
Di lapurkan bahawa satu berita yang amat memeranjatkan disamping boleh memalukan Negeri Sabah bilamana seramai 25 orang dari Sabah; 12 lelaki dan 13 wanita, masing-masing berusia diantara 18-46, telah di tahan oleh pehak Polis Perlis kerana didapati melakukan kesalahan sebagai pencopet atau penyeluk saku.
Sumber: SabahKini
- Menurut lapuran selanjutnya, semua mereka yang terlibat ini mempunyai hubungan keluarga diantara satu sama lain.
- Dikatakan, kumpulan dari Sabah ini telah datang ke Kangar, Perlis semata-mata untuk menuntun program karnival Jom Heboh anjuran TV3 disamping menjalankan akitviti menyeluk saku pengunjung-pengunjung disana.
- Menurut sumber, 4 daripada mereka ditangkap dilokasi karnaval.Manakala 2 yang lain ditahan di sebuah hotel di Kuala Perlis. Selebih nya dijumpai kemudian dan juga ditahan.
- Menurut Ketua Polis Perlis,Datuk Ghazali Mohd Amin berkata,dalam serbuan tersebut, Polis telah menemui wang sebanyak RM27, 000, barang perhiasan emas dan rekod aktiviti mereka.
- Beliau mengatakan buku harian yang mengandungi rekods pencurian masa lalu dan juga dimasa hadapan serta tipu muslihat mereka, telah di dapati dari salah seorang dari mereka.
- "Mereka telah melakukan aktiviti ini dengan menggunakan kesempatan di acara-acara yang besar yang mempunyai ramai pengunjung," kata nya.



June 3, 2010 8:08 AM
June 3, 2010 8:46 AM
kegiatan mereka ni betul2 memalukan rakyat sabah. tak perlulah nak jadi peyeluk saku, kan banyak lagi kerja lain yang lebih baik boleh dilakukan.
June 3, 2010 9:52 AM
ngamlah diorang ni ditangkap, bikin malu urang sabah ja.. tahniah jugalah diucapkan kepada polis kerana berjaya menahan pencopet2 ni. harap ini memberi pengajaran kepada mereka.
June 3, 2010 11:11 AM
perkara ini memang memalukan negeri sabah. ini akan mnjejaskan perspepsi orang negeri lain terhadap penduduk sabah. diharap tindakan dapat diambil bagi menjaga nama baik sabah. para pencopet ini perlu dibawa ke muka pengadilan
June 3, 2010 11:18 AM
benar2 memalukan Sabah. sebelum ini kes pelacur warga Sabah dan sekarang kes penyeluk saku. terlalu rumitkah menjalani kehidupan di sabah sehingga terdesak untuk melakukan jenayah di negeri orang?. diharapkan selepas ini tidak ada lagi kes2 seperti ini yang boleh menjatuhkan imej Sabah.
June 4, 2010 10:44 AM
This is really a disgrace.
June 5, 2010 12:07 AM
Ooo, bikin malu kalau ini. adidiidi
June 5, 2010 12:09 AM
Apapun saya harap hal ni tak berulang lagi. Rosak nama baik sabahan & Sabah ooo...
June 5, 2010 12:09 AM
Betul tu somboi. Bagus juga lah dorang di tangkap ba.
Boleh juga buat pengajaran.
June 5, 2010 1:11 PM
Kalau betul mereka ini dari sabah dan telah didapati bersalah kerana kegiatan penyeluk saku maka mereka harus dikenakan tindakan yang sewajarnya.
June 10, 2010 9:24 AM
Hopefully this is the end of it. We could not afford anymore misconduct that would affect the state's reputation.
Post a Comment