

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Kiat berkata, masih agak awal untuk menentukan tahap potensi kemenangan BN.
Walau pun setakat ini menampakkan sambutan positif namun masih belum pasti tentang sokongan pengundi Cina terhadap calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew.
Menurut Ong, ada lah agak terlalu awal untuk membuat kesimpulan tentang sokongan mereka. "Kita sekarang masih dalam proses berkempen untuk memberi penjelasan kepada orang ramai," kata Ong.- Katanya, dalam beberapa siri lawatan dan kempen, beliau mendapati sambutan terhadap BN menggalakkan.
- Bagaimanapun, beliau berkata BN perlu berusaha lebih gigih untuk meraih undi di kalangan pengundi, terutama nya kaum Cina.
- “Masih ada lagi ruang untuk diusahakan yang melibat-kan seluruh jentera BN untuk bergerak,” katanya.
- Malah, beliau berkata, tumpuan yang lebih perlu diberi di kawasan dikenal pasti sebagai kelabu dan putih atau hitam.“Kita kena terus berusaha menjelaskan senario sebenarnya kepada rakyat dan menangkis tomahan yang dilemparkan oleh pihak lawan,” katanya.
- Pilihan raya kecil pada 16 Mei ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Robert Lau Hui Yew daripada BN, Wong Ho Leng mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan calon Bebas, Narawi Haron (Bebas).



May 13, 2010 1:47 PM
yup,, masih terlalu awal dan masih memerlukan kerja keras. but I don't think the opposition could defeat the BN based on the current acceptance by people of Sibu. tapi jangan terlalu yakin sebab rakyat boleh mengubah pendirian mereka bila2 masa.
May 14, 2010 10:25 AM
Nothing in the world is guaranteed.
Post a Comment