SUARA BEBAS TUARAN

Ahli Akademik Setuju Mansuh UPSR Dan PMR

Labels:
Menurut lapuran, ahli akademik menyokong langkah kerajaan untuk menghapuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tetapi meminta kajian yang teliti dibuat terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.
Kebanyakan mereka juga bersetuju supaya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diteruskan bagi mengukur mutu pencapaian pelajar sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan.
  • salah seorang dari ahli akademik tersebut, Profesor Madya Dr Hashim Othman selaku Pensyarah kanan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata apa yang lahir melalui UPSR dan PMR selama ini hanya budaya pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan tidak melahirkan pelajar yang berpengetahuan atau berkemahiran.
  • Katanya, sepatutnya sistem persekolah bagi pelajar di peringkat sekolah rendah hingga tingkatan tiga berasaskan kepada sejauh mana pelajar itu mampu menyelesaikan masalah.
  • “Lebih baik jika mereka dapat menggunakan pendidikan yang diterima bagi keperluan hidup mereka sehari-hari,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas perkara tersebut.
  • Hashim berkata contoh terbaik kesan yang diterima daripada mengamalkan corak peperiksaan selama ini ialah dalam pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang telah melahirkan pelajar yang gagal berkomunikasi atau menyelesaikan masalah dengan baik walaupun mencapai keputusan peperiksaan cemerlang.
  • Sementara itu, Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Abdul Rashid Jamian pula berkata sepatutnya pendidikan peringkat sekolah rendah menumpukan usaha ke arah meningkatkan kemahiran pelajar dalam membaca, menulis dan mengira sahaja.
  • Katanya, UPSR yang dilaksanakan sekarang terlalu berorientasikan pencapaian individu hingga menyebabkan ibu bapa hilang tumpuan dan terlalu mendesak dalam memastikan anak-anak mereka memperoleh keputusan terbaik dalam UPSR dan PMR.
  • “Saya setuju sekiranya ujian peringkat sekolah dan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah atau yang dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri diadakan untuk menilai kemampuan pelajar di penghujung tahun,” katanya.
Bagaimanapun, penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Profesor Emeritus Abdullah Hassan yang turut ditanya mengenai perkara tersebut berkata kajian menyeluruh perlu dilaksanakan sebelum kerajaan memutuskan perkara itu.
Sumber: NST
8 comments:

We still have to see it to believe it. Similar proposals regarding the education system are brought up many times before, but very few are actually implemented.


Ini terpulang kepada suara ramai yang meyokong atau tidak bagi memansuh kan UPSR dan PMR tersebut. kajian yang teliti dibuat terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.


harap keputusan kerajaan untuk memansuhkan UPSR dan PMR adalah satu keputusan yang tepat.


ada baiknya juga UPSR & PMR dimansuhkan agar pelajar dpt memberi konsentrasi dlm peperiksaan SPM dimana keputusan itu menjadi ukuran utk memasuki mana2 IPTA & IPTS. selain itu guru2 juga dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada kreativiti pembelajaran serta kegiatan kokum pelajar. bagi saya, UPSR & PMR hendaklah diadakan untuk menilai pelajar2 dlm pembahagian kelas2 tertentu. walau apapun keputusan kerajaan diharapkan segala ulasan dari segala pihak diambilkira sebelum membuat keputusan dlm hal ini.


Whatever proposal is best for our kids, should be implemented. Therefore, futher studies should be made to identify the positive and negative of UPSR and PMR. If there is more positive, therefore UPSR and PMR should not be abolish.


harap setelah UPSR dan PMR dimansuhkan, sistem pendidikan di Malaysia akan semakin baik.


saya setuju jika ianya dimansuhkan namun ujian khas perlu dilaksanakan sebagai ganti kepada dua peperiksaan ini untuk menentukan penempatan pelajar.. walau bagaimanapun kajian menyeluruh masih perlu dilaksanakan sebelum kerajaan memutuskan perkara ini..


Mansuh UPSR dan PMR bukan sesuatu yang senang-wenang dilakukan. Pelbagai perkara lain juga perlu difikirkan dahulu supaya mengenal pasti cadangan ini sesuai dilakukan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails