SUARA BEBAS TUARAN

Penjawat Awam Dilarang Buat Kenyataan Bimbang Jejaskan Imej Kerajaan

Labels:
Penjawat awam dilarang membuat sebarang bentuk pernyataan awam isan atau bertulis kerana dibimbangi boleh menjejaskan imej perkhidmatan, organisasi dan kerajaan.
Peringatan ini dinyatakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, dalam surat edaran bertarikh 14 Mei kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan.
  • "Dimaklumkan bahawa, Kerajaan memandang serius terhadap sebarang bentuk pernyataan awam yang dibuat pegawai awam sehingga boleh menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan.
  • "Keadaan ini boleh menjejaskan imej kerajaan serta hasrat untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'," katanya.
  • Di bawah Peraturan 19 (1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memberi pelbagai implikasi.
  • Ismail berkata, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan hendaklah memantau perkara itu dan mengingatkan semua pegawai supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan serta lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pernyataan awam agar tidak menjejaskan imej perkhidmatan, organisasi dan kerajaan.
  • "Sekiranya terdapat mana-mana pegawai yang mengingkari arahan ini, tindakan tatatertib hendaklah dikenakan ke atas mereka berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993," katanya.
Sumber: TV Selangor
6 comments:

peraturan haruslah dipatuhi...semua penjawat awam adalah bertanggungjawab untuk menjaga imej kerajaan dan memantapkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan yang diberikan......


penjawat awam haruslah menjaga imej kerajaan, menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga imej kerajaan. penjagaan imej kerajaan bukan sahaja melalui kenyataan, tetapi melalui mutu perkhidmatan yang baik dan telus


mereka yang berkerja dan menerima gaji dari kerajaan sepatutnya menyokong setiap dasar, perancangan, program, aktiviti atau apa jua yang dilakukan kerajaan. mereka adalah penggerak sektor kerajaan dan bertanggungjawab menjaga imej kerajaan.


penjawat awam harus sedar bahawa mereka berkhidmat dengan kerajaan, mereka seharusnya menyokong dasar kerajaan, manjadi penggerak kepada dasar-dasar ini dan menjaga imej kerajaan serta meningkatkan mutu dan pengkhidmatan kerjaaan.


memang tidak dinafikan, ada segelintir penjawat awam yang sering membuat kenyataan yang membelakangkan kerajaan. mereka perlu sedar dan perlu mendisiplinkan diri sebelum undang2 mengambil tindakan.


If the civil servants does not support the government or purposely go against them, how can we get quality service from the government if they do not cooperate?


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails