

Menurut Pengarah Urusan SESB, Ir. Baharin Din, penyelewengan minyak diesel untuk kegunaan SESB kini didapati sedang berluasa. Aktiviti ini melibatkan anggota kerja SESB dan juga orang awam.
Dikatakan, dua buah lori yang menghantar minyak ke Stesen Janakuasa telah ditahan dan didapati, lori pertama yang membawa muatan minyak sebanyak 20,000 liter yang sepatutnya dipunggah sepenuhnya telah membawa keluar lori dengan baki minyak sebanyak 11,693 liter.
Lori kedua yang membawa muatan 10,000 liter tidak memunggah minyak sebanyak 2,000 liter (10 drum muatan 200 liter setiap satu drum.
Sumber: NST
Dikatakan, dua buah lori yang menghantar minyak ke Stesen Janakuasa telah ditahan dan didapati, lori pertama yang membawa muatan minyak sebanyak 20,000 liter yang sepatutnya dipunggah sepenuhnya telah membawa keluar lori dengan baki minyak sebanyak 11,693 liter.
Lori kedua yang membawa muatan 10,000 liter tidak memunggah minyak sebanyak 2,000 liter (10 drum muatan 200 liter setiap satu drum.
- Ir. Baharin berkata, hasil daripada serbuan pada hari berkenaan, seramai enam orang telah ditangkap iaitu dua daripadanya ialah pengendali pam, tiga anggota polis bantuan SESB dan seorang pemandu lori syarikat berkenaan.
- Katanya, kesemua mereka yang terlibat akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa berkenaan di bawah undang-undang berkaitan.
- Tambahnya lagi, kakitangan SESB yang terlibat akan digantung kerja dengan serta merta sehingga siasatan selesai dijalankan.
- “Aktiviti penyelewengan minyak ini memberi kesan kerugian kewangan yang amat besar kepada SESB,” katanya.



May 13, 2010 12:53 PM
inilah akibatnya jika tidak amanah dalam melakukan kerja. tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang terlibat dalam penyelewengan ini. kita haruslah jujur dan amanah dalam menjalankan tugas.
May 13, 2010 12:57 PM
penyelewengan minyak diesel ini telah banyak merugikan SESB. tindakan tegas tanpa kompromi patut dikenakan terhadap kesemua yang terlibat. tahniah juga diucapkan kepada pihak SESB kerana berjaya menumpaskan kegiatan ini.
May 13, 2010 1:48 PM
tahniah SESB kerana berjaya menumpaskan penyelewengan minyak diesel...sememangnya penyelewengan ini membawa kerugian yang besar kepada SESB...diharap agar perkara seumpama tidak berulang lagi...
May 13, 2010 1:57 PM
aktiviti ini la antara punca yang menjejaskan reputasi SESB. entah berapa banyak kerugian yang mereka tanggung sepatutnya boleh digunakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.
May 13, 2010 2:13 PM
golongan yan tidak bertanggungjawab seperti inilah yang akan merugikan orang ramai. diharap operasi seperti ini akan lebih giat dijalankan oleh SESB agar kegiatan ini seperti ini dapat ditumpaskAn sehingga ke akar umbi.
May 15, 2010 12:10 PM
Punca penyelewengan ini berlaku disebabkan orang dalam yang sudah lama merancang dan melakukan kegiatan ini. kegiatan ini dilakukan mungkin gaji yang diperolehi sangat kecil dan mungkin pekerja-pekerja yang bekerja di station ini adalah terdiri daripada warga asing. Menurut sumber kebanyakan pekerja yang bekerja sebagai pengawal kesalamatan atau polis bantuan adalah terdiri daripada warga asing.
May 19, 2010 11:51 AM
oran yang tidak amanah ini haruslah dibawah ke muka pengadilan.. sepandai tupai melompat akahirnyha jatuh juga.. buat kerja haruslah jujur, barulah hidup mendapat berkat..
Post a Comment