
Baru-baru ini Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mendedahkan kan satu kes 'eye opening', bilamana 1,200 kakitangan awam yang tinggal di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu, meminjam daripada peminjam haram atau 'along'.Menurut beliau, pinjaman itu dikatakan untuk kegunaan menampung kos persekolahan anak, membeli kenderaan dan berjudi.
Berdasarkan maklumat diterima Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Putrajaya, masalah ini walau pun masih terkawal tetapi ia perlu diatasi segera.- Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, tindakan membenarkan syarikat peminjam wang melaksanakan sistem potongan gaji kakitangan awam yang membuat pinjaman menjadi faktor peningkatan kes penjawat awam meminjam 'along'.
- 'Ada kakitangan awam terpaksa meminta bantuan Pusat Khidmat Masyarakat selepas tidak lagi mampu menanggung beban kerana masih gagal membayar pinjaman along sebanyak RM7,800.
Akibatnya sejak dua tahun lalu, beliau hanya membayar kadar faedah pinjaman itu,' katanya. - Sehubungan itu, beliau meminta semua pengerusi jawatankuasa penduduk supaya memantau perkara itu dan jika perlu memaklumkannya kepada Pusat Khidmat Masyarakat, bagi memudahkan bantuan dihulurkan, sebelum kejadian tidak diingini berlaku.
- 'Saya gembira kerana ada beberapa pusat judi di sekitar Bangi diserbu dan berharap lebih banyak tindakan diambil terhadap pusat judi lain,' katanya.
Sejurus dari itu, saya telah membuat selidikan secara ringkas, sama ada kes saperti itu berlaku di kawasan Sabah. Apa yang mengejutkan, kes ini memang terjadi disana sini, terutama sekali kepada pegawai-pegawai kerajaan yang telah pencen.Menurut mereka, ganjaran dari ' gratuity' dan bayaran pencen bulan yang mereka terima ada lah tidak cukup untuk menampong komitmen akibat kos persekolahan anak, membayar hutang kenderaan,rumah, kad kredit dan lain-lain hal keperluan harian mereka.
Situasi saperti ini seakan-akan menimbulkan satu tekanan yang senentiasa meghantui mereka dalam mengharugi kehidupan selanjut nya.



June 7, 2010 1:39 PM
jimat cermat adalah lebih baik daripada meminjam dan berhutang wang dengan sesiapa pun...amalkan kehidupan mengikut kemampuan kita.......
June 7, 2010 2:13 PM
diharapkan tabiat ini tidak menjadi budaya. jika aktiviti judi membuatkan mereka meminjam, kerajaan perlu mengambil langkah2 sewajarnya dengan menghapuskan semua penggalak kepada gejala ini.
June 7, 2010 2:13 PM
diharapkan tabiat ini tidak menjadi budaya. jika aktiviti judi membuatkan mereka meminjam, kerajaan perlu mengambil langkah2 sewajarnya dengan menghapuskan semua penggalak kepada gejala ini.
June 7, 2010 9:32 PM
tidak dinafikan ramai penjawat awam pinjam wang dari along. rakan-rakan saya yang bekerja di kerajaan mengatakan mereka sering menerima surat tawaran tentang pinjaman yang menawarkan sehingga mak RM200,000.00 dan black list pun boleh dapat. selain itu, along-along ni suka menampalkan kad-kad kecil di kereta dan dan memasukkan iklan mereka ke dalam mail box rumah-rumah dan apartment. iklan mereka biasanya menawarkan pinjaman wang secara mudah mudah dan menarik tetapi sebenarnya membahayakan!
June 7, 2010 9:38 PM
jika along-along yang suka menampalkan iklan-iklan mereka dipelbagai papan tanda, dinding kedai, tiang telefon, tiang elektrik dsb, sekarang strategi baru mereka ialah menghantar kad-kad business, kad jemputan rasmi dan penerangan lengkap dsbnya tentang syarikat pada semua penjawat awam. maklumat penjawat awam semuanya tertera pada website jabatan dan rakan saya pernah memberitahu, ia adalah iklan cara mudah untuk mendapatkan peminjam cara mudah!
June 7, 2010 9:40 PM
untuk mengelakkan hal along ini berterusan, wajarlah pihak-pihak berkuasa memantau taktik baru along ini yang semakin berleluasa menyebarkan pada semua penjawat awam
June 8, 2010 8:09 AM
ramai penjawat awam ini meminjam wang dengan ah long kerana mereka menghadapi kesukaran untuk meminjam wang daripada bank. tatapi mereka harus sedar bahawa meminjam dengan ah long hanya kan menyusahkan diri mereka sahaja untuk membayar hutang dengan kadar faedah yang tinggi.
June 8, 2010 8:11 AM
telah diketahui umum bahawa meminjam dengan ah long hanya akan menyusahkan diri. kadar bunga yang diberikan juga amat tinggi. namun mengapa masih ramai lagi orang yang ingin meminjam wang dengan ah long? perkara ini perlu dikaji semula bagi mengelakkan berlaku berlaku lebih banyak kejadian tak dingini akibat meminjam wang dengan Ah long.
June 8, 2010 8:11 AM
meminjam wang dengan ah long hanya akan menyusahkan diri dan boleh membahayakan nyawa jika tak dapat membayarnya.
June 8, 2010 10:26 AM
While the government are trying to discourage the people to borrow from loan sharks, the civil servants themselves are involved in it.
June 8, 2010 2:11 PM
Kalau k/tgn kerajaan pun jadi mcm ni, inikan lagi pekerja swasta..
Walaupun hal ni masih terkawal, saya harap ia tidak melarat aka tambah teruk.
June 8, 2010 2:14 PM
Betul jack, sama2 lah kita berjimat cermat & amalkan kehidupan mengikut kemampuan.. saya yakin jika sikap ni diamalkan rakyat dari golongan yg susah pun masih mampu hidup selesa & bersyukur seadanya.
June 8, 2010 2:19 PM
Pinjam dari ahlong adalah perkara yg tak patut dibuat.. Tapi sebagai org yg hanya memerhati dari luar, kita takkan faham kenapa individu tu terpaksa buat mcm tu..
Pinjam ahlong @ mati, tapi kalau takda duit utk sara hidup pun sama juga @ mati kan..
Kalau betul dorang pinjam duit utk tujuan yg baik (pendidikan), memang saya simpati juga la.. Tapi kalau utk sebab judi, hhmm lantaklah dgn hidup dorang. hehhee
June 8, 2010 2:25 PM
Bagi saya, cara terbaik dari mengelak publik pinjam dari ahlong ialah mudahkan sikit syarat pinjaman bank.. Ini tak, semua bank bagi syarat yg sangat tinggi.. huhuhu
susah oo. Saya pernah buat loan sebab tu saya tau betapa susahnya mo dapat kelulusan bank, sehingga menyebabkan saya hampir putus asa dan mahu pinjam dari syarikat luar ja.. pedulilah ahlong ka apa ka, janji dapat duit...
Tapi syukur juga la, saya tetap buat ikut jalan yang baik :)
Harap2 next year naik gaji lagi:P
June 8, 2010 2:27 PM
Jadi saya harap kerajaan kan campur tangan dalam hal ni... Saya yakin kerajaan pasti dapat lakukan sesuatu utk bantu golongan berpendapatan rendah survive dalam dunia yg kos hidupnya makin meningkat.
June 10, 2010 9:30 AM
How are we going to reduce the illegal loan sharks from operating in the country if the civil servants refuses to cooperate with the government's efforts?
June 10, 2010 5:58 PM
Kegiatan ah long ini yang semakin menjadi-jadi dengan menawarkan jumlah pinjaman yang tinggi dan kelulusan segera kepada semua golongan masyarakat adalah amat membimbangkan. Pihak -pihak berwajib perlu sentiasa membuat pemantauan dan mengenakan tindakan tegas sekiranya mendapati pihak atau invividu yang aktif menjalankan kegiatan tersebut.
June 10, 2010 10:33 PM
sewajarlah hal tentang kes penjawat awam terlibat dengan along ini dipantau. para penjawat awam yang terlibat dengan along harus dikenakan tindakan kerana mereka sedar along ni amat kejam dan berbahaya tetapi kenapa mereka masih pinjam juga? sedangkan mereka bergaji? lainlah ceritanya kalau yang pinjam tu tiada pendapatan tetap
June 10, 2010 10:41 PM
kakitangan awam yang meminjam along adalah amat memalukan kerajaan dan mereka sepatutnya memberi contoh baik
June 16, 2010 9:48 AM
Indeed it is worrisome, Khalid. Shouldn't the civil servants set a good example rather than getting involved themselves?
Post a Comment