

Sime Darby Berhad mengalami kerugian operasi sejumlah RM1.02 bilion daripada bahagian tenaga dan utiliti bagi tempoh kewangan sembilan bulan pertama yang berakhir 31 Mac 2010.
Laporan itu diumumkan oleh Pemangku Ketua Eksekutif Kumpulan yang baru dilantik, Datuk Azhar Abdul Hamid dalam sidang media di Pusat Konvensyen Sime Darby disini, Khamis lalu.
Sementara itu, Azhar turut mengakui beliau dikunjungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum sidang media bagi melakukan siasatan terhadap kerugian besar yang dialami syarikat tersebut.
"Kedatangan SPRM selama tiga jam di Sime Darby itu sebagai satu prosedur siasatan awal dan kami bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya.
Sumber: Free malaysia Today
Laporan itu diumumkan oleh Pemangku Ketua Eksekutif Kumpulan yang baru dilantik, Datuk Azhar Abdul Hamid dalam sidang media di Pusat Konvensyen Sime Darby disini, Khamis lalu.
- Angka kerugian itu diperoleh selepas mencatatkan peruntukan kerugian bagi subsegmen minyak dan gas dan kejuruteraan pada suku ketiga tahun kewangan 2010 (3QFY2010) yang telah pun diumumkan pada 13 Mei lalu dan berjumlah RM964 juta.
- Kerugian itu membabitkan peruntukan projek Petroleum Qatar (QP) RM200 juta, RM159 juta bagi projek Maersk Oil Qatar (MOQ) , RM155 juta bagi projek Marin dan RM450 juta bagi projek Bakun.
- Berdasarkan empat projek itu, projek QP telah disiapkan tahun lalu dan projek marinnya telah ditutup, manakala Projek Empangan Hidroelektrik Bakun dan projek MOQ akan diteruskan dengan membabitkan peruntukan sejumlah RM1.3 bilion.
- Sime Darby turut mengumumkan kerugian bersih sejumlah RM309 juta bagi suku tahun ketiganya yang berakhir 31 Mac 2010, juga daripada bahagian tenaga dan utiliti sejak penggabungan konglomerat itu pada tahun 2007.
- Berikutan itu, Sime Darby melaporkan keuntungan sebelum cukai sejumlah RM1.7 bilion bagi sembilan bulan pertamanya yang berakhir 31 Mac 2010, namun susut 13 peratus berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu.
- Azhar ketika mengulas mengenai kerugian ini terutamanya bahagian tenaga dan utiliti berkata, pihaknya buat masa ini tidak akan melucutkan bahagian itu daripada penglibatan urusan perniagaan.
- "Perniagaan ini bukan baru kepada kami. Kami mempunyai rekod prestasi yang baik sebelum ini kerana kami telah terlibat di dalam perniagaan ini sejak sekian lama dahulu.
- "Ia hanya disebabkan beberapa projek yang menyebabkan isu itu timbul. Malah kami ingin menambah baik tahap pengurusan projek bahagian itu, terutama sekali bagi bahagian minyak dan gas," katanya.
- Beliau turut memberi jaminan akan segera menyelesaikan masalah di bahagian tenaga dan utiliti serta memberi jaminan krisis ini mampu dipulihkan pada hujung tahun.
- Sehubungan itu, firma perakaunan dan audit daripada luar, PricewaterhouseCoopers telah dilantik oleh lembaga pengarah Sime Darby pada 26 Mei lalu untuk menyemak semula struktur organisasi dan setiap laporan yang dicatatkan Sime Darby, termasuk audit forensik terhadap projek yang terlibat.
- Sime Darby turut mengumumkan lembaga itu telah melantik sebuah firma guaman, dipercayai Zaid Ibrahim & Co, untuk menyiasat jika wujudnya sebarang perbuatan jenayah pada empat projek utama di dalam bahagian tenaga dan utiliti itu.
- Projek itu termasuk projek Bulhanine dan Maydan Mahzam dengan QP, Projek projek MOQ, Projek Bakun dan projek marin.
- Langkah itu adalah sebagai respons kepada hasil siasatan kumpulan kerja yang dilantik oleh lembaga pengarah itu, yang ditubuhkan untuk menentukan punca dan kuantiti kerugian yang dialami di bahagian tersebut.
Sementara itu, Azhar turut mengakui beliau dikunjungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum sidang media bagi melakukan siasatan terhadap kerugian besar yang dialami syarikat tersebut."Kedatangan SPRM selama tiga jam di Sime Darby itu sebagai satu prosedur siasatan awal dan kami bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya.



Post a Comment