

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerima satu 'tamparan' daripada Datuk Ibrahim Ali apabila Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu menegaskan bahawa orang Melayu Malaysia menolak Model Ekonomi Baru (MEB) yang sedang dilakar pemimpin negara itu.
Beliau berkata sebagai anak pengasas DEB, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia, beliau tidak mungkin mengkhianati perjuangan bapanya itu.
Datuk Seri Najib berkata, MEB yang bakal dilaksanakan itu perlu diterima oleh pasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang 2020.
Sumber: Cynews
Datuk Seri Najib, malam kelmarin, kemudian menjelaskan bahawa MEB belum muktamad.
Beliau, bagaimanapun, mempertahankan rancangan pembaharuan itu, yang antaranya melibatkan perubahan pada dasar afirmatif yang memihak kepada orang Melayu Malaysia atau Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Mengulas pandangannya itu, Datuk Ibrahim dipetik oleh laporan laman berita Malaysiakini, semalam, sebagai berkata bahawa Kongres Ekonomi Bumiputera dengan 'tegas dan jelas' menolak MEB 'secara prinsip' sehingga cadangan kongres itu diterima oleh kerajaan.- 'MEB gagal meletakkan agenda bumiputera kerana ia asas perlembagaan dan rumusan Model Ekonomi Baru ini adalah satu penghinaan kerana menolak semangat DEB,' kata Datuk Ibrahim, yang juga jurucakap MPM.
- Sehubungan itu, kongres tersebut meluluskan 31 resolusi, yang antara lain menggesa kerajaan menjadikan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan DEB sebagai sumber induk kepada penggubalan MEB.
- Resolusi itu diserahkan kepada Datuk Seri Najib, yang menyampaikan ucapan penutup kongres tersebut di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra pada malam kelmarin.
- Namun, Datuk Seri Najib, semasa berucap untuk menutup kongres itu, dipetik oleh laporan agensi berita rasmi Bernama sebagai berkata bahawa MEB masih belum dimuktamadkan kerajaan dan merupakan cadangan daripada pakar-pakar ekonomi supaya pertumbuhan ekonomi negara itu dapat bersaing hingga ke peringkat global.
- Menurutnya, MEB adalah satu proses bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak, termasuk orang Melayu, untuk melaksanakannya.
- 'Saya harap tidak ada sesiapa yang yang sangsi dan khuatir bahawa saya tak akan mendengar isi hati orang Melayu. Tak mungkin saya sebagai Presiden Umno tidak mengambil kira kehendak orang Melayu sebagai majoriti rakyat Malaysia,' katanya.
Beliau berkata sebagai anak pengasas DEB, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia, beliau tidak mungkin mengkhianati perjuangan bapanya itu.Datuk Seri Najib berkata, MEB yang bakal dilaksanakan itu perlu diterima oleh pasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang 2020.



June 2, 2010 11:27 AM
Many people are still unsure of what the NEM consist of. There should be better understanding about this policy before the people can take their stand.
June 2, 2010 2:26 PM
kita tidak tahu secara keseluruhan penerimaan masyarakat terhadap MEB. mungkin ramai yang menerima atau mungkin ramai yang menentang. namun saya yakin, masih ramai yang samar2 dengan MEB. oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah2 samada melalui seminar atau program bagi menjelaskan MEB kepada orang ramai dan mendengar respon mereka. jangan biarkan pembangkang terus memanipulasikan MEB untuk santapan rakyat.
June 2, 2010 3:37 PM
Explanation to the people on the benefits of NEM to them is a MUST.
June 3, 2010 9:40 AM
MED dirangka untuk membangunkan ekonomi negara. namun masih ramai lagi yang menolak model ini. kerajaan harus memberi penerangan kepada rakyat mengenai keseluruhan model ini agar mereka memahaminya. kajian menyeluruh juga perlu dibuat sebelum model ini dilaksanakan
June 3, 2010 9:49 AM
MED merupakan satu model yang baik untuk menbangunkan ekonomi negara. kenapa ia perlu ditolak..? kerajaan perlu memberi keterangan lanjut kepada rakyat mengenai pelaksanaan model. ini perlu agar rakyat dapat mengetahui kepentingan model ini dan mereka akan dapat menerimanya.
June 3, 2010 11:13 AM
saya merasakan MED ini satu perkara yang baik. mengapa ia harus ditolak? model ini boleh membawa peningkatan ekonomi dan taraf hidup rakyat. maka ia harus diteruskan.
June 3, 2010 5:01 PM
Different people with different opinion.
June 5, 2010 10:49 PM
Penjelasan harus dibuat supaya tidak ada pihak yang blur akan hal ni sehingga menyebabkan mereka membuat penolakan.
June 5, 2010 10:51 PM
Bagi saya MEB ni suatu perkara yang baik.. Tapai biasalah manusia, banyak ragam - masing2 punya pandanagn sendiri.
hhmm, apapun harap2 semua pihak akan faham MEB ni dulu sebelum membuat penolakan.
June 10, 2010 9:33 AM
There are many conflicting views about the NEM, I'm sure the people are confused about whether the NEM can really benefit them or not.
Post a Comment