SUARA BEBAS TUARAN

Penyambungan Air Paip Haram Berleluasa Di Sandakan-Jabatan Air S'kan Bertindak Segera

Labels:

Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh seorang wakil dari syarikat yang di amanat kan oleh Jabatan Air untuk melakukan pembaikan dan pembenterasan kepada penyambungan paip air di Sandakan.
Demi untuk menjaga nama baik Jabatan Air dan Kerajaan, Syarikat tersebut kini sedang berusaha keras untuk menyelesaikan masaalah ini dengan kadar yang segera lagi efficient.
Disamping itu, mereka menyatakan bahawa mereka senentiasa bersedia untuk menerima komplen dan teguran yang positif dari mana-mana pehak yang berkenaan demi untuk menyelesaikan masaalah yang telah diwar-warkan itu.
  • Kini syarikat tersebut dikatakan sedang menjalankan operasi mencari paip yang bocor dan penyambungan paip air haram di Sandakan.
  • Untuk tujuan pembaikan dan pembenterasan, dilapurkan bahawa Syarikat tersebut telah pun menjalankan operasi di kawasan Jalan Batu Sapi, kawasan Kg Sim-Sim, Kg.Bokara dan lain-lain lagi.
  • Seterusnya, Syarikat tersebut akan melakukan lawatan ke-beberapa kawasan lagi dalam masa yang terdekat ini terutama sekali kawasan BDC Medan Usaha di Sandakan.
  • Namun demikian, dilapurkan bahawa saperti yang berlaku di daerah yang lain di Sabah, Sandakan juga kadang-kala berhadapan dengan masaalah kekurangan air di beberapa kawasan di daerah tersebut.
  • Disamping itu tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti penyambungan paip air di beberapa tempat di Sandakan itu memang berlaku sepanjang masa. dalam kontek ini Jabatan Air tidak akan membiarkan perkara ini berlaku saperti sebelum ini.
Walau macam mana pun, di ucapkan syabas kepada Jabatan Air dan Syarikat mereka kerana telah berusaha dan sanggup menyahut cabaran untuk membenteras aktiviti haram yang dikatakan sedang berleluasa di Sandakan; dalam kadar yang segera.
11 comments:

penyambungan air paip haram buka nsahaja berlaku di Sandakan tetapi juga berlaku di daerah-daerah lain. hal ini banyak merugikan jabatan air. jabatan Air hendaklah membanteras kegiatan penyambungan air paip haram ini dengan segera. dan pada masa sama mengatasi masalah kekurangan air di sabah


nmpk nya isu penyambungan paip haram di sandakan mendapat perhatian yang serius di kalangan rakyat dan juga kerajaan...sememangnya isu ini harus ditangani dengan segera...dan syabas kepada jabatan air sandakan dan lain2 kerana telah dan sedang melakukan usaha yang begitu gigih untuk membanteras kegiatan yang telah menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan rakyat...tahniah sekali lagi... :)


Perkara sebegini patut menjadi contoh kepada Jabatan air di daerah2 lain terutamanya daerah yg mana penggunanya sering menghadapi masalah bekalan air...


This issue is nothing new already. Not just water, but electricity as well. Hopefully the relevant authorities will take action to put a stop to this once and for all.


kerajaan telah memadang serius terhadap isu ini. penyambunga air haram yang berleluaa disandakan telah banyak merugikan jabatan air.. kegiatan ini harus ditangani denga segera.. sehingga kini banyak lagi kawasan di sandakan dan daerah lain disabah yang masih mengalami masalah bekalan air paip.. jabatan air juga harus menyelesaikan masalah ini.


tahniah kepada jabatan air kerana dapt mengesan kegiatan penyambungan air paip di Sandakan, kegiatan ini bukan sahaja berlaku di Sandakan tetapi juga berlaku di daerah-daerah lain. diharap kegiatan ini dapat dibendung dengan segera..


tahniah kepada jabatan air sandakan kerana telah mengambil langkah2 membanteras penyambungan paip haram. sesb perlu mencontohi jabatan air dan mengambil langkah2 yang sama terutama di kawasan2 penempatan haram.


rakyat di seluruh sabah perlu tampil melaporkan kegiatan2 seperti ini bagi memudahkan pihak berkuasa mengenalpasti lokasi dan seterusnya membuat tindakan.


Masalah penyambungan air paip haram yang berleluasa di Sandakan ini sebenernya sudah lama berlaku, dan kini sudah tiba masanya untuk membenteras kegiatan ini. Pihak Jabatan Air dan pihak2 yang terlibat harus menjalankan tugas dalam menangani perkara ini. Saya berpendapat bahawa jangan membuat pemotongan paip air kepada penduduk atau warga PTI yang telah membuat penyambungan paip air secara haram, tatapi pihak Jabatan Air perlu membuat pemasangan meter air dan mengenakan ‘charge’ seperti biasa kepada mereka. Membuat pemeriksaan semua saluran paip air utama dan mengantikan paip yang baharu sekiranya terdapat kerosakan atau kebocoran pada paip atau saluran air berkenaan.


Sebenernya kekurangan keperluan bekalan air di Sandakan ini sudah lama berlaku. Ia bukan sahaja disebabkan penyambungan air paip haram oleh individu ini, tetapi juga kurang penyelenggaraan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Air atau pihak kontraktor yang di tugaskan bagi memastikan keperluan bekalan air dapat disalurkan ke semua bahagian di daerah Sandakan. Pihak Jabatan Air harus membuat pemeriksaan terhadap semua saluran air di bahagian Sandakan, mengantikan paip yang baharu dan menukar meter air yang sudah terlalu lama. Langkah ini dapat mematikan semua bahagian mendapat belakan air yang mencukupi dan ia juga dapat menjamin keselamatan kepada pengguna kerana paip air yang sudah terlalu lama, berkarat dan sebagainya akan mengundang pelbagai penyakit.


I hope this issue will not worsen, strict actions must be taken.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails