SUARA BEBAS TUARAN

Kerajaan Akan Tingkat Kualiti Hidup Golongan Berpendapatan 40 Peratus Terendah


Kerajaan akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib ketika membentangkan laporan Rancangan Malaysia Ke-10 di Dewan Rakyat hari ini berkata daripada jumlah tersebut, Bumiputera merupakan bilangan terbesar iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan tersebut.
  • Bagi menjaga kebajikan kumpulan berpendapatan rendah tersebut, Perdana Menteri berkata keputusan berhubung pengurangan subsidi hanya akan dilaksanakan setelah mengambil kira maklum balas dan merundingi rakyat.
  • Sebagai langkah meningkatkan daya saing dan kecekapan pasaran serta memastikan penggunaan sumber yang lebih optimal, kawalan harga dan subsidi perlu dirasionalkan secara berperingkat untuk menghapuskan ‘market distortions’ dan penyelewengan, katanya.
  • “Saya memberi jaminan, dalam usaha mengurangkan subsidi, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberikan bantuan untuk meringankan impak pengurangan subsidi ke atas kos sara hidup masing-masing,” katanya.
  • Najib berkata fokus khas juga akan diberi kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak serta Orang Asli dan pekerja estet di Semenanjung Malaysia.
  • Kerajaan juga katanya sedang mempertimbangkan kaedah untuk memberi hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
  • Langkah tersebut membolehkan golongan tersebut mendapat manfaat daripada prgram pembangunan pertanian secara bersepadu menggunakan pendekatan ‘agropolitan’ dan ‘contract farming’, katanya.
Sebagai permulaan katanya kerajaan akan menyediakan pinjaman mudah dengan permulaan dana pembiayaan sebanyak RM100 juta yang disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional bagi tujuan tersebut, katanya.
Beliau berkata bagi menangani isu-isu masyarakat yang lain, Jawatankuasa-jawatankuasa Kabinet mengenai Hal Ehwal Kaum India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak akan diteruskan.
Sumber: NST
14 comments:

ini adalah satu cadanagan yang baik untuk mereka yang berpendapatan rendah. ini akan dapat membantu mereka yang betul tidak berkemampuan. kerajaan akan mencuba yang terbaik untuk rakyatnya.


sememangnya golongan berpendapatan rendah tidak dilupakan oleh kerajaan..toleransi kerajaan berhubung dengan pengurangan subsidi amat dihargai terutama bagi golongan ini..diharapkan agar langkah ini dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban yang akan ditanggung oleh golongan tersebut...


memberikan hak milik tanah kepada Orang Asli dan bumiputera sabah dan sarawak secara langsung boleh meningkatkan kualiti hidup mereka..melalui program2 angropolitan dan contract farming, selain daripada meningkatkan kualiti hidup rakyat, ia juga bermanfaat untuk menjana ekonomi negara..diharapkan agar kerajaan mempertimbangkan perkara ini sewajarnya demi rakyat sesuai dengan 'rakyat didahulukan, percapaian diutamakan'..


golongan berpendapatan rendah memang harus diberi keutamaan oleh kerajaan, taraf hidup mereka ini perlu ditingkatkan.


Yes, don't forget the lower income group, the poverty group and the natives.


nampaknya kerajaan benar2 perihatin dengan maklum balas dari rakyat berkenaan dengan pengurangan subsidi. semoga sifat ini terus diamalkan oleh kerajaan dalam setiap pelaksanaan dasar atau projek2 kerajaan.


golongan berpendapata nrendah memang patut diberi keutamaan, hrap dengan ini golongan ini daapt mneningkatkan taraf hidup, dengan ini juga kadar kemiskinan juga dapat dikurangkan.


semoga kerajaan akan terus berusaha membantu golongan yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia bagi memperlengkapkan negara untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.


harap taraf hidup golongan berpendapatn rendah akan meningkat selepas ini.


Diharapkan kerajaan dapat memberi pelbagai kemudahan dan memberi tanah untuk diusahakan dengan bantuan kerajaan. Kaedah seperti ini juga dapat meningkatkan sesioekonomi yang berterusan kepada masyarakat yang berpendapatan rendah disamping dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.


I also hope that this is a permanent way of helping them improve their quality of life. Like they say, teach a man to fish and he will have food for life.


Bagus usaha ni. Saya harap melalu cara ni beban golongan berpendapatan renda akan berkurangan :)


Betul jack. Saya yakin jika hal ni dilaksanakan ia membuktikan kesungguhan kerajaan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia :)


Apapun saya harap kerajaan akan terus mempertingkatkan usaha dalam membantu golongan ini. Semoga semua yang telah dirancang akan jadi kenyataan demi kebaikan semua pihak khususnya golongan yang amat memerlukan ini :)


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails