SUARA BEBAS TUARAN

Kes 3 Orang Anak Hidap Sakit Misteri


PENYAKIT BAKA: (Dari depan) Mohd Badli, Mohd Sayydan dan Mohd Hashim ketika ditemui di rumah mereka baru-baru ini. -- Foto UTUSAN MALAYSIA
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Demekian lah nasib yang menimpah pasangan suami isteri, Encik Suhaimi Hassan, 46 tahun, dan Cik Noraidah Kadir, 42 tahun yang berasal dari Besut, Trengganu.
Dikurniakan anak istimewa mungkin ujian cukup berat ke atas sebuah keluarga, namun pasangan suami isteri tersebut pasrah menerimanya. Bukan seorang malah tiga daripada sembilan cahaya mata mereka merupakan anak istimewa.
  • Menurut Encik Suhaimi, beliau sememangnya tidak pernah menyangka ketiga-tiga anak lelakinya itu akan menimpa nasib yang sama iaitu disahkan menghidap sejenis penyakit misteri ketika berusia enam hingga 10 tahun.
  • Ketika kecil, mereka bertiga iaitu Mohd Sayydan, 18 tahun; Mohd Badli, 14 tahun dan Mohd Hashim, 12 tahun, seperti kanak-kanak normal lain.
  • 'Bagi Sayydan, ketika lahir dia normal, namun ketika usianya sembilan tahun, bahagian buku lalinya mula bengkak sehingga sukar berjalan.
  • 'Dia sering terjatuh di sekolah, malah terpaksa dibantu rakan-rakan untuk menaiki tangga ke kelas,' kata Encik Suhaimi.
  • Penyakit Sayydan semakin serius sehingga berpapah dan berpaut pada dinding untuk berjalan menyebabkan dia terpaksa diberhentikan sekolah.
  • 'Rawatan demi rawatan kami cuba, termasuk bomoh, namun tiada ubat yang mampu menyembuhkannya,' ujar beliau.
  • Menurutnya, anak keempat pasangan itu, Mohd Badli, juga menerima nasib yang sama apabila lebih awal disahkan menghidap penyakit tersebut iaitu ketika berusia setahun.
  • Ujian terus datang bertimpa apabila anak kelima pasangan itu, Mohd Hashim, pula mengalami masalah yang sama ketika berusia lapan tahun walaupun sebelum itu sangat aktif bergerak.
  • Berbanding dua abangnya yang kini terlantar, Mohd Hashim agak bertuah kerana masih mampu mengengsot.
  • Cik Noraidah, bagaimanapun, bersyukur apabila dua lagi anak lelakinya yang berusia 15 dan 10 tahun, selain tiga anak perempuannya yang berusia 17, lapan dan satu tahun, normal.
Bagaimanapun, penderitaan mereka seakanakan tidak berakhir apabila anak ketujuh mereka, Mohd Nashirudin, enam tahun, juga mungkin menerima nasib yang sama kerana menunjukkan tanda-tanda serangan penyakit tersebut.
'Doktor pernah memaklumkan anak-anak kami ini menghidap duchenna muscular dystrophy iaitu sejenis penyakit yang berkaitan sendi dan genetik.
'Tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut selain kuasa Allah sahaja, jadi kami reda dengan keadaan ini,' jelasnya.
Sumber: CyNews
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails