

Gambar illustrasi yang melambangkan senario rumah keluarga miskin dan rumah orang berada di Malaysia
Amat sukar untuk dipercayai bahawa dalam dunia yang moden dan serba changgih ini maseh terdapat penduduk yang miskin teramat sangat di Negara Kita Malaysia ini. Kecuali mungkin kalau mereka-mereka ini ada lah warga PTI yang menatap secara haram di kawasan setinggan dipinggir kota dan sebagai nya.Atau pun kemungkinan juga situasi kemiskinan ini boleh terjadi kepada penduduk tempatan yang berkampung di kawasan pergunungan dan hutan belantara di pedalaman negeri Sabah atau pun Sarawak.

Disini timbul paradoks nya, bilamana kita meningatkan bahawa kerajaan kita yang telah memegang tampuk kuasa selama 51 tahun ini diwar-warkan sebagai ' The People Champion'; senentiasa bersedia untuk membasmikan gejala kemiskinan di setiap pelusuk negara yang tercinta ini.
- Namun apa yang dilapurkan oleh media massa harus perdana BERNAMA dan saluran TV nasional baru-baru ini agak berlainan pula cerita nya. Sungguh dahysat lagi menajubkan.
- Dikatakan empat beranak di Kampung Tok Sibil di Alor Setar, Kedah terpaksa tinggal di rumah buruk yang reput dengan seorang daripada mereka terpaksa tidur di pondok bersebelahan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
- Abdul Wahab Ahmad, 46, serta isterinya Zainab Ahmad, 46, dan dua anak mereka Mohd Nasir, 22, serta Nurfazilah, 16, sentiasa hidup dalam ketakutan memikirkan rumah itu akan roboh pada bila-bila masa, tetapi tiada pilihan lain.
- Abdul Wahab berkata memandangkan lantai dan kayu rumahnya semakin usang dan mereput, pada waktu malam dia akan tidur di sebuah pondok berhampiran rumahnya, yang hanya muat untuk seorang.
- Beliau berkata pendapatan hasil mengambil upah mengerjakan sawah dan kerja kampung yang dilakukan hanyalah sekitar RM400 sebulan, menyebabkan dia tidak mampu menyediakan tempat berteduh yang lebih selesa untuk keluarganya.
- "Saya ada berusaha mengumpul duit untuk membuat rumah baru, tetapi saya hanya dapat buat dinding dan selepas duit habis, saya tak dapat teruskan lagi. Rumah ini dah tergendala sejak lima tahun lepas," katanya ketika ditemui di rumahnya.
- Abdul Wahab berkata bagi mengurangkan bebanan keluarga, anak sulungnya Mohd Nasir bekerja di sebuah kilang di Pokok Sena dekat sini dengan pendapatan kira-kira RM400 sebulan.
- Katanya dia tidak pernah memohon bantuan termasuk daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak mengetahui tentang perkara itu, dan tidak pernah dimaklumkan mengenai bantuan yang disalurkan.
- Nurfazilah pula berkata akibat kesempitan hidup, mereka sekeluarga pernah kehabisan wang untuk membeli makanan dan dia tiada duit belanja untuk ke sekolah.
Satelah berkurun lama nya akhirnya Penderitaan keluarga itu mendapat perhatian Timbalan Ketua Umno Bahagian Alor Setar Mohd Guntor Tobeng Mansor Tobeng yang hadir untuk melihat sendiri kedaifan keluarga itu.Namun apa yang Mohd Guntor Tobeng dapat lakukan hanya lah sekadar untuk mencuba membantu mereka memiliki rumah yang lebih selesa menerusi kerajaan negeri atau Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, selain bantuan JKM, terutama untuk persekolahan Nurfazilah.
"Kami ambil maklumat terperinci. Bawa kes ini untuk tindakan agresif. Masalah keluarga miskin ini banyak yang tak sampai kepada kerajaan. Kita kena cari dan masukkan dalam senarai miskin tegar," katanya.



June 28, 2010 11:06 AM
Diharapkan kerajaan tidak akan terus mengabaikan kebaikan semua rakyat di negara yang dipimpini mereka. Wakil rakyat juga perlu lantang bersuara untuk membawa masalah rakyat kepada kerajaan pusat.
June 28, 2010 11:50 AM
saya yakin banyak masalah keluarga miskin ini tidak sampai kepengetahuan kerajaan. saya harap pemimpin2 diperingkat daerah dapat melipat gandakan usaha bagi menjejaki mereka.
June 28, 2010 4:48 PM
Mana kerajaan? Mereka patut membantu orang miskin. Kesian mereka tinggal di rumah reput manakala orang kaya pula tidak memandang mereka.
June 28, 2010 5:19 PM
nasib warga miskin dan termiskin ini perlu diberi perhatian. pihak-pihak berwajib perlu peka, prihatin dan aktif menyebarkan maklumat tentang 'bantuan' kerajaan yang boleh diperolehi supaya kehidupan mereka tidak terjejas dan semakin terabai
June 29, 2010 9:46 AM
"Katanya dia tidak pernah memohon bantuan termasuk daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak mengetahui tentang perkara itu, dan tidak pernah dimaklumkan mengenai bantuan yang disalurkan."
dari apa yang dikatakan oleh Abdul Wahab di atas, menunjukkan pemimpin komuniti tempatan di kawasan tersebut serta pihak berkenaan, tidka peka kepada masalah rakyat...maklumat dari kerajaan juga tidak disampaikan dengan berkesan..delivery system must be improve so that such problem as 'saya tidak tahu' will not exist..harap perkara ini mendapat perhatian daripada PBT di kawasan tersebut..
June 29, 2010 11:22 AM
We can't wholly blame the government. There are large numbers of poor families in Malaysia and many are still untraceable.Hopefully the responsible authorities manage to find the whereabouts of these poor families and inform the government immediately.
June 29, 2010 10:26 PM
Saya cuma harap agar hal ni dapat perhatian sewajarnya... Apapun jgnlah terlalu menyalahkan kerajaan kerana saya yakin kerajaan telah lakukan sedaya yg mungkin utk menaggani isu kemiskinan di negara kita.
July 1, 2010 11:06 AM
Semua rakyat negara patut diberikan perhatian tidak kira apa status mereka. Terutamanya warga miskin yang tinggal di pedalaman, mereka memerlukan bantuan daripada kerajaan.
Post a Comment