

Akhir-akhir ini Kerajaan merasakan sampah sarap di negeri ini perlu diambil perhatian sehingga Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah(PBLB) dengan kerjasama agensi berkaitan merancang untuk mengadakan kursus pelupusan sampah kepada semua badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terutamanya yang terlibat dengan Program Kampung Sejahtera (PKS) di negeri ini.
Datuk Dr. Ewon Ebin selaku Menteri PBLB berkata, kursus itu bukan sahaja menunjukkan cara bagaimana melupuskan sampah, malah ditunjukkan cara bagaimana mengitar semula sampah-sampah tertentu untuk dijadikan baja.
Sumber:NST

Datuk Dr. Ewon Ebin selaku Menteri PBLB berkata, kursus itu bukan sahaja menunjukkan cara bagaimana melupuskan sampah, malah ditunjukkan cara bagaimana mengitar semula sampah-sampah tertentu untuk dijadikan baja.
- Sehubungan itu, beliau berharap para pengerusi JKKK tidak melepaskan peluang itu kerana ilmu yang diperolehi itu boleh dimanfaatkan di kampung masing-masing.
- Ewon berkata, isu itu pengurusan sampah sarap yang tidak sistematik di kampung-kampung sering mendapat perhatian pelbagai pihak.
- “Perkara ini amat penting dititik beratkan memandangkan isu sampah sarap berkait rapat dengan isu penjagaan kesihatan,” katanya.
- Selain itu, katanya, ia juga boleh mencatatkan pemandangan di mata pelancong asing, oleh itu pelupusan sampah hendaklah dipandang serius oleh pemimpin di peringkat-peringkat kampung.
- Dalam pada itu, beliau juga menyarankan agar tempat-tempat awam seperti balai raya, perpustakaan desa, perhatian bas dan juga rumah-rumah ibadat hendaklah dihias dengan tanaman bunga yang sesuai di sekelilingnya. “Ini sudah tentu menjadikan kampung-kampung tersebut kelihatan menarik,” katanya.
- Mengenai program itu, beliau berkata, ia diadakan sebagai penghargaan kepada kampung-kampung yang telah berjaya dalam Anugerah Kampung Sejahtera di peringkat negeri
- Dalam pada itu, Kampung Tanjung Bulat, Kinabatangan dinobatkan sebagai pemenang pertama Anugerah Kampung Sejahtera peringkat negeri, dengan menerima hadiah wang tunai RM50,000 yang berupa geran projek, kedua Kampung Entilibon, Tongod (RM40,000) dan ketiga Kampung Babagon, Penampang (RM30,000) juga berupa geran projek.



May 3, 2010 8:24 AM
satu lagi usaha kerajaan ke arah menjadikan Sabah bebas dari sampah-sarap..usaha tersebut perlu diteruskan dengan kerjasama semua pihak terutama sekali rakyat untuk kesejahteraan hidup yang lebih sihat..
May 3, 2010 8:51 AM
Kementerian Pembangunan dan agensi-agensi lain perlu meneruskan usaha dan perkenalkan kaedah untuk melupuskan sampah. Ini kerana kepentingan terhadap kebersihan dapat mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya di kawasan pedalaman di seluruh negeri sabah.
May 3, 2010 9:02 AM
Sokong Kerajaan mengambil perhatian tentang pelupusan sampah kita di Sabah!! Sampah-sarap demikian juga akan dijadikan baja, bolehlah dijual atau menbaja tanaman Kerjaan. Syukurlah kepada kerajaan dapat membuat keputusan ini.
May 3, 2010 10:15 AM
Pengurusan sampah perlu sistematik dan perlu ada cara melupuskan sampah dengan baik. Disamping itu, sampah yang boleh dikitar semula perlu diasingkan.
Saya harap semua rakyat bekerjasama dengan kerajaan dalam misi membersihkan dan membebaskan Sabah dari sampah-sarap demi kesihatan dan kesejahteraan hidup.
May 3, 2010 1:30 PM
Pelupusan sampah juga perlu diurus dengan baik. Sampah yang boleh dikitar semula perlu dikitar semula.
May 3, 2010 1:48 PM
Usaha kerajaan perlu disokong untuk mengadakan kursus pelupusan sampah. Kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama. Amalkan kebersihan untuk kesihatan.
May 3, 2010 2:32 PM
'MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI' adalah sinonim dengan isu sampah-sarap..cara2 mengitar semula yang ditunjukkan bukan sahaja dapat melupuskan samapah tetapi juga sebagai satu peluang perniagaan bagi yang berminat..
May 4, 2010 11:23 AM
thanks govt, tindakan seperti ini yang kita perlukan. adalah lebih baik jika kerajaan dapat mengkaji bagaimana negara2 barat berhadapan dengan sapah mereka memandangkan mereka lebih banyak mengeluarkan sampah. pasti mereka mempunyai idea yang kreatif dan berguna.
May 4, 2010 4:32 PM
One way to keep the environment clean and the people healthy is to have a systematic garbage disposal. Thanks to the Govt, they are trying hard to educate the people on the importance of cleanliness.
Post a Comment