
Desas desus mengenai tiga ADUN Perak dari Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat dirumuskan bertitik tolak dari alasan berkaitan kelulusan lesen judi sukan.
Bantahan untuk menolak sebarang pertaruhan judi sukan oleh Umno Johor juga di ketepikan. Disamping itu Badan NGO pro-BN saperti PERKASA juga dilapurkan menyuarakan tidak persetujuan terhadap kelulusan perjudian sukan tersebut.
Sumber: TV Selangor
Bantahan untuk menolak sebarang pertaruhan judi sukan oleh Umno Johor juga di ketepikan. Disamping itu Badan NGO pro-BN saperti PERKASA juga dilapurkan menyuarakan tidak persetujuan terhadap kelulusan perjudian sukan tersebut.
Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Najib Razak degil dan tidak akan berganjak untuk menarik balik kelulusan lesen judi sukan menunjukkan Umno Barisan Nasional dalam keadaan terdesak dan nekad.- Shamsul yakin Najib tidak akan tunduk pada desakan pelbagai pihak untuk menarik balik kelulusan lesen judi sukan itu sekalipun ia datangnya dari parti pimpinannya sendiri. Kerana usaha ini dianggap Najib sebagai perlu bagi mengumpulkan dana untuk m
enghadapi pilihan raya umum akan datang. - Bercakap kepada TV Selangor, Shamsul berkata bukan mustahil fenomena ini akan merebak ke negeri lain yang dikuasai Umno Barisan Nasional.
- “Saya yakin negeri lain selepas ini akan mengambil sikap sama. Sebab saya yakin kerana di kalangan raja-raja Melayu membantah keras dalam hal yang berkaitan dengan lesen ini,” katanya.




June 16, 2010 8:58 AM
tak perlulah wujudkan lesen judi bola ni. ia cuma akan menimbulkan perasaan tidak puas hti rakyat ja.
June 16, 2010 10:14 AM
I hope the funds he was collecting for the next election was not used for buying votes.
June 16, 2010 10:38 AM
betul..janganlah wujudkan judi bola ini. ini akan membawa keburukana kepada kerajaan. ramai rakyat tidak puas hati dengan hal judi ini. oleh itu, kerajaan haruslah ikut keinginan rakyat.
June 16, 2010 11:14 AM
sebelum ini kerajaan ada menyatakan bahawa lesen itu hanya akan diluluskan setelah melihat maklum balas dari rakyat.. oleh itu, amat wajar jika kerajaan menarik balik cadangan ini memandangkan majoriti rakyat adalah membantah..
June 16, 2010 11:17 AM
ada kemungkinan seperti yang dinyatakan dalam artikel tersebut, jika pemberian lesen ini diteruskan, UMNO akan kehilangan sokongan dikalangan rakyat melayu.
June 16, 2010 11:54 AM
isu lesen judi sukan ini telah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan perlu menimbang perkara ini dengan sebaiknya.
June 16, 2010 1:31 PM
Perkara ini perlu ada penyelesaian daripada pihak2 tertentu dan kerajaan.
June 16, 2010 1:38 PM
Janganlah sampai kehilangan pengundi melayu islam pula. Kelulusan judi sukan ini hanya perlu dibatalkan saja.
June 23, 2010 9:34 AM
I think it's too late to regain Malay voter's trust. Hopefully the government will think twice the next time to approve a certain proposal.
Post a Comment