SUARA BEBAS TUARAN

Kehidupan Spesis Liar Di Sabah Dalam Keadaan Kritikal


Orang Utan ada lah salah satu kunci pelancongan alam di Negeri Sabah. Namun menurut kajian, di kawasan lembah Kinabatangan didapati telah mengalami penurunan bilangan spesis tersebut sebanyak satu pertiga. ia itu daripada 1,100 bilangan nya kini hanya menjadi 800 semenjak 10 tahun terakhir ini.
Manakala bilangan monyet proboscis juga dilapurkan telah mengalami penurunan sebanyak 10 peratus semenjak lima tahun terakhir ini, demekian kata Permatologist Perancis, Dr Marc Ancrenaz .
  • Dr Ancrenaz ada lah salah seorang peserta forum yang berjodol ‘menggaris keperluan untuk meningkatkan tindakan pemuliharaan tanpa penangguhan, terutama pada pemulihan habitat’ yang diadakan di Sabah baru-baru ini..
  • Disamping itu, Pengarah Jabatan Sabah Wildlife, Dr Laurentius Ambu turut mengesahkan bahawa penduduk orang Utan di Sabah telah menurun sebanyak 50 peratus sejak selama setengah abad ini.
  • "Masaalah terbesar yang kita hadapi saat ini adalah perpecahan dan isolasi terhadap hutan simpanan khas untuk Mergastua," kata Dr Ambu.
  • Dalam masa yang sama, ketika ditanya apa yang dimaksudkan dengan hutan terlalu kecil, Dr Ancrenaz berkata walaupun lembah Kinabatangan mempunyai hutan simpanan khas untuk Mergastua sebanyak 26,000 hektar namun ukuran sebenar nya ada lah kecil, kerana ia nya di pisahkan oleh saliran air, Jalanraya dan perladangan. Justru itu, kumpulan orang Utan ini telah dipisahkan kepada 20 unit yang berbeza, kata Ancrenaz.
  • Selanjut nya Dr Ancrenaz menyatakan bahawa monyet jenis ‘ proboscis’ juga mengalami situasi yang sama saperti yang berlaku pada orang Utan. Dalam lima tahun terakhir, sekurang-kurang nya 10 peratus monyet itu telah pupus disebabkan oleh pencemaran dan gangguan yang drastik terhadap hutan simpanan tersebut.
  • "Monyet proboscis dan lain-lain sepsis banyak bergantung pada hutan simpanan untuk bertahan hidup malang kawasan yang disediakan untuk monyet proboscis ada lah terlalu kecil," kata nya.
  • Monyet tersebut kini sedang berhadapan dengan masalah tempat mencari makanan dan dalam jangkaan masa panjang, pembiakan monyet-monyet tersebut akan terhenti." kata nya.
  • Disamping itu, sepsis Badak Sumbuh ‘Sumatra’ dan Gajah ‘Pigmy’ di hutan rimba Negeri Sabah juga dikatakan menghadapi masaalah yang sama saperti yang sedang dialami oleh Orang Utan dan Monyet ‘ proboscis’ disini.
"Selepas 15 tahun penyelidikan kami sekarang mempunyai semua maklumat dan keperluan untuk menangani masaalah kehidupan spesis ini. Walau macam mana pun pehak berkuasa mesti memberi berkerjasama untuk melaksanakan missi tersebut.Dengan mengurangkan aktiviti permusnahan hutan asli disini," kata Dr Ancrenaz.
Sumber: Daily Express
13 comments:

kehidupan liar di sabah merupakan antara tarikan utama pelancong baik dalam atau luar negeri..spesis2 yang terancam ini harus dilindungi daripada kepupusan...


harap pihak berkuasa dapat mencari penyelesaian secepat mungkin untuk menggelak kepupusan ini berlaku secara mendadak. cari macammana untuk menambahkan lagi bilangan spesis ini atau mempertahankan bilangannya itu. penyelidikan haruslah dilakukan dari masa kesemasa.


penyelidikan yang telah dijalankan selama 15 tahun oleh Dr.Ancrenaz telah menyediakan jalan penyelesaian untuk melindungi kehidupan spesis liar yang kian pupus ini..diharap agar pihak berkuasa akan bekerjasama untuk memelihara dan melindungi spesis liar di sabah yang kian pupus..


selalu membuat penyelidikan supaya haiwan ini dapat dikekalkan, dan supaya pelancongan masih boleh beroperasi.. haiwan ini adalah salah satu yang merupakan tarikan pelancong ke sabah.


tarikan utama sabah antaranya iyalah hidupan liar ini, seperti oran utan, gajah borneo, monyet probicus dan ada lagi. ini tarikan utam pelancong datang kesabah selain gunung kinabaku dan keindahan pantai. jadi untuk pihak berkuasa haruslah menstabilkan jumlah haiwan liar ini supaya tidak pupus dan tetap menjadi tarikan utama untuk perlancongan.


kawasan hutan merupakan habitat kepada pelbagai hidupan seperti urang utan. spesies2 ini semakin terancam dan mengalami kepupusan, ia harslah dilindungi. habitat mereka haruslah dijaga dengan baik agar spesies2 terus wujud.


The Orang Utans are one of our unique heritages in the state, we must prevent them from going extinct.


diharapkan kerajaan dapat menunjukkan kerjasama dengan mengekalkan habitat semula jadi haiwan berkenaan dan menggalakkan lebih banyak program2 yang menjurus kepada pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem di Sabah.


harap spesies urang utan ini akan terus dijaga, habitat ia perlu dijaga daripada ancaman luar.


Awareness about the importance of protecting our wildlife must be widespread to the public. Everything on earth is loaned to us by God, we must protect them and passed it down to our children.


Memanglah Orang Utan adalah kunci kepada pelancongan di negeri ini terutamanya di daerah Kinabatangan. Penurunan spesis tersebut tidak hanya kepada Orang Utan, Gajah, Monyet Belanda (proboscis monkey)tapi juga kepada ikan dan sebagainya.


Penurunan spesis seperti Orang Utan, gajah, monyet dan sebagainya adalah disebabkan pembukaan hutan dan ladang yang berlebihan tanpa mengikut garis panduan EIA.


Tindakan segera perlu dilakukan dalam memastikan hidupan liar ini terus dijaga dan dipelihara akan kepentingannya. Diharapkan semua pihak dapat bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails