
Dilapurkan bahawa forum yang dianjurkan bersama oleh MerdekaReview, Jawatankuasa Sosial-Ekonomi Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor baru-baru ini telah menarik kira-kira 100 orang hadirin.
Selain Wong Shu Qi, barisan ahli panel termasuklah ahli parlimen Batu-PKR Tian Chua, ADUN Teratai-DAP Jenice Lee, dan Penyelaras Sibu Election Watch (SEW) Ong Boon Keong.
Sumber: Sabahdaily, MerdekaReview
Selain Wong Shu Qi, barisan ahli panel termasuklah ahli parlimen Batu-PKR Tian Chua, ADUN Teratai-DAP Jenice Lee, dan Penyelaras Sibu Election Watch (SEW) Ong Boon Keong.
- Antara yang menarik yang diperkatakan ia lah perbezaan dengan pola pola pengundian PRU ke-12 dan PRK selepasnya, di mana pengundi muda lebih memihak kepada PR, PRK Sibu ini menyaksikan bagaimana warga tua turut menyumbang kepada kemenangan DAP-PR.
- Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan oleh Ong Boon Keong, kebanyakan pemuda bekerja di luar negeri, yang dijangka mencakupi 10%-15% jumlah pengundi, atau 6,000 hingga 9,000 orang.
- Malah, pengundi yang berada dalam lingkungan usia antara 21 hingga 29 tahun adalah 9%, dan 30 hingga 39 tahun ialah 25%. Ong Boon Keong menyifatkan kemenangan DAP-PR dalam PRK Sibu sebagai revolusi warga emas!
- Ini krisis kepada SUPP-BN, apabila orang tua yang pada asalnya penyokong BN, kini juga berpaling untuk menyokong PR, kata Tian Chua. Jenice Lee pula berkata, masalah geran tanah dengan hak milik pajakan 66 tahun menjadi pukulan maut kepada SUPP-BN, biarpun Ketua Menteri mengumumkan pengurangan bayaran pada saat-saat akhir.
- Keadaan ini berlaku kerana seandainya seseorang membeli rumah pada sekitar umur 30 tahun, beliau terpaksa merunsing dengan masalah tanah kerana kemungkinan besar tanah yang dibelinya akan digaris merah (untuk kegunaan pembangunan kerajaan), pada akhir tempoh luput gerannya.
- Seandainya ia berlaku, ia membawa makna pelaburan seseorang akan menjadi tidak terjamin. “Mungkin sebab ini orang tua bangkit menuntut perubahan,” seloroh Jenice Lee .



May 26, 2010 11:09 AM
The people will support whoever they think is best to lead them. Voting gives them a choice to pick the candidate that can best represent them.
Post a Comment