

Analisa Solymone
Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Hj Aman berkata, Kerajaan Negeri dan Pusat sentiasa peka membantu rakyat tempatan yang miskin terutama sekali mereka yang belum memiliki tanah.
Katanya, adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri dan Pusat menyalurkan bantuan kepada rakyat yang kurang bernasib baik untuk membantu mereka yang belum memiliki tanah.
Beliau menambah sebaik- baik manusia adalah mereka yang sedia memberi pertolongan kepada rakyat miskin yang benar-benar memerlukan bantuan.
Beliau berucap dalam satu majlis perhimpunan saudara Islam di Kampung Bingkul dekat Beaufort baru-baru ini.
Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Hj Aman berkata, Kerajaan Negeri dan Pusat sentiasa peka membantu rakyat tempatan yang miskin terutama sekali mereka yang belum memiliki tanah.
Katanya, adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri dan Pusat menyalurkan bantuan kepada rakyat yang kurang bernasib baik untuk membantu mereka yang belum memiliki tanah.Beliau menambah sebaik- baik manusia adalah mereka yang sedia memberi pertolongan kepada rakyat miskin yang benar-benar memerlukan bantuan.
Beliau berucap dalam satu majlis perhimpunan saudara Islam di Kampung Bingkul dekat Beaufort baru-baru ini.
Tidak dapat dinafikan, usaha dan cita-cita Kerajaan untuk membantu rakyat miskin ini selalu dilaungkan oleh Pemimpin-Pemimpin peringkat Negeri dan Perseketuan.- Usaha saperti Pembangunan Koridor Sabah dan program Agropolitan telah pun dilaksanakan di beberapa kawasan di pantai barat, Pantai timor dan pedalaman negeri Sabah.
Disamping itu baru-baru ini Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dikatakan telah merangka model baru ekonomi luar bandar dengan menubuhkan satu unit khas yang bertujuan untuk mengurangkan kemeskinan tegar di seluruh negara, termasuk negeri Sabah.- Menurut Menteri nya, model baru ekonomi luar bandar ini akan memenuhi kehendak dan hasrat kerajaan untuk melonjakkan pendapatan per kapita rakyat daripada US$7,000 kepada US$15,000 menjelang tahun 2020.
Namun dalam dunia realiti di Sabah, indek kemiskinan sebanyak 37 peratus yang pernah di catatkan maseh belum lagi jelas penurunan nya saperti yang diuar-uar. - Seadanya banyak lagi belia-belia yang menganggur dan berhijrah ke semenanjung dengan harapan untuk mendapat kerja.
- Beberapa daerah yang tercicir dalam perancangan kerajaan maseh dalam keadaan yang sedia kala, berhadapan dengan gejala kemiskinan.
Terutama sekali kawasan di luar bandar saperti pedalaman Tuaran, Kota Belud, Ranau, Beluran, Pitas, Kota Marudu, Nabawan, Kinabatangan dan yang lain-lain. - Penduduk nya maseh bergantung dengan air sungai untuk minum dan keperluan keluarga. Penduduk nya maseh lagi mengusung baldi merentasi bukit-bukau semata-mata untuk mendapatkan air bersih. Kemudahan Jalan Raya dan bekalan elektrik maseh ada lagi penduduk di Sabah yang belum pernah merasakan manafaat dengan sepenuhnya.

- Petronas dan juga Shell pelabur utama industri cari-gali minyak di bumi ini. Selain minyak, hasil mahsul laut yang lain seperti industri penternakan ikan misalannya yang berkembang pesat sesuai dengan gelaran " Negeri Di Bawh Bayu" dimana ciri muka bumi pesisir pantai sabah yang berteluk serta terlindung dari angin kencang dan ribut.
- Itu baru laut, belum lagi kita bicara pasal industri pelancongan serta potensinya. Sedarkah anda bahawa gunung tertinggi di Asia tenggara terletak di mana? Di mana satu-satunya Pusat pemuliharaan Orang utan di negara ini? Di mana pulau yang mempunyai terumbu karang tercantik di dunia?
- Di mana hutan simpan yang telah diiktiraf oleh UNIESCO sebagai khazanah pra-sejarah katanya?
- Di mana negeri yang mempunyai suku etnik teramai dengan bermacam budaya serta rencam bahasa? Semua jawapan ini akan anda jumpai di Sabah.
Kerana Sabah tidak lagi dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang baik serta terjamin. Maka sebabnya itu lah kita melihat penghijraan besar-besaran anak-anak muda Sabah ke semenanjung terutamanya di Kuala-Lumpur.
Akhir nya, Perjuangan setiap pemimpin sepatut nya bukan lah hanya setakat mengarah kepada kuasa dan nama semata-mata, tetapi kebajikan rakyat, pembangunan dari segi rohani, jasmani, sosial, ekonomi dan sebagainya itu merupakan elemen-elemen yang penting.
Realiti yang perlu seluruh kepimpinan negara sedar adalah, di bawah pemimpin, adanya rakyat. Rakyat mempunyai hak memilih.
Kuasa di tangan mereka. Undi juga milik mereka. Negara Malaysia adalah negara demokrasi yang diiktiraf dunia, setaraf dengan negara-negara membangun yang lain, sudah pastinya rentak dan corak pemerintahan juga akan mengalami perubahan bak ombak yang mampu mengubah pantai.Sumber: NST
Akhir nya, Perjuangan setiap pemimpin sepatut nya bukan lah hanya setakat mengarah kepada kuasa dan nama semata-mata, tetapi kebajikan rakyat, pembangunan dari segi rohani, jasmani, sosial, ekonomi dan sebagainya itu merupakan elemen-elemen yang penting.Realiti yang perlu seluruh kepimpinan negara sedar adalah, di bawah pemimpin, adanya rakyat. Rakyat mempunyai hak memilih.
Kuasa di tangan mereka. Undi juga milik mereka. Negara Malaysia adalah negara demokrasi yang diiktiraf dunia, setaraf dengan negara-negara membangun yang lain, sudah pastinya rentak dan corak pemerintahan juga akan mengalami perubahan bak ombak yang mampu mengubah pantai.Sumber: NST



June 2, 2010 2:10 PM
Orang miskin pastilah memerlukan bantuan orang lain untuk berdiri...Kerajaan memang patut membasmi kemiskinan negeri kita..
June 2, 2010 2:16 PM
kerajaan memang selalui membantu rakyat miskin di negarra kita. seperti pemberian tanah kepada 700 penduduk di Nabawan yang dapat meningkatkan taraf hidup penduduk. ini membuktikan bahawa kerajaan prihatin terhadap keadaan rakyat.
June 2, 2010 3:16 PM
kerajaan negeri sentiasa berusaha dengan sedaya boleh untuk membantu rakyat miskin...ini terbukti dengan kejayaan membantu 248 keluarga miskin tegar baru2 ini..namun, segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan haruslah disokong oleh semua pihak dengan melibatkan diri dalam program2 yang dirancang untuk pembasmian kemiskinan di negeri sabah..disebabkan itu, PM mengatakan bahawa Ketua Kampung dan JKKK sebagai jentera pemimpin di peringkat akar umbi harus memainkan peranan mereka dengan lebih efektif agar segala cadangan dan rumusan dapat disampaikan kepada rakyat..maka, dengan ini bantuan untuk membantu mereka yang miskin dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan...
June 2, 2010 3:27 PM
perlaksanaan projek2 pembangunan di sabah seperti POIC di Lahad Datu, KKIP dan lain2 menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat sabah..namun, dari segi realitinya, kelayakkan dari segi kemahiran, pendidikan dan pengalaman masih menjadi pengukur pengambilan pekerja..kebanyakkan golongan muda sabah tidak memiliki sebarang kemahiran atau pengalaman yang membolehkan mereka diterima untuk bekerja, apatah lagi pendidikan di mana ramai dari mereka hanya setakat PMR/SPM..namun begitu, bagi mengatasi masalah ini, terdapat banyak program2 kemahiran yang dianjurkan oleh kerajaan, GLC dan swasta untuk memberikan kemahiran2 yang diperlukan seperti tukangan, perkomputeran dan lain2..belia seharusnya mengambil peluang seperti ini untuk memperkasakan lagi diri mereka dengan kemahiran2 yang ditunjuk ajar supaya lebih berkualiti dan berkelayakan..
June 2, 2010 3:52 PM
sejak kebelakangan ini banyak usaha2 kerajaan yang menjurus kepada pembasmian kemiskinan di sabah. kita kena sedar, usaha ini memerlukan masa yang lama dan kita tidak boleh membandingkan sabah dengan negeri2 di semenanjung, kerana negeri2 di SM hanya seluas wilayah kota belud atau sandakan.. apa2pun diharapakan usaha yang berterusan dari kerajaan dapat membawa perubahan kepada Sabah.
June 2, 2010 11:50 PM
sebenarnya banyak duit kerajaan yang telah dihulurkan kepada rakyat miskin dan miskin tegar ni. cuma jumlah yang sampai kepada mereka sudah di PERCENT2 oleh sub-sub kontraktor / sub-sub taiko / orang-orang tengah / dll. termasuk yang ada kuasa memberi / meluluskan / dan yang meminta kelulusan. kau dapat saya pun dapat maa...sama-sama untung kalau kau bagi saya...percent-percent tu tidak kira kecil besar sama-sama dapat bah. ikan-ikan bilis, jerung, tenggiri, kerapu dan sembilang semua sapu percent2 dan yang tinggal...hanya tulang-tulang saja. kesian rakyat..yang disalahkan kerajaan juga!
June 2, 2010 11:59 PM
rakyat termiskin dan miskin tegar banyak di kawasan-kawasan luar bandar. yang ada di bandar sudah cukup senang dengan segala kemewahan yang ada walaupun tetap masih ada yang tatap tidak puas hati. macammana pula yang tinggal diluar-luar bandar yang tidak pernah menikmati kemudahan seperti yang dinikmati penduduk bandar?? siapa yang dengar rasa tidak puas hati mereka?
June 3, 2010 8:02 AM
kerajaan telah memplbagaikan usaha untuk membasmi kemiskinan di Sabah. kadar kemiskinan dapat juga dikurangkan walaupun walaupun bilangan penurunan tidak begitu banyak. usaha berterusan perlu lagi dijalankan agar kemiskinan tidak lagi wujud di sabah.
June 3, 2010 8:56 AM
terdapat rancangan jangka pendek dan rancangan jangka panjang dalam usaha membasmi kemiskinan di sabah...kerajaan masih berusaha sedaya boleh, membasmi kemiskinan melalui rancangan2 dan program2 yang telah dibentuk dan dilaksanakan..kerjasama dari semua pihak melalui adalah perlu agar usaha ini mencapai hasil yang diimpikan...
June 3, 2010 9:45 AM
oelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat. peranan rakyat hanylah mereka perlu mengunakan peluang yang diberi kerajaan untuk menaikkan taraf hidup mereka. usaha itu perlu jika nak berjaya.
June 3, 2010 10:23 AM
oleh sebab itu, generasi muda sabahan perlu mempersiapkan diri mereka sebelum memasuki dunia pekerjaan. jangan jadi macam remaja di sandakan, ponteng, merokok, maksiat... jangan jadi macam beberapa kes di pantai timur sabah, bila kerajaan bagi bantuan dalam bentuk peralatan, semuanya dijual semula..
June 4, 2010 1:52 AM
Pembasmian kemiskinan memerlukan janka masa yang lama. Pelbagai peruntukan juga turut disalurkan kepada rakyat di negara ini. Pemberian tanah, rumah dan pelbagai kemudahan lain adalah sangat diperlukan. Oleh itu usaha membasmi kemiskinan di negara ini harus dilakukan walaupun secara berperingkat.
June 4, 2010 2:05 AM
Pelbagai perkara juga turut dilakukan dalam membasmi kemiskinan. Mengutamakan rakyat tempatan dengan mengisi pelbagai peluang pekerjaan di pelbagai sektor seperti di sektor perladngan, pertanian, pelancongan, pembangunan dan sebagainya.
June 4, 2010 10:35 AM
The state government is hoping to eradicate poverty at the end of the year, if I'm not mistaken.
June 5, 2010 12:11 AM
Ngam lah tu mmg patut pun kerajaan tolong org susah :)
June 5, 2010 12:13 AM
Betul juga la 2718. Kerajaan memang bertungkus lumus juga ba tolong rakyat. so sama2 laj kita harap agar kerajaan terus memperjuangkan kebajikan rakyat terutamanya golongan miskin.
June 8, 2010 10:31 AM
Not only that the government should help the poor, but the people themselves should help themselves.
Post a Comment