
Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Wira Abu Seman Yusop, melawat Mohd Azizi di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) kelmarin
Tidak sampai dua minggu Malaysia digemparkan dengan kematian Aminulrasyid Amzah, 14 tahun, dari Shah Alam, akibat ditembak polis, kini seorang lagi remaja ditembak anggota peronda pasukan keselamatan itu di Jalan Seremban-Jelebu, dekat sini, awal pagi kelmarin.
Sumber: Cybernews
- Dalam kejadian pada 3.30 pagi, Mohd Azizi Aziz, 17 tahun, ditembak setelah enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan berbuat demikian oleh dua anggota polis yang berada dalam kereta peronda.
- Berikutan itu, salah seorang anggota polis berkenaan bertindak melepaskan satu das tembakan yang mengenai bahagian perut remaja itu sehingga tembus ke bahagian usus.
- Mohd Azizi dikatakan sempat melarikan diri sejauh 1 kilometer dari tempat kejadian sebelum ditahan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, untuk mendapatkan rawatan.
- Berikutan kejadian itu, anggota polis berpangkat konstabel yang bertanggungjawab melepaskan tembakan terhadap remaja itu dikenakan tindakan gantung kerja dengan serta-merta.
- Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata anggota terbabit dikenakan tindakan itu kerana melepaskan tembakan secara tidak wajar yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.
- 'Saya menganggap kejadian ini sebagai satu kesalahan menggunakan kuasa dan pihak kami amat memandang serius terhadap kesalahan ini,' katanya kepada pemberita kelmarin.
- Menurutnya, Mohd Azizi telah menjalani pembedahan dan kini berada dalam keadaan stabil.
- 'Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga remaja terbabit di atas insiden yang telah menimpanya. Pihak kami akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini,' katanya.
- Sementara itu di HTJ, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata beliau memandang serius kejadian itu dan akan mengambil tindakan ke atas anggota terbabit mengikut undang-undang.



May 11, 2010 10:25 AM
Saya berharap pihak berkuasa perlu melakukan beberapa siasiatan terhadap kes ini. Mungkin ini kesalahan mangsa kerana engan memberhentikan motosikal yang ditungganginya malah sempat melarikan diri sejauh 1 kilometer walaupun sudah terkena tembakkan. Ingin saya katakan masyarakat harus faham akan tanggung jawab polis yang sentiasa berhadapan dengan masalah dan risiko dalam memarangi pelbagai jenayah.
May 11, 2010 10:39 AM
Saya mengatahui Mohd Aziz 17 tahun tidak memiliki sebarang lesen. Mungkin ini adalah sebab-sebab Mohd Aziz enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya kerana malu diketahui oleh ahli keluarga jka pihak polis berjaya memberkasnya dan menghantar ke balai. Walaupun ada sebilangan pihak polis yang menyalah gunakan kuasa namun kebanyakkan-nya pihak polis menjalankan tugas dengan bertanggung jawab.
May 15, 2010 9:31 AM
Apa hal ini. Kejadian tembakan drpd polis berlaku lagi. Kali ini remaja yg tidak bersalah. Kenapalah polis yg berpangkat pula boleh membiarkan hal demikian berlaku? Susahlah ni.
May 15, 2010 9:34 AM
Kerajaan harus meluluskan lesen kpd rakyat yg ada hak untuk mendapatkan lesen itu. Janganlah membiarkan hal demikian berlaku lagi. Siapa lagi boleh mengelakkan perkara ini berlaku barangkali??
May 17, 2010 1:07 AM
Btl tu kitakita. Biarpun saya tak berapa dgn polis ta[i dalam hal ni polis tak juga boleh disalahkan sepenuhnya.. Ya la siapa juga suruh ba, nda pandai dgr arahan.. hmmm...
May 17, 2010 1:10 AM
POP, dalam hal ni semua pihak harus bekerjasama bah.. kalau dah disuruh berhenti tu, berhentilah.. Lain cerita la kalau publik da ikut tu arahan tapi polis tu masih juga mo tembah... ba saya pun konpom mengamuk sama tu polis..
Apapun bg saya hal ni mm patut ditanggani dgn baik & pastikan jgn berulang lagi.
May 17, 2010 1:13 AM
Saya tefikir ba, polis tak diajar tembak kaki ka? bukan apa lah, cuma hairan napa tembak bahagian yg boleh menyebabkan kematian.. Even dalam movie pun mcm tu.. tembak2 trus KO.. hmmmm..
May 17, 2010 1:15 AM
Harap2 perkara sebeigini diber perhatian sewajarnya.. Fahamilah tugas pihak berkuasa. Saya yakin asalkan wujud kerjasama semua pihak, pasti semua maslah cool :)
May 17, 2010 1:17 AM
Betul juga la kitakita (May 11, 2010 10:39 AM).
jgn kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga... hehee
Post a Comment