SUARA BEBAS TUARAN

Budak2 Perempuan Semakin Ramai Yang Merokok Di Kalangan Belia?


Menurut Kementerian Kesihatan, bilangan budak perempuan berumur di bawah 10 tahun yang telah mula merokok adalah lebih ramai berbanding kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia tersebut.
Timbalan menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, maklumat hasil kajian pada 2003 itu menunjukkan 28.8 peratus gadis di bawah umur tersebut mula berjinak-jinak dengan rokok atas sebab-sebab tertentu.
"Hasil kajian itu mengejutkan dan membimbangkan kita kerana peratusan tersebut adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding 14.1 peratus kanak-kanak lelaki di bawah 10 tahun yang mula merokok.
  • "Secara keseluruhannya, kajian itu mendapati sebanyak 16.4 peratus anak muda dalam lingkungan usia tersebut didapati mula atau pernah cuba merokok," katanya.
  • Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 peringkat Institut Perubatan Respiratori (IPR) di Kuala Lumpur baru-baru ini.
  • Selanjutnya, selain risiko strok, barah organ-organ utama, penyakit jantung dan paru-paru, perokok wanita menghadapai lebih banyak ancaman seperti masalah kesuburan, keguguran, kelahiran bayi tidak cukup bulan, barah pangkal rahim dan payu dara serta mempercepatkan proses penuaan, kata beliau.
  • Menurut laporan, menunjukkan gadis lebih cenderung untuk mula atau cuba merokok dari usia muda dan ini membimbangkan kerana trend terkini menunjukkan perokok lelaki dewasa semakin berkurangan sementara perokok wanita semakin meningkat.
  • "Kanak-kanak sekarang juga lebih cepat 'dewasa' dan mereka lebih mudah dipengaruhi rakan sebaya serta iklan. Oleh itu, semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan sekolah, masyarakat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memantau anak-anak muda kita supaya tidak terjebak dengan ketagihan merokok," tegasnya.
Jelasnya, kajian berkenaan turut menunjukkan 33.1 peratus remaja berumur antara 13 hingga 15 tahun pernah cuba merokok sementara 20.2 peratus mengekalkan tabiat buruk tersebut.
"Kajian peringkat global turut menunjukkan kebanyakan individu mula merokok sebelum berumur 18 tahun dan jika trend ini berterusan, sebanyak 250 juta remaja akan menemui ajal akibat rokok," jelasnya.
Sumber:CF
15 comments:

ini merupakan satu perkara yang membimbangkan, ibu-bapa seharusnya memantau pergerakan anak2 agar tidak terjebak dalam gejala yang tidak baik seperti merokok.


trend/ikutan remaja perempuan masa kini adalah merokok..berdasarkan kepada statistik seperti yang dinyatakan dalam artikel, bilangan remaja perempuan yang merokok adalah dua kali ganda berbanding dengan remaja lelaki..punca kepada bermulanya mereka berjinak-jinak dengan tabiat ini harus dikenal pasti dengan lebih saintifik..jika punca2 ini boleh diatasi, kemungkinan peratusan remaja perempuan yang merokok akan menurun..


walaupun telah banyak kempen antimerokok dilakukan, namun belum mampu meningkatkan tahap kesedaran di kalangan masyarakat terutama golongan muda..kerjasama antara semua pihak adalah perlu bagi membanteras tabiat yang tidak sihat ini..Merokok Membahayakan Kesihatan!


Memang berita yang mengejutkan!! Kebanyakan ibubapa juga merokok, ini barangkali diikuiti anak-anak mereka. Memang buruk habit ni...


pergilah dimana-mana, perokok remaja perempuan belasan tahun adalah trend di Sabah pada masa kini...


remaja perempuan yang merokok ni adalah trend pelajar pada masa kini. pendapat mereka..tidak 'rock', 'macho' atau matang jika tiada rokok dijari!


usaha negara membendung perokok tegar dan mengurangkan kadar perokok nampaknya sukar berjaya...merokok merbahayakan kesihatan adalah setakat slogan sahaja


perempuan lebih ramai merokok daripada lelaki, ia satu perkara yang mengejutkan. morokok ni membahayakan kesihatan, jgnlah merokok, dah dpt penyakit nanti, menyesal pun tak guna.


Smoking among teenagers of the female gender is a serious matter.This is really an alarming trend that will affect their future health. It's certainly disgusting to see high school girls smoking in public places. I think the best way to solve this kind of issue is to identify the reason why people smoke regardless of their gender. I find this article quite resourceful:
http://www.helpwithsmoking.com/why-people-smoke.php
I do hope the government find a better solution in preventing this issue to worsen.


Smoking among teenagers of the female gender is a serious matter.This is really an alarming trend that will affect their future health. It's certainly disgusting to see high school girls smoking in public places. I think the best way to solve this kind of issue is to identify the reason why people smoke regardless of their gender. I find this article quite resourceful:
http://www.helpwithsmoking.com/why-people-smoke.php
I do hope the government find a better solution in preventing this issue to worsen.


This is definitely a serious issue, parents played an important role in making sure that their children does not wandered into the wrong path. Please be responsible in monitoring your kids.


Memang tidak dinafikan trend para kebanyakan remaja pada masa ini semakin menjadi-jadi tambahan pula dengan menghisap rokok untuk kelihatan lebih matang, bergaya dan sebagainya. Ini mungkin disebabkan tiada kesedaran akan bahaya dan kesan sampingan yang akan dialami kelak nanti. Tindakan tegas perlu diambil dalam membendung gajalah merokok di kalangan belia.


Denda dan tindakan tegas mesti dikenakan terhadap individu yang melakukan dan pihak yang terlibat dalam kegiatan merokok di kalangan belia terutamanya para pelajar sekolah.


Penjualan rokok para peniaga harus diperketatkan lagi. Sikap sebilangan para peniaga menjual rokok kepada pelanggannya dengan tidak menghiraukan umur pembeli tersebut. Penjualan rokok haram di kaki lima juga turut mengundang lebih ramai para remaja merokok kerana mudah memperolehi rokok tanpa larangan.


Teenagers and children these days are exposed to many different cultures through the TV or internet. Nevertheless, they will also be exposed to negative practices as well. Parents should monitor their children so that they will not get involved with negative behavior.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails