SUARA BEBAS TUARAN

Perlu Kah BN Sabah, Sarawak Lakukan Inovasi Politik?

Baru-baru ini Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Maximus Ongkili menyarankan agar Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak perlu melakukan inovasi politik untuk terus kekal sebagai "simpanan tetap" bagi parti gabungan itu.
Bidang teknologi, pola respons terhadap keperluan rakyat juga perlu dibuat pengubahsuaian, kata beliau. Beliau setuju bahawa sokongan akar umbi terhadap BN, terutama di Sabah, masih kuat, tapi masih ada kelemahan yang perlu diperbetulkan.
  • "Rakyat mahukan perubahan daripada segi pembangunan atau dalam pentadbiran negeri itu sendiri dan kita perlu mendengarnya. Kalau kita sedia mendengar perubahan yang mereka mahukan dan mempunyai keazaman politik untuk melakukan perubahan sejajar dengan apa yang disuarakan oleh rakyat, maka BN tidak akan menghadapi masalah," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan konvoi kenderaan yang memasang logo "Malaysia Innovating 2010" di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
  • Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata label yang diberi kepada dua negeri berkenaan sebagai deposit tetap BN boleh berubah mengikut masa, bergantung pada senario politik semasa.
  • "Sebab itulah para pemimpin BN (negeri) perlu membuat penyesuaian atau mencontohi transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat persekutuan bagi memastikan rakyat terus memberi sokongan," katanya.
Diminta mengulas tentang gesaan Timbalan Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) Datuk Chin Su Phin baru-baru ini agar pemimpin BN persekutuan tidak lagi menyifatkan Sabah dan Sarawak sebagai "simpanan tetap" BN dan dakwaan beliau bahawa BN Sabah juga dilanda masalah kepimpinan, Ongkili berkata Chin tidak sepatutnya membuat kenyataan itu dan keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu baru-baru ini tidak mencerminkan keseluruhan corak sokongan rakyat.
"Bagaimanapun, BN tetap perlu membuat penilaian dan penelitian terhadap keputusan pilihan raya kecil Sibu," katanya.
Sumber: BERNAMA
12 comments:

BN di sabah dan sarawak perlu mempunya inovasi politik untuk mengekalkan kedudukan mereka di Sabah dan Sarawak. mereka perlu menumpukan kepada pembangunan rakyat. rakyat di sabah dan sarawak telah lama menantikan pembangunan dan kemajuan terutamanya di kawsan luar bandar.


bagi saya, BN sabah dan sarawak harus dan perlu melakukan inovasi politik...ini tidak merugikan BN malahan akan meningkatkan lagi kepercayaan dan sokongan rakyat kepada kepimpinan BN..namun, harus diperbaiki segala kelemahan yang ada yang kini menjadi semakin menjadi2...contohnya seperti masalah berpanjangan seperti PTI dan kemiskinan...kerajaan juga perlulah lebih sensitif dan fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat.diharap segala keluhan rakyat dapat dilegakan...


inovasi perlu adalah dikalangan BN sabah dan sarawak. kritikan yang diberikan Datuk Chin Shu Pin adalah untuk BN memperbaiki kelemahannya.. sabah amat memerlukan pembangunan daripada kerajaaan, 0leh itu, kerjaaan kena mengutamakan pembangunan rakyat untuk mengekalkan kedudukan mereka..


The people's best interest should always be the priorities of the ruling coalition. They must do what can bring more benefits to the people and improve themselves to better serve the people.


i agree to somboi opinion... well govt need to find another method...


Bagi saya, memanglah BN di Sabah dan Sarawak perlu ada inovasi politik untuk terus kekal sebagai parti gabungan, tapi pada masa sama rakyat juga mahukan perubahan dari segi pembangunan dan sebagainya samada di bandar ataupun di kawasan pedalaman. Kekalahan BN di Sibu baru-baru ini tidak semestinya kelemahan dalam kepimpinan BN di negeri ini, cuma mungkin perlu ada perubahan sedikit dalam pentadbiran.


Saya juga berpendapat akan perubahan dan pembangunan yang diberi tidak tertumpu di bahagian2 tertentu sahaja, malah perubahan ini harus seimbang samada di bandar2 utama, luar bandar, atau kawasan pedalaman kerana sokongan yang diberi adalah sama namun kemudahan yang ada jauh berbeza. So ini mungkin melemahkan BN di negeri ini terutamanya di kawasan2 tertentu.


inovasi politik perlu bagi BN agar kedudukan mereka tidak terjejas di sabah dan Sarawak. politik BN perlulah fokus kepada pembangunan rakyat sabah dan sarawak agar sokongan rakyat terhadap mereka terus kukuh


saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Dr Maximus bahawa BN perlu mendengar suara rakyat dan tunaikan apa yang mereka perlukan. para pemimpin BN perlu kerap turun padang dan melihat sendiri keadaan sebenar. dengan ini, pasti kepercayaan rakyat akan beralih kepada BN sepenuhnya.


berkenaan dengan kritikan Datuk Chin baru2 ini. ia perlu dilihat dari sudut positif bagi memantapkan lagi pentadbiran BN di sabah. walau bagaimanapun, mana2 parti komponen BN tidak perlu kerap mambuat kenyataan terbuka yang berunsur kritikan kerana tindakan itu memberi tanggapan buruk sesetengah pihak. adalah lebih baik mereka dapat duduk berbincang bagi menyelesaikan masalah2 dalaman dan masalah yang berlaku di sabah.


Rasanya suda tiba masanya BN membuat perubahan dan mendengar suara rakyat sekiranya mereka ingin mengukuhkan kedudukan mereka..
Main priorities untuk BN sekarang adalah keperluan dan kepentingan rakyat.


New reforms and continuous improvements from the government body is a must to ensure that they can provide the best service to the people.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails