SUARA BEBAS TUARAN

DJ Othoe Dari Suria FM Dilantik Bantu Usaha Banteras Pemerdagangan Manusia


Program Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Keuskupan Agung (AHDC) Kota Kinabalu telah melantik juruhebah Suria FM Kinabalu Andrew Impongan atau lebih dikenali sebagai DJ Othoe sebagai jurucakap projek itu untuk menyampaikan mesej itu dengan lebih berkesan.
Manakala dalam fasa kedua projek itu, AHDC akan menggunakan khidmat semua saluran media untuk menghebahkan aktiviti yang bakal dijalankan.
  • Sebelum ini,Penyelaras Program AHDC Dominic Lim berkata, AHDC telah mengadakan seminar kesedaran mengenai migrasi rakyat Sabah ke Semenanjung dan Singapura, seminar kesedaran mengenai migrasi dari luar bandar ke bandar, dan bengkel perancangan strategik.
  • Menurut Lim, Sabah akan memperhebatkan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kegiatan pemerdagangan manusia dengan fasa kedua Projek Penentangan Pemerdagangan Merentasi Sempadan 2010-2011.
  • "walaupun kesedaran di kalangan masyarakat Sabah semakin meningkat, usaha memerangi kegiatan itu daripada ber- leluasa di Sabah perlu diteruskan. Kesedaran di kalangan masyarakat tidak mencukupi sekiranya tidak ada pembanterasan.
  • “Kita masih berdepan dengan situasi kemasukan warga asing secara haram yang kita khuatiri terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia,” katanya pada sidang akhbar mengenai projek itu di Kota Kinabalu baru-baru ini.
  • Projek itu dianjurkan bersama Suruhanjaya Migrasi Katolik Antarabangsa (ICMC) Indonesia dan Pejabat Memantau dan Membanteras Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat .
Selanjutnya, menurut statistik dari Anti Trafficking in Persons Council (MAPO), 149 kes eksploitasi seks dilaporkan berlaku di negara ini antara Feb 28, 2008 dan 18 Mei, tahun ini.
Selama tempoh itu juga, terdapat 42 kes kerja paksa, 11 kes perdagangan manusia, 5 kes jualan bayi dan 1 kes eksploitasi anak untuk visa, yang membawa kepada 208 kes perdagangan orang.
Menurut ICMC, dijangkakan sekurang-kurangnya 30,000 rakyat Indonesia mungkin telah diseludup ke Sabah untuk tujuan eksploitasi seksual, kerja paksa dan perhambaan hutang, dan lain-lain.
Selepas itu diikuti oleh Filipina, 60 , Thailand, 36, China, 29, Myanmar, 23, Vietnam, 20, Malaysia, 12, India, 6, Kemboja, 2 dan Sri Lanka, 2.Ini membawa kepada 295 mangsa yang menerima Perlindungan.
Dalam pada itu, Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO), turut melaporkan bahawa kegiatan perdagangan orang ini membawa keuntungan sebanyak US $ 443 billion setahun.
Sumber: NST
9 comments:

teruskan usaha dan ketengahkan apa jua cara bagi membanteras jenayah ini.. saya harap usaha2 ini mampu meningkatkan kesedaran masyarakat dan bersama2 memerangi aktiviti pemerdagangan manusia.


pemerdagangan manusia harus diperangi habis-habisan...penglibatan semua pihak adalah perlu bagi memastikan usaha yang dilakukan memberikan hasil yang diharapkan...


Bagus usaha ni. Saya memang sokong penuh kalau pemerdagangan manusia dibanteras :)


Saya harap usaha ni disambut baik oleh semua pihak. Marilah kita bersatu hati dan bekerjasama utk tanggani hal ni K :)


Teruskan usaha dalam memarangi pemerdagangan manusia.


Untuk membenteras jenayah pemerdagangan manusia ini sebenernya memerlukan kerjasama dari semua pihak. Diharapkan terutamanya pihak berkuasa dapat bekerja keras lagi dalam membenteras kegiatan ini.


jenayah pemerdangan manusia ini harus dibanters dgn segera, ia adalah satu penindasan.


usaha seperti ini perlu diteruskan bagi membanteras jenayah pemerdagangan manusia.


Pemerdagangan manusia ini sesuatu yang kejam serta tidak berperikemanusiaan. Diharapkan semua pihak termasuklah rakyat akan bersama membanteras aktiviti pemerdagangan ini.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails