SUARA BEBAS TUARAN

Politik Dan Wang Tidak Dapat Di Pisahkan?

Labels:
"Tidak dapat dinafikan politik membabitkan wang. Tanpa wang, karier politik anda tidak boleh bergerak," kata Mantan Perdana Menteri dan bekas presiden Barisan Nasional (BN) Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui
Selanjutnya beliau mengakui Umno dan MCA telah menggunakan banyak wang dalam keadaan meragukan semasa pilihanraya, menurut laporan dalam kewangan politik.
  • Beliau berkata demikian dalam satu temubual tahun lepas bersama Transparensi Antarabangsa-Malaysia (TI-M) yang diterbitkan dalam laporan Politik Kewangan di Malaysia, baru-baru ini.
  • Disebabkan kebergantungan hubungan antara politik dan wang, Mahathir berkata Umno membangun hasil daripada perolehan wang rakyat.
  • "Rakyat Malaysia senang dipujuk. Mereka percaya jika dengan sumbangan itu mereka akan dapat hasilnya. Jadi bila tibanya pilihanraya, rakyat akan datang dan minta wang pada kita. Kadangkala duit itu diguna tanpa direkodkan, jadi terpulang sama ada kita jujur atau tidak,"kata bekas pemimpin Umno selama 22 tahun itu.
  • Mahathir mendakwa amalan beli undi sentiasa terjadi ketika pilihanraya umum yang diadakan setiap tiga tahun dan mendakwa "boleh dikatakan setiap orang" yang terpilih dalam Majlis Tertinggi Umno itu menggunakan cara sedemikian.
  • "Jadi anda boleh berkata ahli Majlis Tertinggi itu dilantik hasil daripada undian sogokan," katanya.
  • Beliau kemudiannya mengaitkan pengalamannya semasa tahun 2006 apabila beliau membida untuk merebut jawatan tertinggi Umno ketika Mesyuarat Agung Tahunan namun dihalang kerana pencabarnya telah membeli undi ahli.
  • Pada ketika itu beliau kalah untuk merebut tempat sebagai wakil Bahagian Kubang Pasu yang dipimpinnya selama lebih daripada tiga dekad.
  • "Saya kalah kerana Ibu Pejabat Umno tabur duit kepada ahlinya supaya tidak mengundi saya. Ketua Bahagian dapat RM2,000 dan setiap ahli mendapar RM200.
  • "Saya meluat. RM200, adakah saya begitu murah? Berapa banyak benda yang anda mampu beli dengan RM200? Anda jual kuasa untuk menentukan pemimpin dengan hanya RM200?" katanya.
Dalam laporan TI-M itu juga terdapat petikan temubual bersama bekas Menteri Kewangan dan Bendahari Umno Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang mendedahkan bagaimana Umno melakukan suapan melalui pemberian kontrak kerajaan.
Ku Li mendakwa, pengendalian projek selalunya bertukar tangan, keuntungan akan jatuh, dan mendorong kepada hasil kerja yang kurang elok terutamanya membabitkan projek infrastruktur.
  • "Hospital retak, stadium runtuh, itu semua hasil daripada kroni kontraktor.
  • "Tak semestinya disebabkan ada unsur rasuah. Boleh jadi disebabkan reka bentuk yang buruk dan sebagainya kerana kontraktor yang dilantik oleh ahli politik berdasarkan jumlah sogokan yang diberi.
  • "Jika kontraktor tak bagi duit, mereka tidak akan berminat dengan anda. Anda nak tambah duit, anda mesti suap kroni anda secara haram".
  • Pemimpin MCA Dr Chua Soi Lek (semasa menjadi pemimpin No.2 MCA tahun lepas) mendedahkan ramai calon BN membelanjakan banyak wang semasa pilihanraya umum.
"Calon dihadkan berbelanja sebanyak RM200,000 tapi jumlah rasmi tidak mencatatkan jumlah yang sebenarnya dimana mereka kebiasaannya menghabiskan wang antara RM500,000 sehingga RM1 juta ketika berkempen.
Dalam laporan setebal 234 muka surat itu, TI-M turut mengkritik Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain kerana terlibat dalam urusan perniagaan yang mengawal organisasi media.
Sumber: FreeMalaysiaToday
9 comments:

walaupun tidak dapat dipastikan sejauhmana kebenaran kenyataan Tun, namun politik wang ini patut dielakkan dan ditentang habis2an.. mana2 partipun pasti menggunakan cara yang sama...


politik memang tidak boleh dipisahkan dengan wang. maksud saya wang ialah permainan kotor politik kerana tanpa wang semua benda tidak boleh bergerak. pasal banyak bangunan runtuh yang dinyatakan disini adalah disebabkan oleh kontraktor dan *** tidak mampu menyelesaikan tugas dengan baik. setiap mereka gigit sana gigit sini dan akibatnya hasil bangunan yang terbinan sama dengan quality wang yang sudah tinggal sikit.


Tepuk dada tanya selera.. sendiri mau tahulah. hehhee


Ya 2718. Takda siapa yg dapat pastikan kenyataan tu benar atau sebaliknya. Cuma bagi saya politik wang harus dihapuskan, kerana ia hanya akan mengalpakan fikiran manusia. hehee


Ya Neorina. Ada betulnya apa ko cakap. Tu la duit ba tu - sangat menakutkan (terutamanya jika ia digunakan utk tujuan yg salah).


Rakyat memang mudah percaya akan kerajaan. Kerajaan pun tidak memberi penjelasan mana telah duit hilang ke mana. Politik pasti ada perbuatan rasuah.


Saya tak nafikan rasuah mmg wujud even bukan dalam politik.. hhhhmm
Apapun semuanya terpulang pada diri individu juga ba, kalau ada pendirian, teguh iman - rasuah mungkin dapat dielakkan. Kalau tak __________ (pandai2 lah isi tempat kosong), heheee


Harap2 suatu masa nanti rasuah dapat juga dihapuskan.. kalaupun, saya tak sempat nikmati masa tu, harap sajalah generasi akan datang boleh hidup bebas tanpa mendegar isu rasuah.. 0 RASUAH!!!!


So is this what we call money politics?


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails