SUARA BEBAS TUARAN

Ramai Pekerja Tempatan Mengelak Dari Bekerja Dalam Industri Perladangan?


Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Persatuan Pengeluar Pertanian Malaysia (MAPA) hari Khamis lalu, menggesa kerajaan untuk mengiktiraf pengambilan pekerja asing sebagai satu keperluan di sektor perladangan memandangkan ramai pekerja tempatan mengelak dari bekerja dalam industri berkenaan.
Justru itu, cadangan kerajaan untuk menaik kan levi tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh industri pertanian dan perladangan, kata Shamsuddin Bardan selaku Pengarah Eksekutif MEF.

Menurut Shamsuddin, mengambil pekerja asing memberi kelebihan ekonomi kepada negara dan memberi sumbangan besar terhadap pembangunan dan pertumbuhan ladang.
  • Beliau berkata seorang pekerja asing yang memetik kelapa sawit menyumbang kira-kira RM195,700 setahun.
  • Sementara itu, Pengarah Eksekutif MAPA Mohamad Audong berkata Malaysia adalah pengeluar kos tertinggi berbanding dengan pengeluar tanaman ladang lain di rantau ini kerana kos buruh terus meningkat.
  • Oleh itu, Mohamad berkata dengan peningkatan bayaran levi dan bon sekuriti, kos pengeluaran akan terus naik dan ini tidak boleh dikenakan pada pengguna oleh kerana ladang adalah pihak yang terpaksa menanggung harga yang ditetapkan.
Menurut Mohamad selanjutnya, beban yang bertambah sama ada menerusi perundangan, levi, bon sekuriti atau gaji minimum wajib akan menghakis lagi daya saing perusahaan ladang dalam persekitaran global.
Sumber: BERNAMA
14 comments:

pendapat saya, kerajaan boleh terus mengiktiraf pengambilan pekerja asing namun perlu menetapkan had jangka masa dimana majikan tidak boleh lagi bergantung dengan tenaga buruh asing. dalam jangka masa tersebut, kerajaan dan syarikat2 swasta perlu mengkaji dan melaksanakan usaha2 menggalakan pekerja2 tempatan terlibat dalam sektor perladangan.


majikan tidak patut 'menyelamatkan' syarikat mereka dari menanggung kos2 yang kian meningkat dengan mengupah buruh2 asing. tindakan ini seolah2 menggalakkan kemasukan warga asing yang bertentangan dengan usaha rakyat dan kerajaan mengurangkan warga asing terutamanya di sabah. oleh itu, perlunya ada satu had jangka masa sekatan kemasukan buruh asing agar majikan dapat mengurangkan kebergantungan tersebut secara berperingkat2.


orang tempatan mengelak dari bekerja di kelapa sawit memang tidak dinafikan. bukan sahaja mereka yang tahap SPM, sekarang ni pun ramai graduan pertanian tidak ingin jadi Assitant Manager di ladang sawit. jika ditanya, mereka pasti menjawab 'tidak minat sebab jauh dari bandar' dan 'ladang k. sawit menakutkan kerana ramai orang asing'..


Mungkin betul juga lah org tempatan kurang minat nak bekerja di ladang sawit.
Tapi saya kenal ramai kawan yang kerja di ladang sawit dan mereka sangat suka kerja di sana kerana gaji yang ditawarkan adalah tinggi dan tempat tinggal pun disediakan - memang berbaloi.
Cuma bagi saya yg menyebabkan org tempatan tak suka tu sebab susah mahu keluar bandar @ cuti...
Melainkan manager mungkin senang sikit la, tapi kalau assistant manager, kadet, mandur dan k/tangan biasa ja.. huhu tunggulah mood manager OK dulu baru dapat cuti. hehhee


Ada betulnya Neorina yg ko cakap tu.. mmg ada ura2 yg saya dengar estet ni bikin takut sebab banyak org asing ba..
Tapi kalau pasal gaji, fuhhhyoooooooooo, berbaloi-baloi oo kerja di estet.

p/s depend dengan estet & jawatan juga lah. hehehe


Ramai pekerja tempatan mengelak untuk bekerja di ladang k. sawit dan ia sememangnya satu realiti yang tidakboleh dinafikan. Yang ada bekerja sekarang ni pun adalah segelintir sahaja dan tahu menikmati kelebihan bekerja di plantation.


Perkara penting harus dibuat ialah bagaimana menarik tenaga muda tempatan untuk bekerja di ladang sawit? Baru-baru ini saya ada terdengar bahawa FELDA, Genting Plantation, IOI dan Borneo Samudera kekurangan pekerja dari kalangan ijazah pertanian untuk bekerja sebagai Asst Manager atau setaraf. Dan contohnya di FELDA, ramai yang bekerja di sana ialah warga SM dan sebenarnya FELDA ingin sangat mendapatkan pekerja tempatan Sabahan tetapi kurang sambutan. Menurut mereka selalunya warga SM hanya bertahan bekerja di FELDA Sahabat selama 2-3 tahun dan lepas tu sudah minta tukar ke Semenanjung.


yang menyedihkan ialah mengapa tidak ramai warga tempatan berkelulusan SPM bekerja di ladang-ladang sawit di Sabah? Saya lihat ini ada kaitan dengan gaji dan insentif bekerja di ladang sawit tidak menarik. selain itu warga tempatan yang bekerja di ladang sawit tersebut juga malu kerana mereka disamaratakan dengan warga asing. kalau ditinjau, kawasan perumahan pekerja tempatan tersebut samada sebagai mandur dsb bercampur dengan warga asing. Apa yang saya tahu, mereka amat malu diletakkan dalam standard tersebut dan selalunya tidak akan bertahan lama bekerja di ladang sawit. So persoalan disini ialah bagaimana kita mau tangani masalah kekurangan pekerja tempatan tetapi lebihan pekerja asing? Paling merumitkan ialah pembukaan lebih banyak ladang-ladang sawit di Kalimantan Indonesia nanti bakal menyebabkan pekerja2 asing ini bekerja di negara sendiri dan tiada yang bekerja di ladang sawit kita. Apa tindakan perlu dibuat oleh ladang-ladang sawit ini? Insentif dan gaji menarik kepada warga tempatan?


memang ramai pekerja tempaan yang tidak ingin bekerja dalam industri perladangan. terutamanya dalam ladang kelapa sawit. ini kerana ia amat jauh dari bandar, kerja yang terlalu berat dan gaji pun bukan banyak sangat (bagi lepasan SPM). oleh itu, kerajaan perlu ambil altenatif untuk menarik minat pekerja tempatan agar bekerja di sektor perladangan. takkan nak harap pekerja asing ja.


Saya rasa ini adalah alasan para majikan untuk menggesa kerajaan untuk mengiktiraf pengambilan pekerja asing sebagai satu keperluan di sektor perladangan. Kurangnya minat pekerja tempatan untuk bekerja di sektor perladangan kerana gaji yang ditawarkan sangat sedikit dan tidak mencukupi bagi keperluan semasa. Pengambilan cuti juga sangat terhad sedangkan kemudahan yang disediakan di syarikat kelapa sawit juga terhad @ tiada seperti kenderaan untuk keluar ke bandar, kedai runcit, klinik, dan sebagainya. Paling teruk lagi harga barangan makanan yang dijual di dalam syarikat kelapa sawit tertentu adalah jauh lebih mahal berbanding di bandar.


pekerja tempatan tak ingin bekerja dalam sektor perladangan ni sebab kerja di perladangan dianggap sebagai kerja yang "low standard". mereka merasa malu nak bekerja di sana. lagipun gaji kadar gaji yang ditawarkan juga tidak memuaskan.


It is undeniable that the local people especially the youngsters are uninterested in jobs like plantations, factory or construction. Which is why we depends heavily on foreign labor.

If the government implement minimum wage, this might encourage more locals to seek jobs in these sectors. However there are also many other factors to consider.


To me, the world is changing. New generation people rather work for higher pay jobs while the poor people rather work anything just for a living. The agriculture field is more harder to get peopel to work on it. Governments should find a way to solve this.


Well, welcome to the world of reality where reality kicks in in a flash..The people? They are the type who wants high pay, no hassle and no work to do..They don't want to start from scratches as by doing "low class" jobs..Bila suda teda keja, baru complain itu, complain ini..haish..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails