SUARA BEBAS TUARAN

‘Touching The Untouchable’ - SPRM Arah KM Sabah Mengistiharkan Harta ?


Dilapurkan bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang dipercayai mempunyai harta lebih USD 3 bilion telah diarah secara mandatori oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengistiharkan harta melalui notis yang diserahkan kepada nya pada 29 April 2010.
Walau macam mana pun sebelum itu, beliau mendakwa mempunyai harta bernilai RM300 juta sebelum dilantik sebagai Ketua Menteri pada 1 April 2003.
  • Menurut Sabahkini.Net, Setelah Notis Pengisytiharan Harta tersebut diserahkan kepada Musa Aman, Pemegang Amanah beliau, Peguam Richard Barnes telah diarah berlepas ke Australia pada 3 Mei 2010 untuk mengurus dan mengalihkan kesemua wang ‘cucian’ (laundering) berbillions USD dan hartanya di luar negara, terutamanya Australia, Hong Kong dan Singapura.
  • Mengikut sumber, salah seorang kroni Musa Aman, Michael Chia Thien Foh atau lebih dikenali dengan jolokan Mikhael Aman telah ditahan di Hong Kong oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 14 Ogos 2008.
  • Dikatakan Mikheal telah memberi maklumat terperinci bagaimana wang ‘dicuci’ keluar daripada Sabah ke Hong Kong dan seterusnya wang ‘cucian’ dideposit ke akaun Richard Barnes, Nasir Yeo dan Musa Aman.
  • Mikhael Aman yang ingin mengelak daripada didakwa ICAC, Hong Kong juga telah menyenaraikan semua nama kroni Musa Aman seperti Pengarah Urusan Priceworth Wood Products Bhd, Andrew Lim Nyuk Foh; CEO Kretam Holding Berhad, Freddy Lim Nyuk Sang; CEO Java Incorporated Bhd, Datuk Admond Looh Chai Boon, Pengarah Urusan Asiatic Lumber Industries Sdn Bhd, John Nip Wing Hon; Pengarah Urusan Usahawan Borneo Group, Datuk Albert Lim Yu Min; Datuk Amin Khan; Datuk Nasir Yeo Guan Hock; Hafiz Musa Aman dan sebagainya.
  • Sebentar tadi, SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang lagi kroni Musa ia itu CEO Java Incorporated Bhd, Datuk Admond Looh Chai Boon, menambah satu lagi koleksi tangkapan bersejarah menjadikan kesemuanya empat orang dalam tempoh tidak sampai satu minggu.
Sumber: Sabahkini. Net
18 comments:

siasatan lanjut perlu dilakukan untuk memastikan samada beliau terlibat ataupun tidak dalam perkara ini. pengistiharan harta beliau perlu dilakukan bagi membantu siasatan SPRM. diharap beliau tidak terlibat.


belum ada bukti yang kukuh yang menunjukkan beliau terlibat. siasatan masih lagi dijalankan. mmengistiharan harta hanyalah untuk membantu siasatan pihak SPRM.


pengistiharan harta terhadap KM Sabah adalah untuk membantu siasatan SPRM. lagipun beliau telah memiliki harta tersebut sebelum menjadi KM sabah lagi. siasatan masih lagi dijalankan.. blum ada bukti jelas menunjukkan beliau terlibat.


just wait until the MACC finish doing the investigation regarding this issue....more speculations will bring misunderstanding...


sebelum menjatuhkan orang lain, buktikan dahulu kesahihan kesalahan beliau. jangan amalkan 'hukum dahulu bicara kemudian'.


sebelum ini KM pernah buat kenyataan bahawa beliau tidak mengenali Micheal Chia. oleh itu, perkara ini tidak boleh dikaitkan dengan beliau selagi belum ada bukti yang kukuh. ianya boleh mengaibkan nama beliau dan juga negeri sabah.


I don't what to believe now..I don't believe anything on SabahKini.net. We will just have to wait and see the outcome of this matter.


jadi, cmana dengan kes tersebut??? any news kah? mcm masih lg siasatan dijalankan, bukan?


yupp.. jangan dulu percaya mana2 sumber terutamanya yang terang2 berat sebelah....

jadi miskin susah, jadi kaya pun susah...


karaabau, mcm blum ada lagi tu, mau ko yg p siasat tu.. mana2 yg menghalang ko tanduk ja..haha

anyway, sama2 la kita tunggu khabar terbaru.. Mr SOLYMONE update juga tu nanti..


siasatan masih lagi dijalankan.. belum ada bukti lagi CM terlibat.


diharap KM sabah tidak terlibat dalam kes ini.. ini penting bagi menjada imej kerajaan negeri sabah..


apa sudah kejadian cerita ni? any new story ka? Kalau masih dalam siasatan, bah biarlah dorang siasat puas2 ba... kita tunggu ja hasilnya:P hehe


Betul tu man, saya pun harap beliau tak terlibat...


Ya mandara.. CM pasti akan bagi kerjasama dgn sprm utk istiharkan harta bg memudahkan siasatan sprm. So sama2 lah kita tunggu hasilnya.


Ya karaabau.. Jgn telampau byk buat andaian nanti lama2 jadi fitnah pula. hehehe


hahhaa, mmg btl tu 2718, jadi miskin susah, jadi kaya pun susah...
ada2 saja dunia sekarang ni. huhuhu.
Bah saya harap CM akan fokus dgn kerjanya ja, tak perlu hiraukan gosip liar sebegini..
Biarlah sprm buat siasatan dulu :)


kena suruh declare harta ja... tidak semestinya dia terlibat.. tak perlulah nak besarkan isu ni..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails