
Walaupun Kerajaan telah meluluskan lesen perjudian sukan bolasepak, namun terdapat juga aktiviti perjudian haram sukan tersebut di Kuala Lumpur yang di kendalikan oleh dua adik-beradik yang bekerja sebagai arkitek.Dua adik beradik selaku bookie judi bola telah ditahan pada rabu malam ketika leka menjalankan perjudian online untuk bola sepak Piala Dunia yang dipercayai melibatkan nilai pertaruhan RM5 juta sejak kejohanan itu bermula.
- Kedua-dua mereka yang berumur 33 dan 35 tahun ditahan kira-kira 11 malam di rumah mereka di Jalan Grik, Taman Rainbow, di sini selepas risikan terperinci dilakukan.
- Pegawai Operasi Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ASP Goh Chee Kiat berkata rumah teres tiga tingkat itu dipasang kamera litar tertutup dan alat pengesan laser.
- Beliau berkata polis yang pada mulanya gagal memasuki rumah itu, bertindak memanjat pintu pagar lalu memecahkan pintu gril rumah tersebut tanpa disedari penghuninya.
- "Terdapat kamera litar tertutup dan alat pengesan laser yang dipasang dalam kawasan rumah terbabit namun kedua-dua beradik itu gagal menghidu kehadiran kami sehinggalah kami berjaya menahan mereka di tingkat teratas rumah itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian Rabu malam.
- Apabila menyedari kehadiran polis, mereka cuba mematikan suis sebuah komputer yang pada skrinnya tertera pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia.
- Goh berkata komputer itu dirampas dan mereka berdua ditahan mengikut Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953.



June 17, 2010 1:17 PM
nampaknya perjudian haram tetap berlaku walaupun lesen perjudian telah diluluskan. kerajaan perlu menggiatkan operasi untuk mengesan perjudian2 haram yang dijalankan semasa piala dunia berlangsung.
June 17, 2010 1:36 PM
Tanpa pertolongan daripada orang ramai utk sma2 membanteras judi haram ini maka semakin berleluasa perjudian haram. Maka oleh itu, bukan sahaja pihak kerajaan perlu membuat operasi tetapi orang ramai hendaklah bekerjasama agar kegiatan2 haram ini dapat dibendung lebih2 lagi pada masa sekarang dimana semua orang gila2 bola. Syabas kepada kerajaan berjaya memberkas bookie judi ini.
June 17, 2010 1:52 PM
memang amat sukar membanteras aktiviti judi ini. ia akan tetap menjadi amalan turun temurun.. diharapkan pihak berkuasa akan lebih giat memerangi aktiviti ini.
June 17, 2010 2:36 PM
Serve them right! Sepa suru dorang kan.. good job cops! catch more of this illegal online gamblers.
June 18, 2010 5:17 PM
Kalau mmg mahu bejudi, halal ka haram belakang kira ba.. adiii
June 20, 2010 10:49 PM
Apa pun perkara ini perlu ditangani oleh pihak berkuasa agar ianya tidak berleluasa.
June 23, 2010 9:30 AM
It is true that illegal sports betting will still go on even though it is not legalized. It's all up to a person to decide whether they want to get involved or not.
June 28, 2010 11:36 AM
Diharapkan rakyat tidak akan melibatkan diri dalam perjudian bola haram ataupun menjadi bookie kepada perjudian bola haram. Tiada kebaikan dari aktiviti seperti ini. Ia salah dari sisi undang-undang dan agama serta mengundang masalah sosial yang lain.
Post a Comment