
Baru-baru ini kita di beri tahu bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan gejala kekurangan bekalan gula. Dikatakan Pengguna dan peniaga di beberapa negeri menyuarakan rasa kecewa kerana gagal mendapatkan bekalan bahan keperluan harian itu dan menyifatkan kekurangan tersebut 'paling teruk sejauh ini'.Kini keadaan bertambah teruk bilamana rira-kira 20,000 peruncit di seluruh Malaysia akan berhenti menjual gula, minyak masak dan tepung mulai 15 Jun ini kerana mereka kurang senang dengan keputusan kerajaan negara itu yang menghendaki mereka mempunyai lesen untuk menjual barangan keperluan tersebut.
- Persatuan Persekutuan Pedagangan Barangan Runcit (FSGMA) memberitahu rancangan mereka itu kepada Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, apabila mereka bertemu kelmarin. Dr Chua menggesa mereka agar menimbangkan semula langkah mereka itu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun, berazam akan meneruskan syarat pelesenan itu meskipun ada 'ancaman' tersebut, sambil berkata langkah berkenaan adalah bertujuan mengawal kegiatan menyorok.- Namun, beliau berkata beliau akan menemui para peruncit itu untuk melihat apa lagi yang boleh dilakukan.
- Dr Chua berkata menurut para pedagang itu, keputusan menghentikan penjualan barangan berkenaan adalah satu 'keputusan perniagaan' kerana mereka gagal meraih banyak keuntungan daripada penjualan barangan tersebut.
- 'Ia bukan satu protes. Kami telah merayu kepada kerajaan agar menimbangkannya semula dan kami percaya mereka akan mencari satu penyelesaian munasabah,' kata beliau kepada wartawan selepas mesyuarat selama satu jam dengan para anggota persekutuan yang dipimpin presidennya, Encik Lean Hing Chuan, kelmarin.
- Beliau berkata walaupun persekutuan itu sedar sepenuhnya sebab di sebalik syarat pelesenan itu, para anggotanya berasa mereka sudah pun dibebani dengan beberapa lesen lain.
- 'Sekarang mereka diperlukan mempunyai antara sembilan dengan 11 lesen dengan jumlah yuran tahunan sehingga RM1,107 ' katanya lagi, sambil menambah bahawa Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, akan menimbulkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet akan datang.
- Encik Lean pula berkata para pedagang hanya untung tiga sen bagi setiap satu kilogram gula atau tepung yang dijual dan 20 sen bagi setiap lima kilogram minyak masak.



June 9, 2010 12:57 PM
sekiranya masalah ini timbul ekoran daripada tindakan kerajaan yang memerlukan mereka memiliki lesen, pihak kerajaan wajar mempertimbangkannya. tidak adil jika tujuan pelaksanaan ini bagi 'menghukum' peniaga yang menyorok barang kawalan, namun kesannya ditanggung oleh semua peniaga. kerajaan perlu mencari alternatif lain bagi membanteras kegiatan menyorok barang.
June 9, 2010 1:43 PM
tindakan para peruncit ini adalah protes kepada tindakan kerajaan berkenaan dengan lesen menjual barangan terkawal...namun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdegil untuk meneruskan tindakan tersebut dengan alasan mengawal kegiatan menyorok..namun beliau juga berkata akan bertemu dengan para peruncit untuk mendengar sendiri dan berbincang apa yang patut..sebelum sesuatu peraturan dikuatkuasakan haruslah mengambil kira pandangan pihak yang terlibat supaya masalah seperti ini tidak timbul..sudah berlaku barulah mengadakan perundingan...ini bukan cara malaysia yang berasaskan sistem demokrasi...ini adalah cara pemerintahan kuku besi dan totalitarian...diharap pihak berkenaan boleh menyelesaikan isu ini dengan 'win2 situation'.
June 9, 2010 3:24 PM
Rakyat yang akan dapat susah jika ini bener berlaku. Siapa akan membekalkan gula?
June 9, 2010 10:42 PM
kalau keuntungan sedikit maka tidak mustahil peruncit bersatu hati henti jual gula, minyak dan tepung
June 10, 2010 9:27 AM
It seems that the businessmen are unhappy with the government's decision to introduce the license.
June 10, 2010 10:30 AM
tindakan kerajaan untuk memwajibkan setiap peniaga memiliki lesen menjual baragan terkawal menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan peniaga, mereka mereasakan tindakan ini akan menyusahkan peniaga dan pengguna sendiri. peniaga2 juga telah menghentikan penjualan barang terkawal sebagai tanda bantahan meraka terhadap lesen tersebut. kerajaan patut menimbang semula perkara ini bagi memastikan tiada masalah akan timbul.
June 11, 2010 10:49 PM
Konpom ka 15 Jun??? Ba saya beli gula ni ni bikin stok masa depan. hehhehee
June 11, 2010 10:52 PM
Bagi saya kerajaan dan peniaga masing-masing ada alasan sendiri. Namun jika kedua-dua pihak tak amalkan win2 situatian, maka keadaan akan bertambah keruh.
Jadi seboleh-bolehnya masing2 saling menerima dan berusaha utk menanggani masalah yg timbul.
June 12, 2010 11:29 AM
janganlah kamu henti bah pasal kena suruh buat lesen jual barang kawal. ini untuk kebaikan semua juga tu. kalau kamu berhenti menjual, ini lagi menyusahkan para pengguna pula nanti..
June 16, 2010 9:51 AM
The latest news said that the license will be free of charge, but all grocers still needs to apply for it. I hope this solves the problem.
Post a Comment