harus dijalankan bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab yang mencemarkan pelabuhan sandakan sebelum membuat sebarang spekulasi...


Thanks sdra karaabau.

Dalam usaha untuk membendungkan sesuatu masaalah yang penting saperti pencemaran, kita perlu atur satu perancangan dan strategi terlebih dehulu.
Terutama sekali dalam rumusan kita untuk mengenal pasti ‘area of target’. Disamping ‘our hypothesis on Who and who and where?’.

So dalam kontek ini, kita perlu juga gunakan banyak ‘parameter of references’. Justru itu, spekulasi dan stipulasi yang releven sebagai asas ada lah penting sebelum kita melakukan sebarang siasatan atau pun bertindak.


kesedaran perlu ada dikalangan masyarakat mengenai kepentingan alam sekitar. jabatan alam sekitar perlu memainkan peranan penting.


Pihak berkuasa harus menjalankan siasatan terhadap pihak atau individu kerana membuang tong yang berisi minyak dan telah mencemarkan permukaan air di kawasan jeti di jalan Leila.


siasatan memang perlu dilakukan agar bagai mengetahui pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan ini. kepada pihak yang melakukan perbuatan ini, sila perbetulkan kesilapan anda ini. insaflah!


moga2 kawasan2 lain di sabah terselamat daripada pencemaran terutama sekali di kawasan2 tumpuan pelancong...selain dari untuk menjaga imej negeri kita, ia jug auntuk menjaga pandangan dunia kepada sikap orang2 sabah itu sendiri...we must show that we CARE about our nature...kerjasama dari semua pihak tanpa mengira fahaman politik, ras, kaum dan sebagainya perlu agar bumi kita selamat untuk diduduki pada generasi akan datang....


Inilah masalah sebilangan pengusaha di kebanyakkan daerah di Sabah. Mereka tidak bertanggung jawab dalam pengendalian sisa buangan, yang difikirkan duit masuk dan tidak menghiraukan alam sekitar.


sungguh tidak bertanggungjaab.. dorang tak sedarkah.. tindakan mereka ini mencemarkan alam sekitar.. kita harus menjaga alam sekitar.. tindakan perlu diambil terhadap si pelaku ni..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails