SUARA BEBAS TUARAN

Projek Hidro Bakun Bakal Ditangguh, Dana Awam Diguna Lagi?

Gara-gara kerugian RM1.63 bilion yang dialami Sime Darby akan menyebabkan kos projek empangan hidro elektrik Bakun yang telah menelan berbilion ringgit dana awam meningkat dengan mendadak dengan kemungkinan besar penangguhan projek yang sepatutnya siap pada 2012.
Ini kerana, sejak penggabungan Sime Darby, Golden Hope Plantations Berhad dan Kumpulan Guthrie Berhad pada 2006, anak syarikat Sime Darby iaitu Sime Engineering Sdn Bhd telah mengambil alih sebahagian besar kepentingan dalam projek itu.
Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, dalam usaha memastikan empangan Bakun diteruskan, kerajaan telah mengambil wang RM4 bilion dari Kumpulan Simpanan Pekerja pada 2007 dan 2008 bagi membiayai kos projek tersebut.
  • Beliau menganggap langkah itu sebagai merompak wang rakyat dan golongan pekerja di negara ini dengan disamping membuktikan kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak memiliki integriti dan kredibiliti mengurus tadbir kewangan negara dengan baik.
  • "Wang KWSP ini melibatkan wang pekerja berpendapatan rendah dan kita lihat KWSP berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Ini adalah duit pekerja, duit rakyat yang ditabungkan untuk masa depan mereka. Apa akan jadi kepada nasib pekerja akibat langkah kerajaan memberi pinjaman meneruskan projek tersebut.
  • "Perkara ini dianggap satu pengkhianatan kepada rakyat dan golongan pekerja. Isunya wang yang telah dibelanjakan ialah wang rakyat yang buta-buta telah dipotong dari gaji kita. Ia menghakis keyakinan berhubung nasib pekerja yang telah berpenat lelah menabung dalam KWSP.
  • Azan mengesa kerajaan supaya membentangkan kertas putih berhubung kerugian yang dialami Sime Darby dan menjelaskan punca kerugian sebenar di parlimen.
  • "Kita mahu kerajaan jelaskan apakah punca sebenar kerugian, bagaimana wang ini dibelanjakan, punca dan pelaburan dalam bentuk apa dan kesan pelaburan tersebut dalam jangka panjang," tegas Azan.
  • Katanya lagi, pada masa yang sama, kerajaan juga perlu perjelaskan mengapa 12 projek hidro elektrik dibina di Sarawak meskipun projek empangan Bakun kini berhadapan dengan peningkatan kos dan risiko terbengkalai.
Sumber: Suara Keadilan
6 comments:

tindakan menggunakan wang kumpulan simpanan pekerja untuk membiayai projek hidro bakun merupakan satu tindakan yang tidak wajar dilakukan, ini kerana wang tersebut wang pekerja untk masa depan mereka. mereka sepatutnya mencaro suber kewangan lain untuk meneruskan projek ini. tidak perlulah menggunakan wang pekerja..


adalah tidak patut menggunkan wang pekerja untuk membiayai kos projek hidro dibakun.. ia adalah wang pekerja, ia untuk kegunaan pekerja pada masa hadapan. Sime Darby harslah mencari dana lain selain wang simpanan pekerja.. ini merupakan satu pengkhianatan kepada golongan pekerja.


inisiatif yang lain harus dipertimbangkan...harap simpanan pekerja di KWSP akan dibayar balik sepenuhnya oleh pihak berwajib sebelum ia menjadi isu yang lebih besar...


hentikan projek hidro yang lain dan fokus kepada projek hidro bakun dahulu.


The government should come up and clarify this issue, the people wants to know the truth. And we want to know what will happen to our KWSP money if something wrong happened.


Too much problem with this project but its too late to call a halt...too much money have to be spent on too good to be true project..so lets call this project as a 'TOO' project since they have to use 'too' words so much to clarify this issue...


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails