
Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Edmund Chong baru-baru ini menyuarakan cadangan untuk mewujudkan kasino di Kundasang, Sabah.Edmund berkata sebelum ini beliau pernah mencadangkan perkara yang sama supaya sebuah Kasino diwujudkan di Kundasang.Beliau mencadangkan Kundasang kerana ada persamaan persekitaran dan iklim dengan Genting Highland.
Walau macam mana pun, cadangan MP tersebut nampak nya telah mendapat tentangan keras dari Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Azizah Haji Mohd Dun.- "Sabah mempunyai banyak destinasi pelancong yang unik dan menarik kepada pelancong tempatan dan luar negara. Oleh itu tidak perlulah mewujudkan tempat perjudian kerana kekayaan flora dan fauna yang asli dan unik di negeri ini mampu menarik pelancong untuk berkunjung ke sini,” katanya.
Sebelum itu, Profesor Dr. W. Chan Kim, pembentang Blue Ocean Strategy pernah mengatakan Sabah adalah 'Garden Of The World' yang istimewa untuk pelancongan dan tidak perlu dicampurkan dengan perjudian.



June 29, 2010 7:19 AM
Salam sdr..
saya rasa kasino tidak perlu diwujudkan di kundasang...apa yg perlu dilakukan ialah merancanag pembangunan infrastruktur di [ekan itu dgn baik dan teratur..
bangunkan beberapa bangunan kedai yang lebih tersusun, jalan raya yang lebih selamat dan tidak berlubang-lubang...
kekalkan keindahan semulajadi yang memersonakan..
pembinaan kasino hanya akan meletakkan pekan itu sebagai temapt perjudian di Sabah...mungkin mendatangkan hasil kp kerajaan (cukai) tetapi akan menjadi liabiliti kepada penduduk setempat.
Sehingga tu semoga sdr terus sukses dan diberikan kekuatan untuk terus menjadi 'blogger' sensasi dan di hormati. wasalam
June 29, 2010 8:22 AM
cadangan pembinaan kasino di Kundasang tidak perlulah dilaksanakan,risau ia akan memberi kesan negatif kepada penduduk setempat.
June 29, 2010 9:07 AM
Edmund is not creative enough to come up with fresh ideas of his own. Just because Kundasang has the same climate and environment with Genting, doesn't mean we should build a casino too. I don't think Sabah will be needing any Casino just so to boost the local economy. Casino and nature does not blend well. Its due to Sabah's nature that attracted tourist to come and visit Sabah.
June 29, 2010 9:24 AM
cadangan untuk membina kasino di kundasang bagi saya, adalah tidak perlu..alasan untuk menarik pelancong yang lebih ramai dengan adanya kasino adalah tidak munasabah...sabah mempunyai tarikan perlancongannya yang tersendiri yang unik.
June 29, 2010 9:26 AM
apa yang penting adalah pembangunan di kundasang yang dilihat masih tergantung..masalah2 penduduk tempatan juga banyak yang masih KIV..jalan penyelesaian kepada masalah2 yang rakyat hadapi harus menjadi fokus dan bukannya kepentingan diri..
June 29, 2010 10:00 AM
pembinaan kasino ini mendapat bantahan daripada ramai pihak, harap pihak berkuasa akan mendengar dan mempertimbangkan suara rakyt.
June 29, 2010 10:29 AM
jika kita melihat pendapat samada secara online mahupun offline, majoriti akan menentang usul ini. bagi saya, pembinaan kasino ini hanya akan memusnahkan kundasang. diharapkan kerajaan tidak akan meluluskan cadangan ini dan mencari alternatif lain untuk menjana pendapatan Sabah.
June 29, 2010 11:11 AM
rakyat memang berhak untuk bersuara untuk membantah perancangan untuk membina kasino itu.
June 29, 2010 11:11 AM
itu memang betul, kerajaan haruslah memikirkan sesuatu yang lebih memberi faedah kepada semau rakyat sabah.
June 29, 2010 10:20 PM
Saya cuma harap agar hal ni dikaji sedalam mungkin kerana saya tak nafikan pembinaan kasino di kundasang ada pros dan juga cons.. so pertimbangkan sebaik mungkin dan dengar suara rakyat dulu baru buat keputusan :)
June 30, 2010 8:27 AM
Bagi pendapat saya, pembinaan kasino akan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Tak perlulah membina kasino di kundasang.. ada lagi byk cara untuk menarik pelancong ke Sabah.
June 30, 2010 11:15 AM
mungkin benar seperti yang dikatakan oleh Edmund bahawa pembinaan kasino ini akan menarik lebih ramai pelancong.. tapi mungkin separuh daripadanya terdiri dari kumpulan2 kongsi gelap yang berpotensi 'memusnahkan' Sabah.. negeri sabah terlalu luas jika dibandingkan dengan singapura, dan sabah mempunyai banyak pilihan untuk menjana pendapatan dengan cara yang bersih. beliau sepatutnya sedia maklum dengan penerimaan rakyat terhadap industri judi sepertimana tentangan rakyat terhadap judi bola sebelum ini.. oleh itu jangan cadangkan apa2 yang ditentang rakyat..
July 1, 2010 11:09 AM
Ada kebaikan dan keburukan pembinaan kasino ini. Tapi diharapkan kerajaan akan membuat keputusan yang paling baik buat rakyat dan negara.
July 19, 2010 12:49 PM
Pembinaan Kasino di Kundasang ini akan mendatangkan kebaikan dan keburukan tapi ada perubahan lah.... cuma mungkin tidak perlulah. Banyak benda yang perlu difikirkan lagi seperti merancang pembangunan dan infrastruktur dan sebagainya seperti apa yang dijelaskan oleh "kelapa mawar".
July 19, 2010 1:00 PM
Saya ingin menambah maklumat sedikit apa yang dijelaskan oleh "kelapa mawar". Bangunkan beberapa bangunan kedai yang lebih tersusun terutamanya kedai makan, tahap kebersihan, kualiti makanan, kepelbagaian jenis makanan dan dsbnya juga harus beri perhatian agar mempu menarik lebih ramai pelancong. So pembinaan Kasino ini hanya perlu mendapat persetujuan dari semua pihak baharu boleh dilaksanakan.
Post a Comment