
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini, kerajaan menetapkan harga siling ayam hanya sekitar RM7 sekilogram.Namun, masih juga wujud segelintir peniaga mengaut keuntungan dengan meletakkan harga melebihi paras tersebut meskipun harga pasaran sebenarnya jauh lebih rendah.
- "Ini bukan perkara baru, sudah kerap sangat berlaku. Masa kita tetapkan harga siling, ada peniaga jual ayam pada harga jauh lebih mahal.
- "Hakikatnya harga sebenar lebih rendah, mungkin RM4, jadi tak guna kita letak ia sebagai barangan kawalan kerana ia hanya akan merugikan pengguna," katanya.
Dalam pada itu, dikatakan Pengguna mungkin terus terbeban untuk membeli ayam pada harga yang jauh lebih tinggi pada masa depan selagi harga siling ayam tidak dihapuskan.- Ini kerana sejak penetapan harga siling dilaksanakan, kerajaan mendapati segelintir peniaga terus menggunakan kaedah itu untuk memanipulasi harga ayam.
Apa kah tindakan kementerian selanjutnya terhadap karena towkey ayam yang suka menaikkan harga dengan sesuka hati ini? Pasti nya akan kita tunggu.


June 28, 2010 9:58 AM
harga ayam sebenarnya taklah mahal. tp ia sengaja dinaikkan oleh peniaga2 yang hanya memtingkan keuntungan, harap pihak berkuasa aka nmengambil tindakan bagi memantau harga ayam.
June 28, 2010 10:44 AM
peniaga2 yang menaikkan harga ayam dgn sesuka hati perlu diberi tindakan tegas. sikap seperti ini hanya kaan merugikan pengguna sahaja.
June 28, 2010 11:08 AM
Sebenarnya, pasal harga ayam ini, ada perbezaannya. Kalau ayam yang diberi makan jaggung, ianya lebih mahal sedikit.
June 28, 2010 9:37 PM
bandingkan dengan harga ayam di Sabah, amat jauh beza iaitu RM7 dan RM10 dan kalau bernasib baik...RM9.60/kg...
June 28, 2010 9:39 PM
kadangtu terfkir juga saya yang harga ayam di Sabah amat mahal berbanding di SM??? adakah ia mengambilkira kos pengeluaran ayam tersebut? adakah kos makanan ayam seperti jagung dan baja dalam negari Sabah mahal? atau faktor kos pengangkutan?
June 29, 2010 9:51 AM
harga ayam RM4 sekilo ini adalah harga di semenanjung sahaja...di sabah harga ayam adalah mahal dimana sekilo kadang kala boleh mencapai rm12..mengapakah perkara ini berlaku? diharap agar harga ayam di sabah juga diberikan perhatian yang sewajarnya daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob..
June 29, 2010 9:55 AM
seperti yang kita tahu, sabah adalah antara negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi di malaysia...keadaan ini bertambah teruk di mana harga2 barang di sabah adalah jauh lebih mahal daripada lain2 negeri di malaysia...harap penyelarasan harga barangan dapat dilaksanakan segera..kepentingan pengguna juga harus diutamakan selain daripada kepentingan pemodal...
July 1, 2010 11:05 AM
Ada pelbagai faktor yang menyebabkan harga ayam tidak seragam. Makanan adalah salah satu faktor, jika ayam itu diberi makan jagung, ia lebih mahal daripada makanan lain. Faktor kedua adalah cara peliharaan ayam itu, kalau ayam 'free-range', maksudnya ayam itu ada ruang untuk bergerak dan lebih berdaging. Kalau ayam yang ditutup dalam itu lebih berlemak.
Post a Comment