SUARA BEBAS TUARAN

Janji Mu Malaysia Maseh Kami Tunggu?


Walau pun di katakan bahawa Sabah dan Sarawak telah bersama Malaysia selama hampir-hampir 50 tahun, namun hingga kini maseh terdapat banyak lagi kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak yang kehausan bantuan peruntukan dari federal sapertimana yang dipersetujui ketika penubuhan Malaysia.
Rakyat kedua-dua negeri terasa gelisah, sama ada bantuan peruntukan yang diwar-warkan selama ini akan dikotakan juga akhirnya. Bukan lah hanya setakat janji retorik yang sengaja diumumkan untuk menarik undi rakyat di Malaysia Timor ini.
  • Tidak dapat dinafikan bahawa kalau dibandingkan dengan negeri-negeri di semenanjung, Sabah dan Sarawak maseh lagi jauh ketinggalan dari aspek pembangunan infrastruktur di kawasan bandar dan luar bandar khas nya. Sekaligus menampakkan komitmen yang serius kerajaan federal untuk membantu negeri-negeri di sini mengurangkan gejala kemiskinan dan pengangguran yang kini melandah negeri disini.
  • Dalam masa yang sama juga dikatakan bahawa kedua-kedua negeri ini di iktiraf kan sebagai negeri yang amat selamat bagi kerajaan BN. Sehinggakan ia nya di labelkan sebagai ‘political fixed deposit’.
  • Walau macam mana pun, harus di ingatkan, Sabah pernah pada suatu mengasingkan diri dari bersama komponen BN kerana salah satu sebab nya ia lah janji-janji yang tidak kesampaian atau janji gagal di kotakan.
  • Selanjutnya, dikatakan juga bahawa kemungkinan Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak akan diadakan dalam masa yang terdekat ini. Dan selepas itu Sabah, Negeri di bawah bayu ini juga akan di bayangi oleh pilihan raya umum ke13 sapertimana yang di suara kan oleh PM Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Dalam pada itu, Persidangan Dewan Rakyat kelmarin sekali lagi diberitahu bahawa kerajaan memberikan fokus yang serius terhadap usaha membasmi kemiskinan masyarakat luar bandar di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun berkata pelbagai projek telah dilakukan kerajaan bagi membantu meningkatkan pendapatan bulanan kumpulan itu.
  • “Kerajaan komited dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan negara dan telah meletakkan sasaran pengurangan kemiskinan kepada tahap 2.8 peratus pada akhir tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
  • “Secara dasar, langkah-langkah utama telah diambil bagi menangani isu kemiskinan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak seperti memberikan tumpuan ke arah meningkatkan pendapatan bulanan kumpulan sasar melalui Program Peningkatan Pendapatan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini kelmarin.
  • Beliau berkata sejumlah RM115.64 juta diperuntukan menerusi RMK-9 kepada Sabah dan Sarawak bagi membiayai pelaksanaan projek yang boleh menjana pendapatan kumpulan sasar yang miskin.
  • Entulu berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Tekhee@Tiki Lafe yang ingin tahu langkah yang telah diambil untuk membasmi kemiskinan di luar bandar khususnya yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak.
  • Beliau berkata kerajaan juga memperuntukan sejumlah RM37.79 juta menerusi perlaksanaan kursus latihan kemahiran di bawah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) bagi melatih kumpulan miskin dan miskin tegar di kedua-dua negeri berkenaan.
  • “Selain itu, langkah lain ialah menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa di bawah Program Bantuan Rumah,” katanya.
  • Entulu berkata bagi tujuan itu, kerajaan meletakkan sasaran untuk membina 24,221 unit di Sabah dan Sarawak dalam tempoh dua tahun bermula 2010 hingga 2012 dengan unjuran kos pembangunan berjumlah RM682.44 juta.
  • Kerajaan katanya akan tetap meneruskan strategi pembangunan tanah yang bersepadu bagi tujuan melonjakkan ekonomi di kawasan yang mempunyai tahap kemiskinan yang tinggi di luar bandar menerusi Projek Lonjakan Mega yang berkonsepkan Agropolitan.
  • Dalam pada itu, beliau berkata kementerian mensasarkan sekurang-kurangnya 95 peratus bagi penerimaan bekalan elektrik dan 90 peratus bagi bekalan air bersih akan dapat dinikmati oleh masyarakat luar bandar pada akhir tahun depan.
Conclusion nya, sebanyak mana ‘progress’ yang dilapurkan, namun disana sini rakyat maseh lagi kurang jelas dengan kebenaran yang dikatakan.Kerana nun jauh di pedalaman sana, situasi tidak banyak berbeza saperti mula nya mereka menerima ‘Malaysia’ sebagai negara mereka yang tercinta.

Dalam pada itu;


  1. Projek Jejambat di Kota Kinabalu maseh lagi terbengkalai.
  2. Sistem solar yang di bekalkan di kawasan luar bandar tidak dapat berfungsi sepenuh nya.
  3. Pembinaan sekolah-sekolah gagal mengikut jadual.
  4. Bekalan air dan letrik luar bandar maseh banyak kekurangan.
  5. Penurapan dan pembaikan-pulih jalan-jalan raya di kebanyakan kawasan tidak teratur dan kurang berkualiti selaras dengan arahan teknik JKR Malaysia.
  6. Peranaan Pegawai tempatan dalam sektor Jabatan Perseketuan maseh belum diselaraskan dengan sepenuh nya.
  7. Pengelibatan Kontraktor tempatan dalam projek mega maseh terhad. kalau pun ada, cuma diletakkan kepada mereka-mereka yang ada hubungan rapat dengan pucuk pemimpin.
  8. Pencemaran Hutan Simpanan berleluasa sehinggakan mengucar-kacirkan habitat binatang liar dan menggangu suasana 'global warming'.
  9. Dan banyak lagi.
Justru itu, Janji mu Malaysia maseh kami tunggu.
Sumber: NST,
10 comments:

memang tidak dinafikan sabah dan sarawak adalah negeri yang mundur, namun, kini, kedua negeri ini semakin membangun, kerajaan mulamemberikan tumpuan untuk membangunkan kedua negeri ini. suatu hari sabah dan sarawak akan menjadi negeri yang maju.


secara jujur, rakyat Sabah amat sukar menafikan bahawa wujud masalah2 seperti yang dinyatakan diatas dan mendakwa semua ini berpunca dari kelemahan kerajaan. namun jika dilihat dari faktor geografi, Sabah terlalu luas yang memungkinkan Sabah memerlukan dana dan masa yang banyak untuk membangun. ini mungkin menjadi salah satu faktor kenapa pembangunan di Sabah disifatkan amat perlahan. selain itu, karenah birokrasi dikalangan pemimpin2 dan pegawai2 kerajaan juga boleh menyumbang kepada masalah2 tersebut. secara umumnya, semua dasar2 dan program2 yang diketengahkan kerajaan adalah baik, namun kegagalan pelaksanaannya diperingkat negeri menyebabkan rakyat menuding jari kepada kerajaan secara keseluruhan. oleh itu, pemimpin2 atasan perlu kerap memantau setiap pelaksanaan projek diperingkat negeri bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya dan mengelakkan berlakunya karenah birokrasi.


kerajaan terus berusaha untuk membangunkan sabah dan sarawak seperti yang dinyatakan dalam RMK10..harap segala perancangan yang dicadangkan akan dapat dilaksanakan..


harap kerajaan akan buat yang terbaika dan apa yang telah dirancang dan janjikan haruslah dilaksanakan.


segala yang telah disebut dalam rancangan2 malaysia harus dilaksanakan dan diselesaikan..penangguhan2 yang berlaku hanya mengakibatkan pertambahan kos serta pembaziran masa..


Saya percaya kerajaan akan membuat yang terbaik untuk membangunkan Sabah dan Sarawak. Semoga janji2x manis yang dinyatakan dalam RMK10 dikotakan oleh kerajaan.


sabak dan sarawak akan terus membangun, pelbagai projek2 pembangunan telah dijalankan di sabah seperti koridor pembangunan sabah dan sarawak, projek gas asli dan byk lagi, suatu hari nanti sabah dan sarawak akan menjadi negeri paling maju di malaysia.


Saya tak nafikan SS agak ketinggalan, namun jika kita perhatikan sebaik mungkin SS sebenarnya sudah banyak membangun ke arah yang lebih baik. So saya yakin suatu masa nanti SS pasti akan membangun dgn pesat:)


Semoga RMK10 bakal membawa sinar baru kepada kita semua yang masih menantikan janji2 kerajaan yang dahulu.
Good luck gov :)


Memang diharapkan kerajaan pusat tak akan mengabaikan rakyat di Sabah dan Sarawak.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails