

Kerajaan masih perlu mendalami lagi mengenai tenaga nuklear sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata komen-komen serta keputusan tinjauan pendapat mengenai sumber tenaga alternatif terbaik yang dilakukan baru-baru ini menandakan terdapat perasaan yang bercampur aduk untuk memilih sumber tenaga yang terbaik.
Dengan bantuan anda, saya yakin kita mampu membina Malaysia yang lebih bersih dan hijau," kata Najib.Sumber: mStar, BERNAMA
Beliau berkata komen-komen serta keputusan tinjauan pendapat mengenai sumber tenaga alternatif terbaik yang dilakukan baru-baru ini menandakan terdapat perasaan yang bercampur aduk untuk memilih sumber tenaga yang terbaik.
- "Tinjaua
n pendapat ini, yang kini telah pun ditutup, menunjukkan kebanyakan responden lebih menyokong tenaga suria (59 peratus), diikuti tenaga nuklear (23 peratus) di tempat kedua. Tempat ketiga dan keempat masing-masing jatuh kepada tenaga biojisim dan tenaga angin. - "Bagaimanapun, lain hal pula dengan pandangan-pandangan anda, tenaga nuklear mendapat lebih daripada dua pertiga undian yang dihantar, dengan mereka yang menyokong dan menentang lebih kurang sama banyaknya.

- Tenaga suria ialah yang kedua paling popular dalam kategori komen, sementara tenaga biojisim dan tenaga angin sekali lagi menduduki tempat ketiga dan keempat," katanya dalam blog www.1malaysia.com.my hari ini.
- Baru-baru ini, Perdana Menteri melalui blog berkenaan menganjurkan tinjauan pendapat mengenai sumber tenaga alternatif pilihan rakyat negara ini termasuk tenaga nuklear.
- Kerajaan juga telah memberi lampu hijau kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada awal bulan ini untuk meneruskan rancangan bagi membina sebuah loji janakuasa nuklear negara yang pertama yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.
- Najib berkata kesemua opsyen untuk menjana elektrik angin akan diterokai baik daripada tenaga biojisim mahupun tenaga angin.
- Rang Undang-undang Tenaga Boleh Diperbaharui kini sedang digubal dengan sewajarnya oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk dibentang di Parlimen tahun ini, katanya.
- "Jika dapatan kita betul, sekurang-kurangnya 52,000 pekerjaan dapat diwujudkan dan pelbagai jenis perniagaan yang dianggar bernilai RM70 bilion dapat dijana daripada sektor tenaga boleh diperbaharui ini menjelang 2020, menurut kata pakar.

Dengan bantuan anda, saya yakin kita mampu membina Malaysia yang lebih bersih dan hijau," kata Najib.Sumber: mStar, BERNAMA



May 22, 2010 7:53 AM
kajian mendalam perlu dilakukan bagi memastikan sumber tenaga yang terbaik. tinjauan pendapat daripada rakyat, rakyat lebih menyokong kepada tenaga suria yang dikatakan lebih murah.. bagaimanapun penggunaan tenaga nuklear juga baik kerana ia lebih kuat..
May 22, 2010 9:35 AM
kita seharusnya mendalami dulu bidang penggunaan nuklear sebelum menjadikan tenaga ini sebagai suber kita.. tenaga pakar amat diperlukan untuk mengendalikan penjanaan kuasa tenaga ini, seharusnya kita memberi latihan terlebih dahulu kepada belia mengenai penggunaan tenaga ini agar tidak timbul masalah dalam penjanaan kuasa ini kelak.
May 22, 2010 9:46 AM
Memang perlu fikir lebih dalam lagi, nanti tidak betul, susah nanti terjadi. Harap mereka dapat buat keputusan yang terbaik untuk mengelakkan kesalahan lagi.
May 22, 2010 10:02 AM
kerajaan nampaknya betul2 komited terhadap pandangan dan pendapat masyarakat berhubung dengan tenaga nuklear... jaminan PM ini menunjukkan bahawa kerajaan berusaha mencari satu teknologi yang lebih mesra alam dan bersih demi kepentingan rakyat...diharap agar ada 1 keputusan yang dapat memuaskan hati semua pihak...
May 22, 2010 10:04 AM
memandangkan ramai yang tidak bersetuju dengan tenaga nuklear, memang wajar kerajaan mengkaji semula dengan lebih terperinci pelaksanaan projek nuklear ini. terima kasih kepada kerajaan kerana mengambil berat dengan pandangan orang ramai terlebih dahulu.
May 22, 2010 10:09 AM
selain tenaga nuklear, kerajaan juga perlu mengkaji alternatif2 lain yang berpotensi seperti tenaga suria yang lebih mendapat sambutan. diharapkan kerajaan mampu menyediakan kemudahan yang terbaik untuk rakyat dan alam sekitar secara berterusan.
May 22, 2010 10:12 AM
kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum kita menggunakan nulear sebagai sumber tenaga, kerajaan juga amat mementingkan pandangan rakyat berhubung pengunaaan tenaga ini. diharapkan penggunaan tenaga dapat dicapai.
May 22, 2010 10:48 AM
satu lagi...jika kajian dijalankan, pastikan findings kajian itu telus tanpa dipengaruhi oleh mana2 pihak...
May 22, 2010 12:29 PM
tenaga nuklear ini sebenar jauh menjimatkan, amat effisyen, dan hanya perlu sedikit sahaja untuk menghasilkan tenaga elektrik. berbanding dengan arang batu yang pencemaran udara adalah agak tinggi, tenaga nuklear tidak mencemar alam sekiranya diselenggara dengan baik. cuma radiasi tinggi adalah amat bahaya pada kesihatan jika berlaku kebocoran sana sini. hakikatnya ...manalah negara2 seperti korea dan iran sanggup melabur banyak dalam penghasilan tenaga nuklear!kerana tenaga nuklear dilihat sebagai masa depan pada krisis tenaga elektrik maka banyak negara lain sudah bersiap sedia untuk menghadapi hari krisis tersebut. so why not malaysia?
May 23, 2010 10:11 PM
I think there should be more research on using nuclear. Besides, this is not just an ordinary plant, we are talking about nuclear here, BIOHAZARDS. And to have a nuke plant is to have proper, efficient and stable management. Otherwise, a disaster will just be waiting to happen.
May 24, 2010 2:24 AM
Pendapat saya, penggunaan tenaga nuklear ini sebenernya ada kebaikan dan ada keburukannya. Menurut sumber negara-negara yang menggunakan sumber tenaga nuklear ini disebabkan tiada sumber tanaga yang lain untuk menghasilkan tenaga seperti elektrik. Penghasilah tenaga nuklear jauh lebih tinggi dan menjimatkan berbanding sumber tenaga yang lain. Bagaimanapun kajian perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menggunakan tenaga nuklear. Yang jelas walau apa sekalipun sumber tanaga yang digunakan jika tidak ada pengatahuan yang mendalam dalam pengendalian tenaga tersebut, ia pasti akan mengundang pencemaran yang lebih teruk.
May 24, 2010 12:44 PM
pasti negara2 yang telah lama menggunakan tenaga ini telah mengetahui cara atau teknologi yang mampu mengurangkan risikonya. kalau tidak kenapa mereka masih bergantung dengan tenaga ini.. apa2pun yang paling penting pengendaliannya mesti cekap.
May 25, 2010 12:20 AM
Saya tak pakar sangat dalam hal ni. Tapi saya harap penggunaan tenaga nukleur dikaji sebaik mungkin bagi mestikan ia adalah pilihan yg terbaik.
May 25, 2010 12:22 AM
Betul tu urangulama. saya tak nafikan penggunaan tenaga nukleur ni lebih kuat tp saya harap kerajaan akan kaji hal ni sebaik mungkin dan dlm masa yg sama mengambil kira pandangan rakyat keseluruhannya.
May 25, 2010 12:29 AM
Ya kan POP... hal ni bukan main2.. hal ni menentukan masa depan negara kita juga..
Appaun mcm yg samanda cakap mmg kita perlukan pendedahan lanjut dan tepat berhubung penggunaan tenaga nukleur ni...
May 25, 2010 12:32 AM
Ya karaabau. Kalaupun kerajaan masih komited terhadap keputusan menggunakan tenaga nukleur ni, saya tu OK ja.. asalkan kerajaan dah kaji sedalam mungkin dan pastikan takda kelemahan/masalah yg timbul pada masa akan datang.
May 25, 2010 12:35 AM
Harap2 kerajaan akan buat kajian... Dari komen pembaca blog pun semuanya mengharapkan kajian dibuat supaya keputusan yg dipilih adalah yg terbaik.
May 26, 2010 10:49 AM
Every decisions from the government should be given deep thoughts to ensure that it is the best course of action. The nuclear plant should be reconsidered before approval.
Post a Comment